Saturday, June 23, 2012

Close - Part 10 ( ENDING )

sambungan dari Part 9..
klik SINI untuk Part 9 ..



Syazwan keluar dari bilik mandi dengan bertuala. Sebaik sahaja pintu bilik air dibuka, dia ternampak Aysha yang sudah terbaring tidak sedarkan diri di hujung katil.


" AYSHA !!! " , dia bergegas mendapatkan isterinya. Dia menepuk perlahan pipi isterinya tetapi Aysha tetap tidak sedarkan diri. Dia mendukung isterinya dan membaringkan Aysha di atas katil sebelum dia cepat-cepat berpakaian. Dia kemudiannya mendukung Aysha masuk ke kereta dan memandu ke hospital. Dia meletakkan kereta berdekatan dengan ruang kecemasan. Dia mendukung tubuh lemah isterinya dan berlari ke ruang kecemasan.


" NURSE !! TOLONG ISTERI SAYA !! NURSE !! ISTERI SAYA PENGSAN !! " , jerit Syazwan yang masih mengendong Aysha dalam dukungan. Beberapa orang jururawat yang berada di situ bergegas ke arah Syazwan sambil menolak stretcher. Aysha dibaringkan di atas stretcher dan bantuan penafasan segera diberikan kepadanya sambil stretcher ditolak ke bilik rawatan kecemasan.


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .




Syazwan setia menunggu isterinya sedar. Dia tidak melepaskan genggaman tangannya yang erat menggenggam tangan Aysha. Dia membelai rambut isterinya dengan penuh kasih sayang. Dia menatap wajah isterinya yang amat pucat sekali. Bibir merah jambu yang selalu mengukir senyuman itu amat pucat sekali.
Syazwan tahu, hayat isterinya tidak panjang lagi tetapi dia seboleh-bolehnya tidak mahu memikirkan tentang itu. Dia amat takut sekali kehilangan Aysha sekarang. Dia meletakkan tangan Aysha ke pipinya dan mula menangis perlahan sambil menunduk. Kelopak mata Aysha bergerak-gerak. Dia membuka matanya dengan perlahan dan ternampak suaminya sedang kesedihan.


" A..bang....kenapa..abang..menangis...." , Aysha bertanya sambil menatap mata suaminya yang berair.


Syazwan tersenyum dalam kesedihan yang amat apabila Aysha mula sedarkan diri. Dia tersenyum lebar dengan airmata apabila melihat penderitaan penyakit yang ditanggung isterinya. Aysha menyapu airmata di pipi suaminya.


" Napa abang sedih ni..Sha minta maaf abang..Sha pening sikit tadi..maaf susahkan abang...abang jangan sedih tau..kan Sha dah okay ni..", ujar Aysha dengan lembut dan dia memberi senyuman ikhlas penuh kasih sayang buat Syazwan. Syazwan tersenyum dan dia menunjukkan kotak coklat hadiah yang diberi bersama bunga ros sebelum Aysha pengsan tadinya. Dia menyuapkan coklat itu ke mulut Asyha dengan penuh kasih sayang.


*                                                                 *                                                                     *


Syazwan membaringkan Aysha di atas katil.


" Abang..Sha boleh jalan sendiri bang..abang tak payah la dukung..kesian abang..Sha tak sakit pun... " , Aysha menegur kerana Syazwan seolah tidak membenarkannya berjalan langsung.


Puan Maimon dan Amirah baru sahaja pulang selepas melawat Aysha. Adrine sedang cuba merangkak ke arah ibunya yang berbaring di atas katil sebelum diangkat oleh Syazwan. Bayi perempuan itu menderam menegur ke arah papanya seolah-olah perbuatan Syazwan mengganggu latihannya merangkak. Adrine diberi kepada ibunya dan dia segera berteriak girang sambil menggapai pipi ibunya.


" Amboii anak mama ni dah nak merangkak yee..asal muka masam ni..papa kacau Adrine nak merangkak yee ? nanti mama marah papa yee ? alolololooo anak mama tu senyum sikit..nanti  muncung dah tak comel...haaaa...."


" Perkataan pertama dia ' papa ' ...tak sangka abang..." , Syazwan mencelah.


" Laa ye ke ?! anak mama ni dah boleh sebut rupanya..pandainya dia..nanti anak mama ni mesti pandai...", puji Aysha sambil meniup perut anaknya. Adrine ketawa kegelian menampakkan gusi yang sedang ditumbuhi gigi. Aysha menggoncang botol susu yang berisi susu suam lalu disuapkannya ke mulut Adrine yang telah dibaringkan di sebelahnya. Aysha kelihatan amat letih sekali. Dia masih berbaring dan cuba menidurkan bayinya. Syazwan ke dapur dan kembali dengan dulang berisi bubur dan air teh o panas.


" Sayang..makan k.."


" Tak berapa selera lah abang.., nanti Sha makan ye.."


" Sayang..makan lah sikit..bagi tenaga..ok sayang ? "


Akhirnya Aysha makan sedikit dengan disuap Syazwan. Hanya separuh mangkuk bubur ayam itu yang berjaya dihabiskan oleh Aysha. Dia meneguk air teh o yang sudah suam sebelum Syazwan menyelimutkan badannya dan membiarkan dia berehat.




Namun, setelah 3 hari berlalu Aysha semakin lemah . Dia masih demam dan sakit kepala. Ubat penahan sakit sahaja lah yang membantu mengurangkan sakit dan sepanjang itu Syazwan menjaga Aysha dibantu oleh ibu dan adik perempuannya yang tidur di rumahnya buat sementara untuk menjaga Adrine. Syazwan menangis di hadapan ibunya kerana sedih dan kasihan melihat penderitaan Aysha. Aysha semakin lemah dan selera makannya amat berkurang. Dia juga menjadi kurang bercakap dan wajahnya berterusan pucat.


" Wan tak mahu hilang dia ma.. Wan sayang dia..ma, dia selamatkan nyawa Wan ma...adakah Wan hanya berpeluang menjaga dia selama 3 minggu lebih ma ? " , Syazwan menahan pilu yang ditanggung sambil melihat ke arah Aysha yang sedang tidur. Puan Maimon mengesat airmatanya dengan hujung lengan baju sambil meriba Adrine yang mengumam sesuatu yang tidak difahami sambil menggigit hujung bajunya.
Puan Maimon mengusap lembut rambut cucu perempuan sulungnya itu. Kasihan Adrine, tak lama lagi dia akan menjadi anak yatim. Amirah juga turut sedih. Matanya berair apabila melihat ke arah anak saudaranya yang masih bayi itu. Syazwan mengambil Adrine dari pegangan ibunya dan mencium pipi anaknya. Adrine memegang muka Syazwan dan berteriak gembira. Dia memegang pipi papanya dengan jari-jemarinya yang kecil.


Petang itu Aysha berbaring di katil sambil bermain dengan anaknya. Adrine yang berbaring sedang memegang patung beruang kecil dan mengayun-ayunkan patung beruang itu pada ibunya. Aysha tersenyum memandang bayinya dan mencium dahi anaknya. Kasihan anaknya, dia tidak tahu ibunya sedang sakit dan bakal meninggalkannya. Air mata Aysha menitis apabila Adrine mula menyebut ' ma ' . Anaknya sudah boleh memanggilnya. Aysha memegang tangan anaknya dan mencium tangan kecil itu.


*                                                                *                                                                    *


Malam itu ,
Syazwan menyelimutkan Aysha sebelum memberi ciuman selamat malam. Kira-kira pukul 4.30 pagi Aysha terjaga dan dia berasa sejuk serta sukar bernafas. Dia menggerakkan tangan untuk membangunkan Syazwan walaupun dia sebenarnya tidak mahu mengganggu suaminya. Dia memegang lengan suaminya dan terasa amat sukar untuk bernafas. Serentak dengan itu, serangan sakit kepala mula menyerang dengan amat dahsyat sekali.

" A..bang...aa..bang...bang... " , bisik Aysha tersekat-sekat. Syazwan membuka matanya dalam mengantuk dan terkejut meilihat Aysha yang semakin pucat dan sukar bernafas itu. Dia bangun dan duduk di samping isterinya.


" Sha, Sha kenapa ni sayang ?! " , dia mulai cemas.


" Sha...sejuk..Sha..se..juk..abang... " , jawab Aysha separuh berbisik dengan mata yang separuh terbuka.
Syazwan menarik selimut dan menyelimuti tubuh isterinya hingga ke leher.

" A..bang...boleh..tak..Sha..nak..be..rada..dalam..peluk..kan..abang... ? ", pertanyaan Aysha itu membuatkan Syazwan sebak sekaligus hampir mengalirkan airmata yang bertakung di kolam matanya. Syazwan menarik Aysha kedalam pelukannya dan memeluk Aysha seeratnya.


                 SILA KLIK BUTTON ' PLAY ' DI BAWAH INI SEBELUM TERUS MEMBACA.


" Sayang...abang sayangkan Sha..."


" Abang...jan..ji..de..ngan...Shaa...abang...akan..jaga..a..nak..ki...ta....a..bang...dia..lahh..bukti...cinta Sha pada ..a...bang... ", Aysha yang tersangat lemah bersuara. Syazwan dapat merasakan tubuh Aysha sejuk dan tersangat lemah seolah-olah roh sedikit lagi akan keluar dari jasad itu.


" Abang janji sayang..sayang jangan tinggalkan abang ya...abang hanya ada Sha.. "


" Abang..boleh...Sha..jadi..princess abang..."


" Sha selalu jadi princess abang...satu-satunya princess di hati abang..."


" Abang...ha..lal..kan..makan....minum Sha...am..punkan..dosa..dosa..Sha..." , pinta Aysha sambil matanya merenung berharap ke arah Syazwan. Syazwan menggenggam kuat tangan Aysha dan menggeleng-geleng keras.


" Tak..Sha tak ada salah dengan abang..abang halalkan semua sayang..Sha tak buat salah..abang yang banyak berdosa dengan Sha...." , Syazwan amat cemas melihat Aysha yang semakin sukar untuk bernafas.
Sakit kepala yang menyerangnya semakin dahsyat dan pandangannya mula kabur. Darah merah pekat mengalir keluar dari lubang hidung kanannya.Syazwan tidak dapat menerima kenyataan Aysha akan meninggalkannya.


" MA !!! MA !!! MIRA !!! MA !!! " , dia menjerit memanggil ibu dan adiknya yang tidur di bilik sebelah.


Puan Maimon dan Amirah yang terkejut mendengar jeritan Syazwan datang dan mendapati Aysha sedang tenat dalam pangkuan Syazwan yang memeluknya. Syazwan mengelap darah yang keluar dari hidung isterinya.


" Ma..Aysha ma.. " , Syazwan separuh mengadu dan merayu dalam tangis.
Puan Maimon menekup mulutnya dan duduk di birai katil.


" Sha..mama dan Mira minta maaf sekali lagi untuk salah kami selama ini pada Sha.. "


" Ma...ma tak ada salah dengan Sha..Sha tak pernah marah atau dendam ma..Sha sayang mama dan Amirah..Sha sayang keluarga Sha...", suara Aysha sekarang berbisik sepenuhnya kerana sudah tenat. Aysha tersedu perlahan apabila nafasnya tersekat lagi. Air matanya mula mengalir menuruni penjuru matanya yang separuh terbuka. Darah masih mengalir perlahan dari lubang hidungnya.


" Nurhan Aysha..mengucap nak...", bisik Puan Maimon sebelum membisikkan kalimah syahadah ke telinga Aysha. Aysha mula mengucap dua kalimah syahadah dengan lancar walaupun perlahan. Genggaman tangannya yang sejuk di tangan hangat suaminya dikuatkan. Syazwan mencium pipi Aysha sambil menahan tangis. Aysha memandang suaminya dan menatap mata Syazwan yang kembali menatap sepasang mata indah milik isterinya yang bergenang dengan air mata.


" Sha...sa..yang...aaa...a..bang... " , itulah bisikan terakhir Aysha sebelum kepalanya terlentok ke siku Syazwan yang masih memegangnya dalam dakapan.


" AYSHA !!! Aysha bangun sayang !!! jangan tinggalkan abang !! " , jerit Syazwan sambil memeluk tubuh Aysha yang sudah tidak bernyawa lagi dengan kuat. Dia menggoncang perlahan tubuh isterinya namun mata Aysha tidak lagi kembali terbuka. Adrine mula menangis kerana terjaga. Amirah bergegas mendukung dan menggosok perlahan belakang anak saudaranya itu. Puan Maimon menenangkan anak lelakinya dan menahan airmatanya sendiri yang mencurah-curah keluar. Syazwan mencium ubun-ubun Aysha dan tidak melepaskan genggaman tangannya yang kuat menggenggam tangan Aysha yang sejuk.


*                                                                       *                                                          *




Ramai penduduk taman yang hadir dan membacakan surah Yaasin di ruang hadapan rumah Syazwan. Jenazah kaku isterinya yang sudah siap dikafankan berada di tengah-tengah dan ditutup dengan kain putih. Syazwan ada di satu sudut, turut membaca surah Yaasin. Di sebelahnya, Puan Maimon yang sedang meriba Adrine bersama Amirah, juga sedang membaca surah Yaasin. Saat jenazah akan diangkat untuk dimasukkan ke dalam keranda , Adrine mula menangis dengan kuat. Dia merangkak dari ribaan neneknya dengan  perlahan ke arah tubuh kaku ibunya. Dia meletakkan kedua-dua tangan dan juga kepalanya di atas perut ibunya dan menangis kuat. Syazwan menekup muka dan menangis apabila melihat anak kecilnya yang menangis dengan kuat di atas perut ibunya yang sudah tidak bernyawa lagi. Adrine seolah-olah tahu yang ibunya tidak akan bersamanya lagi, tidak akan menemaninya tidur lagi, tidak akan berzikir dan menepuk punggungnya sehingga dia tidur lagi, tidak akan bermain, mendukung, membelai , memujuk dan menciumnya lagi. Bayi perempuan yang berusia hampir 11 bulan lebih itu seperti tahu ibunya telah pergi. Tangan kecilnya menarik-narik kain kafan yang membaluti tubuh ibunya. Dia merangkak lagi dan memeluk bahu ibunya dan berterusan menangis. Puan Maimon bangun dan mengambil Adrine untuk mendukung dan menenangkan bayi perempuan tersebut. Amirah menekup mulutnya menahan sebak. Wajah jenazah Aysha kelihatan cerah walaupun pucat. Syazwan menatap wajah jenazah isterinya buat kali terakhir sebelum jenazah dimasukkan dalam keranda dan dibawa ke tanah perkuburan. Matanya tidak henti-henti mengalirkan airmata.




Di tanah perkuburan , jenazah Nurhan Aysha binti Abdullah selamat dikebumikan. Orang ramai mula bersurai setelah memberi kata-kata semangat kepada Syazwan. Syazwan masih disitu, menggenggam tanah kubur isterinya yang masih merah. Amirah dan Puan Maimon memegang bahu Syazwan. Mata Syazwan tidak beralih dari batu nisan kubur isterinya dan air matanya juga masih tidak berhenti mengalir.


" Ma, Mira nak ambil Adrine dari rumah Makcik Anita..Kami tunggu di rumah abang ye.." , beritahu Amirah sebelum berlalu bersama Puan Maimon yang masih sebak. Syazwan hanya mengangguk perlahan.


" Aysha..maafkanlah abang..abang banyak dosa pada Sha..Aysha,abang cintakan Sha..maaf kerana abang tidak menghargai Aysha..terima kasih kerana menyelamatkan nyawa abang..terima kasih kerana berada di samping abang selama ini..terima kasih lahirkan zuriat untuk abang...terima kasih untuk cinta yang tidak pernah pudar walau sesaat...abang janji abang akan menjaga Adrine Humaira anak kita baik-baik..dan abang juga berjanji, tiada ganti bagi abang untuk diri dan cinta dari Sha...."


Dia menyiram kubur Aysha dan membaca doa buat arwah isterinya sebelum berlalu. Sesampainya di rumah, Syazwan terus mendukung dan memeluk puterinya.




" Papa janji akan jaga Adrine baik-baik walaupun mama dah tak ada..kerana Adrine lah bukti cinta mama pada papa.. "




" because I LOVE YOU  , because you always BE with me and because i know whatever happen, your love will always stay CLOSE to my heart .. "




*THE END*

Harap hampa smua suka dengan cerita yang ditulis dan 100% idea oleh atiq ini dan silakan kalau nak ulang-ulang baca pun and suggest lah kat kawan-kawan yang lain suruh baca yee ;)

xoxo, Atiq ~

Friday, June 22, 2012

Close - Part 9

sambungan dari Part 8 ..
klik SINI untuk Part 8 ..


" Abang pun rindukan Sha..., abang bertuah dapat isteri yang baik macam Sha..abang sayang Sha..."


Aysha menghulurkan sekeping kertas. Syazwan menyambutnya dan melihat tandatangan Aysha di kertas itu.


" Sha nak abang bahagia.." , katanya sambil tersenyum hiba.


Airmata Syazwan menitik di atas kertas itu lalu kertas itu direnyukkannya. Dia mencium dahi isterinya sambil menangis perlahan. Dia meletakkan kepalanya di sebelah Aysha.


"Abang cuma nak Aysha..Sha sajalah isteri abang..abang cuma ada Sha.."


Aysha memejam mata tatkala airmatanya mengalir menuruni penjuru matanya ke pipi. Dia menggenggam tangan Syazwan.


" Jangan tinggalkan Sha ... "
" Tak..abang takkan tinggalkan Sha....."


*                                                                      *                                                                   *




Pinggan diletakkan atas meja.


" Selamat pagi abang...", ucap Sha yang masih memakai apron. Dia mengambil cuti sebulan tanpa gaji.


" Selamat pagi sayang..aishhh, apa ni masak banyak-banyak..Sha kena rehat lah sayang..abang boleh sarapan di luar..."


" Abang sarapanlah dengan Sha..boleh ? " , Aysha bertanya dengan muka ceria. Syazwan tersenyum.


Aysha telah menyediakan roti bakar, nasi goreng, telur goreng hancur dan sosej goreng di samping kopi dan jus oren. Aysha mencedok nasi goreng ke dalam pinggan dan meletakkan telur goreng hancur dan sosej di samping nasi itu. Dia menuang kopi panas ke dalam cawan dan menghidangkannya kepada Syazwan.
Dan dia duduk memerhatikan suaminya makan.


" Sayang kan demam lagi..napa masak banyak-banyak untuk abang ni.. "


" Kan tanggungjawab Sha sebagai isteri abang..."


" Sayang kenapa tak makan sama-sama.." , soal Syazwan sambil menyuap nasi goreng ke mulutnya.


" Sha nak tengok abang makan... " , jawab Aysha sambil tersenyum.


Syazwan bangun dan menarik kerusi Aysha ke sebelah kerusinya. Dia menghalakan sudu yang diisi dengan nasi goreng ke mulut Aysha. Aysha teragak-agak. Syazwan senyum padanya dan dia pun membuka mulut.
Pagi itu sangat indah. Aysha menghulurkan tangannya untuk bersalam dan Syazwan menyambutnya setelah hampir 5 bulan Syazwan tidak pernah menyambut tangan Aysha untuk bersalam.


*                                                                           *                                                                *




Syazwan berbaring di sebelah bayi perempuannya yang diletakkan di tengah-tengah antara dia dan Aysha.
Aysha sedang membelai rambut bayinya yang tidur nyenyak.


" Eh eh anak papa ni dah tidur rupanya... " , bisik Syazwan sambil turut membelai rambut bayinya.


" Dia penat pergi majlis pertunangan auntie Kira dan uncle Ashraff dia petang tadi..dan dia menyusu banyak tadi..tu yang tidur tu..kenyang sangat lah tu.." , jawab Aysha sambil tersenyum.


" He he..anak papa ni sihat sebab tu menyusu banyak..sayang, abang dah ambil cuti seminggu...abang rasa nak bawa Sha dan baby pergi jalan.." , Syazwan memberi cadangannya.


" Eh..abang ambil cuti ? abang nak bawa kami pergi mana ..." , tanya Aysha yang terkejut.


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


" Haaa...tengok tu papa nak bawa Adrine pergi mana ni..haa..cuba tanya papa " , bisik Aysha kepada Adrine yang sedang riang duduk di atas ribanya. 


Kereta mereka sedang bergerak ke Pulau Perhentian. Syazwan yang memandu senyum dan mencuit pipi bayinya. Adrine ketawa apabila papanya mengusik.  Mereka menghabiskan masa dengan riang sekali di Pulau Perhentian . Syazwan membina istana besar dari pasir dan mencacakkan bendera di atas bumbung paling atas istana tersebut.


" Istana papa untuk anak papa dan mama !" , jerit Syazwan sambil membuat gaya gagah perkasa.


Aysha dan Adrine yang duduk di atas tikar tersenyum dan amat gembira sekali. Aysha sangat bersyukur melihat suaminya yang telah berubah menjadi Syazwan yang dulu semasa mereka mula-mula berkahwin.
Mereka sama-sama menikmati sandwich dan pasta yang dibawa kecuali Adrine yang disuap biskut berperisa untuk bayi oleh ibunya.


Malamnya di hotel,


Adrine sudah tidur di atas katil. Syazwan sedang duduk di sofa dan menonton televisyen yang dipasang bersuara perlahan kerana bimbangkan anaknya terjaga. Aysha keluar dari bilik air dan menyikat rambutnya.
Dia membetulkan selimut bayinya sebelum duduk di birai katil. Syazwan memanggilnya supaya duduk di sofa bersama-sama. Aysha duduk dan tersenyum sebelum Syazwan menariknya rapat. Syazwan membelai rambut Aysha dan Aysha meletakkan kepalanya di atas bahu Syazwan. Airmatanya menitis. Syazwan memeluk Aysha dan mengelap airmata isterinya. 


" Terima kasih abang bawa Sha dan Adrine bercuti. Sha seronok sangat..." , ucap Aysha sambil senyum bahagia memandang wajah suaminya. Syazwan menatap wajah isterinya yang senyum tetapi sakit dalam masa yang sama itu. Wajah Aysha tetap ceria walaupun pucat. Setiap kali Syazwan menyentuh tubuh isterinya, dia dapat rasa yang isterinya sangat lemah. Syazwan tidak mahu memikirkan kemungkinan yang kanser otak Aysha semakin teruk. 
Sewaktu tidur, dia menatap wajah bayinya yang tidur di tengah-tengah. Bayi yang berambut coklat gelap sedikit itu memiliki iras-iras wajah Aysha dan wajahnya. Pipinya yang tembam dan keningnya yang hitam, seperti Aysha. Dari wajah anaknya, dia beralih ke wajah Aysha. Isterinya sedang tidur dengan tangan diletakkan di bawah kepala. Rambut hitamnya yang menutupi sedikit dari wajahnya yang pucat. Dahulunya badan Aysha sedikit tembam tetapi kini baru Syazwan sedar yang isterinya telah menjadi kurus serta tidak bermaya. Wajah isterinya pucat dan dia sedang tidur seperti amat keletihan.


Setelah beberapa hari di Pulau Perhentian, mereka pulang ke Kuala Lumpur. 
Sejak mengetahui Aysha lah yang menyelamatkan nyawa Syazwan yang mengalami kerosakan kedua-dua buah pinggangnya dan digantikan dengan sebelah buah pinggang yang didermakan oleh Aysha, ibunya dan Amirah selalu datang melawat dan membawakan buah tangan ke rumahnya.


" WHAT ?!! YOU SL** ! YOU TOLD ME YOU WILL DIVORCE HER AND MARRY ME !! 
WHY YOU STILL KEEP THAT B***H ?! " , herdik Dayana yang sedang berang. Syazwan pergi berjumpa Dayana di rumahnya selepas pulang dari kerja. Segala barang perhiasan yang berada atas meja ditolak dan dihempas oleh Dayana. Syawan cuba menenangkannya tetapi dia melawan dan menolak Syazwan ke dinding.


" TELL ME YOU WILL DIVORCE HER !! YOU'RE F*****G LIAR !! YOU TOLD ME YOU LOVE ME ! "


" How could i divorce her ? Dia berada di saat jatuh bangun i..dia teman i...dia jaga i...dia lahirkan anak i, zuriat darah daging i.... "


" WELL , I CAN GIVE YOU MORE THAN SHE DOES ! YOU KNOW RIGHT , IM BEAUTIFUL !
WHAT DO YOU SEE IN HER ?! SHE'S UGLY !! SHE'S STUPID !! SHE DOESN'T DESERVE YOU !
SHE'S A DUMB B***H !! "


Syazwan menampar muka Dayana. Dayana memegang pipinya dan memandang Syazwan dengan muka tidak percaya.


" SHUT YOUR MOUTH ! DON'T YOU DARE SAY ANYTHING BAD ABOUT MY WIFE !! AND SHE SAVES MY LIFE ! DIA YANG DERMA BUAH PINGGANG UNTUK I TERUS HIDUP !!
GO SEE YOURSELF IN FRONT OF A MIRROR ! YOU ARE THE ONE THAT STUPID ! YOU'RE A W***E ! JANGAN INGAT I TAK TAHU HUBUNGAN SULIT YOU DENGAN JOSEPH AND NIAT U NAKKAN HARTA I ! BETUL TAK APA I CAKAP ?! BY THE WAY , DENGAN SIKAP YOU MACAM TU TAK ADA SIAPA PUN NAK MEMPERISTERIKAN YOU ! " , jerkah Syazwan.




Syazwan keluar dari rumah Dayana dan memandu pergi. Sebelum pulang ke rumah, dia membeli sejambak bunga untuk Aysha dan sekotak coklat yang mahal. Dia memandu ke rumah dengan hati yang lega dan tak sabar untuk berjumpa isterinya. Balik rumah, dia di sambut mesra oleh Aysha. Namun begitu, muka Aysha kelihatan semakin pucat.


" Abang, nak mandi dulu ke nak makan ? ", tanya Aysha dengan senyuman lemah di wajahnya. Dia meletakkan pinggan di atas meja makan.


" Abang nak mandi dulu lah.. sayang , sini kejap.." , panggil Syazwan sambil berjalan ke bilik. Dia mendudukkan Aysha di atas katil. Dia mngeluarkan sejambak bunga ros merah yang masih segar dan sekotak coklat untuk Aysha.


" Abang cintakan Aysha..abang nak Sha tahu.. " , ucap Syazwan lalu dia mencium dahi Aysha. Dia menggenggam tangan isterinya. mata Aysha bergenang dengan airmata dan dia membelai pipi suaminya.


" Sha pun cintakan abang...", ujar Aysha. Syazwan mengelap airmata isterinya dan membuka baju kemeja yang dipakainya.


" Abang nak mandi kejap ye sayang..lepas itu kita makan sama-sama dan pergi ambil Adrine dari rumah mak.." , Syazwan mencium pipi Aysha sebelum masuk ke bilik mandi.


Aysha mencium bau bunga ros itu sambil mengelap airmatanya. Syazwan sayang padanya dan cinta padanya...tiba-tiba kepalanya rasa amat sakit. Aysha cuba mengurut-ngurut pelipisnya tetapi sakit yang dirasai amat dahsyat. Dia bangun dan cuba pergi ke laci meja solek dimana dia menyimpan pil penahan sakit. Pandangannya amat kabur. Aysha mula hilang imbangan dan akhirnya dia jatuh pengsan di kaki katil yang berhadapan dengan bilik mandi.


bersambung di Part 10 ( Part Akhir ) ..