Sunday, December 11, 2011

Alexandra Stan Mr Saxobeat's Make-Up Inspired by Atiq ;)


HEY   YA'LL
this is another tutorial on Alexandra Stan Mr Saxobeat's Make-Up Inspired by me .


ok atiq mmg suka sgat dgn make up mata Alexandra Stan dlm music video tuh !
so i decided utk buat make up mcm tuh .. but takdelah nk keluar p jalan2 dgn eyeshadow cmtuh kn .. klau ada event2 besar ok laa jugak kn ?  heheeeee


anyway , thanks for viewing .. TRY laa this look klau sesuai dgn eventnya okeh dear ?
jangan lupa tekan LIKE di bawah !  thanks a lot from Atiq ! ;)

Tuesday, November 29, 2011

Make-Up Tutorial - Simple Brown Smokey Eyes by Atiq






so ni lah video atiq buat on Simple Brown Smokey Eyes ..
you guys can apply this look utk nmpak mata you guys sexy and elegant ...
its simple and fantastic kan ?
try by your own ! :)


jgn lupa tekan LIKE di bawah okayyy ... much love, Atiq  ;)  

Sunday, November 27, 2011

Baki Tutorial Dark Olive Green Smokey Eyes by Atiq.. HAHA T.T





okay sorry yeah sbb yg permulaan video tu hilang wakaka ..
sorry Diddy  sebab video yg hang tunggu nk mngata atiq tu hilang HA HA HA
tu tobat gelak kn tgok vid yg tinggal last nih haha..
make-up nih sesuai utk nk p event2 atau ikut kesesuaian laa k ..
to ALL , insyaAllah klau rajin atiq buat tutorial make-up yg baru k   :)

sila tekan LIKE di bawah .. much love, atiq ;)

Monday, November 7, 2011

BABY HUSHHH !

hari ni brpeluang pegang baby Qaireen sebelum naik bas 2 tingkat menuju ke Kuala Lumpur utk sambung final exam .. HAPPY SANGAT dpat pegang baby ! suka sangat tengok baby !
suka sangat bila dapat dengar bunyi baby menangis ! sebab bila trdengar tangisan baby buat hati atiq rasa mcm sayu..sebab baby adalah bukti 2 insan yg saling mncintai ... baby ada mama, baby ada papa ...
Sejak brcinta dgn RS , atiq rasa mcm dh nk jadi mama .. sebab atiq ada orang yg sangat atiq cintakan.. klau diizinkan Allah selamat diijabkabulkan , mnta Allah bg rezeki seorang baby yg comel .. 
wlaupun harapan tu dh musnah sama sekali , tak brmakna atiq takkan temui kebahagiaan lagi.. but maybe susah laa sikit sebab ada memori hitam masih terkesan di hati ni ..




Baby Qaireen !!  :D

Monday, March 14, 2011

Shape Of My Heart. . .Episode 14 (Final Episode)- I Love You...


p/s:Lagu ini amat bermakna buat Andrey Levos dan Lucya Petrov...enjoy...(klik sebelum baca)






Sweet sngat dia td tau...-SMS dr Andrey.

Dia pn sama laa..sweet sgat,rindu gila kn lama tak jumpa sayang...-balas Lucya.

Yee..baby dh cantik sekarang.saya takut tau klau ada orang lain mngorat...-Andrey meluah kerisauannya.

Haishh,mana ada..takda orang lain mngorat pun laa sayang..klau ada pun,baby buat taktahu jee..-Lucya mmberitahu dgn tulus.

Yee..baby sygkan saya saja kan...?-soal Andrey penuh manja.

Tahu tak apa..heheee..mesti laa dia sorang jee..-jawab Lucya.

Saya tak akan cari lain baby..I Love You....

Baby harap kali ni sayang betul2 akan mngotakan kata2 itu..bukan sekadar kata2 kosong sayang...-Lucya meminta.

Tak baby..sekarang saya hnya fikirkan psal baby dan masa depan kita berdua...-Andrey serius.

Thanks sayang..I Love You too..Love you so much...



*                                          *                                                 *

Hey kau nk pergi tak tgok artis di Gostiny Dvor Mall Jumaat nih?-tanya Larisa melalui SMS.

Jumaat ni ke? Kau pergi dgn sapa? mama kau hantar ke?-tanya Lucya kembali.

Nikolay Kasheyev datang ambil..Nadezhda Shvakova pn ikut..kau ajaklah Andrey sekali..

BAIKLAH!!- Lucya mnjawab dgn girang.
Dia bertanya kepada Andrey dan melompat2 kegembiraan kerana Andrey juga berminat mahu pergi...dan menonton wayang lagi bersamanya.

Gostiny Dvor Mall. . .

   "Hey Lucya,sini !",panggil Larisa yg duduk bersebelahan dgn Nikolay di dalam restoran Pizza Hut.
Lucya melambai kembali sebelum masuk dan duduk di sebelah Nadezhda.
Pizza dihantar sebelum Nadezhda meletakkan sekeping pizza ke dalam pinggan Lucya.

   "Hey,aku tak beli tiket lagi lah..nnti habis aku dgn Andrey tak tahu nk lepak di mana pula..",Lucya berkata.

   "Kau nk tgok filem apa dgn dia?",tanya Nikolay seraya mnyuap nasi pilav.

   "Rango..",jawab Lucya yg tergelak melihat muka Nikolay yg berubah di saat nasi pilav itu dikunyah.

   "Pukul berapa tayangan?",tnya Nadezhda pula.

   "Pukul 4.25 laa..skang dh pukul 3.45..Nadez,teman aku jap..jom aaa...",pujuk Lucya.

   "Okayy...",Nadezhda bersetuju lalu bangun dan berlalu bersama Lucya.
Mereka berdua meredah org ramai yg sedang menonton persembahan para peserta nyanyian yg menunjukkan bakat terpendam masing2 di atas pentas.Tiket dibeli lalu mereka kembali ke restoran tersebut untuk menjamah makanan yg sudah dihidang tetapi belum disentuh.

"MY LOVE CALLING"

    "Alamak..mama Andrey tak boleh hntar dia laa..macamana ni..",keluh Lucya.
Ketiga-tiga sahabatnya memandang muka Lucya yg sudah bertukar sedih.

   "Nik,kau boleh pergi ambil Andrey?",tnya Larisa sambil mngacau sup cendawannya yg masih panas.

   "Nnti dia nk balik dgn apa..duit minyak kereta aku sruh dia bayar 5RUB tau...",Nikolay mngangguk.

   "Baik cancel saja sayang...",Lucya dgn kecewa bercakap dgn Andrey dalam talian.

   "Haishh jangan laa cancel baby..sruh Nikolay datang ambil saya..saya bayarlah bgtau dia tuh...",kata Andrey.

Habis sahaja makan,Nikolay memandu pergi untuk mnjemput Andrey.Tu laa,Andrey lesen tak ada lagi susah laa jawabnya.Lucya,Larisa dan Nadezhda berjalan menuju ke tingkat 3.Sementara menunggu Andrey dan Nikolay tiba mereka bertiga mula mngeluarkan kamera masing2 dan bergambar di hadapan panggung wayang.
Lucya resah menunggu.Nampaknya mereka akan lambat masuk ke panggung.Jam sudah menunjukkan jam 4.45.Filem Rango sudah 20 minit ditayangkan.Mata Lucya tertumpu pada Nikolay yg sedang berjalan bersama....Andrey yg memakai t-shirt hitam berbelang merah.
Buah hatinya itu amat segak sekali hari itu dgn rambut tebalnya.Lucya rasa macam nk jatuh pengsan.Andrey mmberi isyarat "JOM" lalu Lucya pun berjalan mngikut di belakang Andrey sambil melambai Larisa,Nikolay dan Nadezhda yg tidak menonton wayang.

   "Nak popcorn tak?",Andrey berpatah balik ke kaunter snek semula.

   "Tak nak..",jawab Lucya agak kalut.

   "Tak nak sudah...",jawab Andrey acuh tidak acuh.
Mereka berdua masuk ke Hall 3.Sekali lagi Andrey buat perangai duduk suka hatinya.

   "Ish,tu tempat oranglah..tempat kita sana...",bisik Lucya,geram.

   "Alaaa,duduk aje..tak ada orang lah..",bisik Andrey kembali.

   "Tak boleh laa..ni tempat orang tahu tak...",Lucya berbisik kuat sehingga orang di hadapan mereka menoleh.Lucya dan Andrey diam serentak.

Kedengaran pula suara tangis bayi kedengaran di dalam panggung.Seorang ibu muda mendukung bayinya utk menghentikan tangis yg agak mnganggu suasana dalam panggung.
Andrey melihat dgn penuh minat.

   "Nnti cakap kat anak kita,mama dgn papa dating dalam panggung wayang je..sebab nenek dan atuk mama garang sngat..hehee..",Andrey mengusik.

   "Diam lah..mngada-ngada..",Lucya mencubit peha Andrey dgn kuat.

   "Aduh! baby,sakit by..baby! sakitttt...",Andrey mngaduh secara berbisik sambil menarik jari Lucya yg kuat mencubitnya.

   "Aduh...heyy..sakit! gelilaaaa...",giliran Lucya pula mngaduh kerana Andrey mencubit lengannya.

Filem Rango itu amat mnghiburkan.Andrey memegang tangan Lucya.Lucya tersentak tetapi dia seakan tidak percaya.Dia rasa dia telah bermimpi.Untuk memastikannya dia melihat ke bawah.Benar,Andrey memegang tangannya dgn erat,dan mmberinya satu pandangan dan senyuman yg amat bermakna.Dia rasa sudah sampai masanya untuk dia mngecapi bahagia yg sudah lama diimpikannya.Dia sangat cintakan Andrey,sedalam-dalamnya.

Pulang ke rumah,dia meneguk minuman teh lemon ais yg dibeli oleh Andrey utk dirinya sambil tersenyum.Beg disimpan lalu punggung dilabuh ke atas katil yg empuk sebelum mncapai telefon bimbitnya.

Baby!! heheee..-dari Andrey.

Baby happy sngat hari ni sayang..thanks..-balas Lucya.

Heee..kita lain dari orang lain kan..-SMS balas dr Andrey.

Apa yg lain? duduk suka hati dalam panggung?-perli Lucya,manja.

Ye laaa..org lain mana berani buat hahaha...-Andrey berseloroh.

Sayang..baby bahagia sangat hari ini..sayang sweet sngat tau..-taip Lucya.

Kita berdua yg sweet baby...I Love You baby...-hantar Andrey.

I Love You more sayang...I rindu you..-Lucya mnghantar kembali.

I gila kat you..-balas Andrey.

I pun gila kat you..

You yg buat I gila kat you...-Andrey menekan butang SEND.

Apa yg I buat?-tnya Lucya sambil tergelak kecil.

Sebab you betul2 cintakan I..dan you buat I betul2 cintakan you Lucya..

Sebab I mmg cintakan you Andrey....-saat Lucya mnghantar SMS itu hatinya amat berbunga mekar.

Andrey,selama ini hati saya hanya pada awak..janganlah awak sakiti saya lagi.Sekarang ini saya amat bahagia di samping awak...dan saya terus berharap agar kebahagiaan ini berkekalan seperti mana awak dan saya bayangkan..seperti mana yg kita harapkan.Saya amat cintakan awak dan mahu selalu di samping awak...walaupun nanti kita akan terpisah untuk sambung belajar ke peringkat seterusnya,saya harap cinta kita akan tetap kekal tanpa sebarang gangguan.Jauh mana pun kita terpisah nanti,hanya kesetiaan,cinta, dan kejujuran sahaja yg dpat memastikan kita kekal bersama..Seperti mana awak beritahu yg awak milik saya,saya juga milik awak dan saya selalu berdoa agar ada jodoh di antara kita kerana kita saling mencintai...

                                         THE END




credit to: Myra Escada,my schoolmate kerana mmberi idea utk menulis kisah cinta ini.thanks Myra
kepada yg sentiasa mengikuti Shape Of My Heart,thanks bebanyak...jadikanlah kisah ini iktibar.Hargai orang yg mencintai anda.Orang yg benar2 mencintai anda matanya akan berkaca setiap kali menatap wajah anda kerana jauh di sudut hatinya,dia menghargai anda.cinta sejati akan mmbahagiakan kita dan setiap yg terjadi ada hikmahnya agar menjadi lebih baik..
SEKIAN.










Sunday, March 13, 2011

Shape Of My Heart. . .Episode 13-This I Promise You...


Saya berhenti kerja 28/2 ni tau-beritahu Andrey.

Alaaa..awak beritahu nak awal bulan 1 lepas tu ptengahan bulan 2 tp skang ni 28/2 pula..-
Lucya mmbebel dgn suara manjanya.

Alaa..nnti saya balik lah ok? rindu awak dgn pipi tembam awak tu tahu tak..nnti kita jumpa tau,nk ajak awak pergi tgok wayang..-janji Andrey.

Okay!! tak sabar tau..rindu awak jugak..sayang awak sgat..

Saya lagi sayang awak tau..

Walau sekarang Lucya amat bahagia tetapi ada sesekali dia akan teringat segala kisah duka sebelum bahagia yg sedang dinikmatinya ini muncul.Sejak mata Andrey direnung buat pertama kali,Lucya sudah jatuh cinta padanya.Sejak Andrey meminta nombor telefonnya,Lucya telah berjanji dgn dirinya akan mencintai,menyayangi dan menjaga Andrey dgn baik.Sejak kali pertama keluar bersama Andrey,dia dapat mmbayangkan dirinya bersama Andrey hingga akhir hayat.Setiap kali memandang wajah Andrey,rasa cintanya terhadap remaja lelaki berambut hitam tebal itu semakin dalam dan kuat.

Hati yg belum pernah dimiliki oleh yg bergelar kekasih hati diberi dgn harapan akan dijaga dgn penuh rasa cinta tetapi ditikam,ditembak dan ditusuk.Namun demi dirimu,hati ini berusaha utk sembuh dgn harapan baru. . .

Betapa hatinya amat mencintai Andrey walaupun pelbagai duka,pilu,cacian,hinaan,umpatan,kehancuran hati yg ditempuhinya.
Dia juga selalu teringatkan kata2 Andrey semasa Andrey memarahinya.Dia juga masih terasa sakit hati mngenangkan fitnah yg Andrey pernah lempar kepadanya demi menutup kesalahannya yg curang.Amat menyayat hati memikirkan Andrey tidak membelanya langsung di saat Alyona memakinya (kali pertama dan kedua),Andrey cuma mmbiarkan dia menempuhi segala-galanya malah pernah juga mnyalahkan dirinya.Banyak pendapat didengar dari rakan-rakannya.Kesemua mereka mngatakan yg jika mereka berada di tempat Lucya,mereka tidak akan meminta maaf kepada Alyona seperti yg disuruh Andrey serta meninggalkan Andrey terus di saat itu.Tetapi bagi Lucya,hatinya mencintai Andrey walaupun diperlakukan sedemikian.Dia bukan murahan dan lurus bendul tetapi dia yakin Andrey boleh berubah kerana jika kita ikhlas dgn org,Tuhan akan mnghadiahkan kita dgn yg terbaik.


Betapa hati Lucya amat gembira kerana Andrey sudah berubah.Dia amat berharap yg Andrey akan terus berubah bukannya berpura2 berubah.Walaupun ada ketikanya hati Lucya masih gusar,takut Andrey akan bersikap seperti dulu.

Saya tak akan buat perangai dah..cukup laa dgn apa yg dh terjadi..saya nk jaga baby baik2 kerana baby lah yg betul2 sayang,cinta dan setia pada saya..-beritahu Andrey.

Kata-kata itu benar2 melegakan hati Lucya.Bukannya saya tidak percaya pada awk sayangku tetapi ingatlah :orang yg sudah susah utk percayakan kita adalah orang yg dulunya meletakkan sepenuh kepercayaan pada kita.Cuma kita telah hanyutkan kepercayaannya pergi jauh.Dapatkanlah kepercayaan orang itu kembali kerana apabila orang mmpercayai kita,kita secara tidak langsung tergolong dlm manusia yg jujur serta ikhlas,Andrey...

Saya dh gemuk tau sekarang..betul.Dh gemuk,semakin besar,baju pun dh ketat..hehe-tulis Andrey dlm SMSnya.

Heheee..tak apa.seksi..hakhak!-Lucya mngusik.
Lucya tidak kisah sekiranya Andrey gemuk pun.Baginya,Andrey sentiasa sempurna di matanya walaupun ada yg mngatakan Andrey agak gemuk.Gemuk hapanya mcm itu,Andrey mmpunyai susuk tubuh rangka besar.Sesuailah badannya agak berisi,tegap dan tinggi begitu.Mata coklat cerah dan bibirnya yg merah jambu lembut adalah tarikan minor yg mmbuatkan Lucya jatuh cinta padanya.Tentulah sikapnya yg pandai mmbuat Lucya tersenyum,romantik,manja,dan baik itu adalah tarikan major untuk meraih cinta Lucya.Dia amat tidak sabar sekali menanti Andrey pulang semula ke St Petersburg.Sudah 3 bulan wajah Andrey tidak ditatapnya,3 bulan jugalah dia tidak bercakap secara berhadapan atau bergurau dgn Andrey.

Sabtu 5 Mac,
Pukul 6.40 petang. . .

Lucya berdebar-debar menunggu pesawat yg mmbawa buah hatinya tiba di Lapangan Terbang Pulkovo.Dia amat takut sekali,bukannya menduga bnda2 tak baik berlaku tetapi kerinduan yg menebal mmbuat hatinya gusar.Telefon bimbitnya berbunyi.
"My Love CALLING"

Dia segera menjawab panggilan itu dgn amat gembira.Penantian penuh keresahan selama 1 jam telah berakhir.

Baby! saya dh sampai ni..-beritahu Andrey.Suaranya kedengaran agak letih.

Syukur sayangku selamat sampai..dah jumpa abah dgn mama?-tnya Lucya penuh gembira.

Belum..ni kn baru sampai sebab dia pesan sampai je terus call kn hehe..-balas Andrey.

Ye laa..saya risau tahu tak sayang..pergi cari mama dgn abah dulu ok?
Panggilan ditamatkan selepas Andrey berkata: Okay babyy...byee.

Andrey sudah pulang!! Lucya tersenyum panjang kegembiraan.
Bila mahu berjumpa tak tahulah.Lusa boleh kot.

Ahaaa,dh sampai pun..wah,3 bulan saja pergi tp kenapa St Petersburg nmpak macam lain yee..-tnya Andrey,mengada.

Amboii..gedik tau..hehee.Nnti saya lagi lain..dh berisi apa..haha..-beritahu Lucya.

Tak apa..nnti pipi dia makin tembam senang saya nk cubit hehe...-Andrey berseloroh.

Lucya tersenyum apabila telefon bimbitnya berbunyi lewat petang Ahad keesokannya.
  
   "Hello sayang.."
   "Baby! heheee.."
   "Yee...sayang amboi happy nya suara dia.."
   "Mesti laa..baby,esok kalau tak ada apa-apa kita jumpa nak tak? kat Gostiny Dvor Mall"
   "Boleh rasanya..nk tonton cerita apa esok?"

Isnin 8 Mac,
Gostiny Dvor Mall. . .

Lucya menaiki eskelator menuju ke panggung wayang yg terletak di tingkat 3 mall tersebut.Dia mmbeli 2 tiket utk filem Underdog Soldiers.Kemudian,dia menuju ke birai yg bertentangan dgn eskelator yg bergerak naik ke tingkat 3 tersebut.Dia memutuskan utk menunggu Andrey di situ supaya Andrey tidak dapat melihatnya terlebih dahulu.Betulkah Andrey semakin gemuk dan agak gelap sekarang.Dia tidak dapat mmbayangkan Andrey yg selalunya berkulit cerah gebu itu mnjadi gelap.Mesti kelakar dan janggal.Matanya melilau merata menjangkakan kehadiran Andrey.Matanya tertumpu kepada seorang remaja lelaki yg sedang berjalan di sepanjang kiosk skaf menuju ke eskelator yg bergerak naik ke tingkat 3.Baju yg dipakai oleh remaja lelaki itu serupa dgn baju Andrey yg Lucya amat suka melihat Andrey pakai.Andrey mengatakan yg susuk tubuhnya telah menjadi semakin berisi kan tetapi remaja lelaki itu kelihatan kurus sedikit dari saiz badan asal Andrey sejak kali terakhir dia melihat Andrey.Tetapi gaya rambut yg serabut dan tidak kemas sedikit itu serupa dgn gaya rambut Andrey.Cara berjalan yg laju,bersahaja dan melelong sana-sini itu serupa benar dgn gaya kekasihnya itu berjalan.

   "Alamak,itukah Andrey??",desis hatinya.

Dia amat berharap Andrey tidak nmpak dia di situ agar dia boleh mngendap dan jika benar itu Andrey,satu cubitan kuat akan singgah ke badan Andrey sebentar lagi kerana berbohong mngenai dia sudah gemuk.Nakal betul buah hatinya itu.Rancangannya rosak kerana Andrey nampaknya awal-awal lagi sudah nmpak dirinya yg menunggu di situ.Dia menuju ke arah Lucya dgn satu pandangan yg amat Lucya rindui.

   "Hai...",sapanya.
   "Oooohh,tipu yaa cakap dh gemuk! mengada!",Lucya mnggeram.
   "Hik hik hik..",Andrey ketawa mengekek sambil tersengih manja.

Lucya turut tersenyum sambil mereka berjalan untuk mmbeli popcorn serta minuman di kaunter snek.Andrey mmbayar utk popcorn saiz kecil.Nama sahaja kecil tetapi agak bnyak dan sukar juga utk dihabiskan.Kaki mereka berdua melangkah masuk ke Hall 1. . .


bersambung di Episode 14 (Episode Akhir) . . .


Shape Of My Heart. . .Episode 12-Come Back To Me...

Mungkin masih ada harapan.Walaupun dulu sudah kukatakan hatiku ini sudah hampir mati untuk mencintaimu kembali namun dapat kurasakan ia kembali bernafas sejak kau kata padaku untuk berubah.Kuharapkan kata2 mu itu bukan lagi sekadar kata2 kosong seperti sebelumnya kerana hatiku kembali bernafas hanya untuk dirimu wahai kekasih..come back to me,My Love. . .

Lucya kembali berhubung baik dgn Andrey.Andrey yg menumpang di rumah ibu saudaranya di Kamensk-Ural'skiy itu telah mendapat pekerjaan di sebuah superstore.Setiap kali sebelum pergi kerja,dia akan menelefon Lucya.Lucya amat senang hati begitu.Dia rasa gembira dgn sedikit perubahan Andrey itu,walaupun hatinya mmg susah utk mmpercayai Andrey 100% seperti mula2 mereka berkenalan dulu.Bohonglah jika dia tidak merindui saat2 semasa mereka berkasih dulu.Dia meluahkan kpada Andrey dan Andrey juga merindui saat2 itu.
Namun,hati Lucya amat takut sekali jika hatinya akan hancur lg.Kepedihan yg dilalui sebanyak 3 kali mnjadikan dia tidak mudah mmpercayai seperti sebelumnya.Hatinya sangat inginkan Andrey kembali,tetapi apakan dayanya hatinya menjerit meminta supaya tidak dilukai lagi.
Ia sudah lelah dgn segala keperitan yg dilalui.


Awak..saya inginkan dia kembali..-tulis Andrey.
Lucya tahu 'dia' yg Andrey maksudkan itu adalah dirinya.Tetapi dia buat2 tidak tahu dan tidak mngerti.


Kalau macam tu awak dapatkanlah dia balik..saya akan tolong..-balas Lucya.


Tapi saya takut dia tak mahukan saya lagi..dia tak akan percaya saya lagi..-luah Andrey lagi.


Belum cuba belum tahu tau..-Lucya mmberi semangat.


Awak..tak mudah utk dia lupakan apa yg saya dh buat kt dia..saya dh 3 kali menyakiti dia..-terangnya kepada Lucya.
Perasaan Lucya kebas ketika itu.


Tak apa lah..awak cuba ok..-Lucya mmberi semangat.


Nanti lah..biarlah hati dia betul2 terbuka utk terima saya kembali dalam hidupnya..-tulis Andrey.


Mesti lama kn..awak sanggup tunggu dia ke ni..-soal gadis itu.


Saya tetap akan tunggu dia..tak ada lagi wanita seperti dia..dia saja yg terbaik bg saya,dan saya mnyesal sgat tak dapat buat hidup dia bahagia..-Andrey kesal.


Lucya kembali mngenangkan betapa dia mencintai Andrey lalu mmbalas:ya ka..tak apa lah..nnti dia boleh terima awak balik pnya..bg dia masa ok..


Awak,bagilah saya peluang terakhir lagi awak..saya janji akan bahagiakan awak..sekurang2nya bg peluang dan saya akan cuba..saya akan jaga awak.biar kali ni 'dia' dapat rasa bagaimana orang lain berkasih..-Andrey berterus-terang dalam SMSnya.


Awak..saya mmg masih cintakan awak...tapi awak bg lah saya masa..saya takut awak..saya tak mahu dilukai lagi,sakit hati bila dpermainkan awak tahu tak..-Lucya mmberitahu.


Lucya,saya tetap akan tunggu awak..saya tak mahu org lain.dulu mungkin saya tak nmpak lagi tp skarang saya dh nmpak betapa awak nak sgat saya berubah dan awak betul2 sygkan saya..saya tunggu smpai awak terbuka hati utk terima saya kembali...-dari Andrey.


Lucya berbaring di atas katilnya,tangannya memegang telefon bimbit-dia merenung gambar Andrey.Hanya tinggal 1 sahaja gambar Andrey kerana yg selebihnya dia telah DELETE  semasa bertekad utk lupakan Andrey dahulu.Hatinya amat merindui Andrey.Dia menangis mendayu-dayu.Dia amat rindukan Andrey Levos
.Air matanya mengalir menuruni pipi dgn laju,selaju itu jugalah degupan jantungnya yg berdegup.Setiap degupan itu merindui Andrey tapi hatinya takut.Takut dan gusar jika dilukai lagi.Dia tidak sanggup lagi dilukai selepas ini.Hatinya meronta mahukan semula seorang putera yg selalu bertakhta di situ.Apa yg harus Lucya lakukan sekarang?Dia masih tidak berani utk terus menerima Andrey kembali macam itu sahaja.



Lebih teruk lagi mamanya secara terang-terangan menunjukkan rasa tidak sukanya pada Andrey.Mamanya mngatakan Andrey itu dan ini yg sememangnya amat melukakan hati Lucya.
Dia amat takut sekarang serta runsing.Dia mencintai Andrey dan tidak mahu mama mngatakan sebagainya tentang Andrey walaupun sebahagian besarnya benar-tentang sikap Andrey dan apa yg telah Andrey lakukan pada dirinya.Dia telah memaafkan Andrey dan tidak mnghukum Andrey tetapi tdak mungkin pula dia akan melawan ibunya sendiri utk mmpertahankan Andrey.Jadi,dia hnya diam walaupun hatinya merana dgn kata2 itu.Andrey sudah menunjukkan perubahan yg positif dan amat mnggembirakan hati Lucya.Dia amat mngambil berat tentang Lucya dan semakin pandai mnjaga perasaan.Lucya tidak mahu kehilangan Andrey walaupun Andrey telah mngatakan yg Andrey akan menunggunya.
Pada 1 malam,mereka berdua sedang online di facebook.Lucya pada ketika itu merasakan yg mereka harus segera berbaik seperti sebelumnya.Malam itu agak tenang dan sunyi.
Lucya mmberitahu Andrey di chatbox-Awak..kita couple balik ya..saya pn tak mahu kehilangan awak lagi..

Tak terlalu awal ke Lucya...?-tnya Andrey kembali.
Jawapan Andrey itu sememangnya agak mengguris hati.

Tak apalah klau awak tak mahu..saya tak paksa,kita kawan mcm biasa saja okay..-Lucya merajuk.

Awak..jgn macamni...baiklah...kita cuba lagi kali ni yee...-balas Andrey.Lucya tersenyum bahagia melihat statusnya tidak lagi 'single' malah tertulis Lucya Petrov is In A Relationship with Andrey Levos dgn tarikh ulangtahun pada 3 Oktober..iaitu tarikh yg dipilih Andrey sebagai tarikh mereka mnjadi pasangan kekasih pada mula2 dahulu.Lucya amat gembira sekarang.Andrey telah kembali mnjadi miliknya.

I love you sayang..-tulis Lucya.

I love you too baby..-balas Andrey.

Sejak itu hidup Lucya mulai berseri kembali.Andrey kembali menjadi putera di hatinya.Andrey meyakinkan Lucya yg kali ini dia akan benar2 mnjaga Lucya serta tidak akan mngulangi kesilapan yg sama lagi.Dia tidak mahu melukai hati Lucya lagi.Kata Andrey,Lucya masih mncintainya walaupun dilukai sebanyak 3 kali serta mahu Andrey berubah mnjadi org yg baik,jujur dan setia.Andrey mahu berubah.Dan kini barulah Andrey mengerti betapa dalam cinta Lucya buatnya,masih setia padanya dan benar2 mnyayangi dirinya.
Setiap hari sejak mereka kembali bersatu adalah hari2 bahagia buat Lucya.Hatinya kembali riang dan wajahnya tidak lagi muram malahan berseri2 dan selalu tersenyum.Betapa hati ini masih mencintai Andrey.

Andrey seperti biasa,seperti dirinya-kelakar,manja,pandai memujuk dan romantik.Kesemua itu memenuhi ciri2 buah hati idaman Lucya dan mmbuatkan akar cinta Lucya buatnya semakin kuat.Lebih mmbuatkan Lucya bahagia apabila sebelum panggilan ditamatkan,Andrey akan mnyebut - I love you baby..mmmuahhh!!
Bukan mudah utk melafazkan perkataan itu jika hati tidak benar2 mencintai.Hanya cinta yg mendalam  boleh mmbuatkan perkataan itu dilafazkan dgn penuh erti.

I love you too sayang..muahh!!-lafaz Lucya kembali sebelum butang END CALL ditekan.Kepala berambut hitamnya diletakkan ke atas bantal sambil jarinya menaip mesej utk dihantar kepada Andrey.Selimut ditarik dan bibirnya mngukir satu senyuman bahagia.


Andrey,sekali lagi saya serahkan hati saya pada awak Rey...awak jagalah hati saya ini baik2,hanya ini yg saya mmpu sediakan untuk awak-hati untuk diisi oleh cinta dan kasih sayang awak untuk saya.
Jangan lukakan hati ini lagi Rey...kerana hati ini hanya untuk cinta awak dan hanya milik awak sahaja. . .


bersambung di Episode 13. . .

Thursday, March 10, 2011

Shape Of My Heart. . .Episode 11-Please Mend My Heart...

Gostiny Dvor Mall. . .

Annanita dan Lucya berjalan masuk sambil berbual-bual.


   "Jom beli tiket dulu..pastu kita pergi tandas yee..",cadang Annanita.
Setelah mmbeli tiket utk filem Gulliver's Travel 3D,kedua gadis berusia 17 tahun itu menuju ke tandas utk.....tangkap gambar!


   "Kau buat make-up smokey eyes ke? cantiklah Lucya...",tnya Annanita penuh minat.
   "Tak lah..mata aku mg mcamni,aku cuma guna sikit je eyeshadow td,tak buat smokey eyes pn..",terang Lucya.


Apabila mereka memakai cermin mata 3D,semua jadi amat mnyeronokkan sebelum telefon bimbitnya vibrate.


Awak..saya minta maaf pasal semalam.saya tahu tak sepatutnya saya ganggu awak lagi..tp sebab saya masih sayangkan awak Lucya..tak apalah..awak jaga diri ya.saya nak awak tahu yg awak ni cantik dan akan dapat org lain yg lagi baik..maafkan saya..-dari Andrey.


Lucya terasa sebak.Adakah Andrey tahu yg dia juga masih sayangkan Andrey? Dia tak dpat bayangkan dirinya tanpa Andrey.Hanya Andrey di matanya..SAYA TAK MAHU ORANG LAIN ANDREY!!!


   "Heh,jangan nk reply baik2 sgat dgn dia tuh..ingat sikit apa yg dia dh buat pada kau..",Annanita mngingatkan Lucya dgn muka penuh rasa meluat.
Mana mungkin Lucya mmbalas endah tak endah! Dia sayang Andrey...


Apabila sudah balas mmbalas SMS,hubungan kembali terjalin.Akhirnya Lucya kembali mnjadi teman wanita Andrey.Annanita agak marah pada Lucya kerana kembali bersama dgn Andrey tetapi apakan daya cintanya masih pada Andrey.Selama Andrey di Kamesk-Ural'skiy Lucya bertambah risau.Bagaimana kalau Andrey mmpunyai prempuan lain di sana?Sementara itu ibu Lucya amat marah akan Andrey setelah dia menelefon Alyona sendiri brtanyakan kisah cinta Lucya-Andrey-Alyona.Dia tahu apa yg Andrey telah lakukan pada Lucya  dan tak suka akan Andrey.


Tetapi hubungan cinta mereka beransur agak baik.Selepas Alyona berpisah dgn Andrey dan kembali bersama boyfriend lamanya Lucya rasa tiada lagi sengketa yg terasa terbeban di kepalanya.Alyona mngaku yg dia juga telah curang pada Andrey selama hampir 5 bulan.Lucya agak terkejut namun dia hnya mnyokong apa yg mmbuat semua pihak gembira.Lucya semakin bahagia dgn Andrey tetapi hatinya tetap tidak tenang.


Walaupun Andrey semakin baik tp entahlaa perasaan Lucya masih kacau bilau.Dia sgat sayangkan Andrey,sejak pertama kali dia merenung mata coklat cerah yg bulat itu.Andrey,awak jgn lah lukakan hati saya lagi Rey...
Status facebook mereka kini In A Relationship,seperti yg Lucya inginkan selama ini,wlaupun proses utk mndapatkan status itu mmg sakit dan menitiskan bnyak air mata.
Semakin hari,hubungan mereka agak pulih namun Andrey masih tidak mnjadi seperti apa yg Lucya inginkan.Andrey mmberi Lucya keyakinan dan agak mnggembirakan Lucya tetapi ada sesuatu yg Lucya masih ragu-ragu dan musykil.Lucya mnjadi sensitif dan mudah merajuk namun ada sebabnya-Andrey agak mncurigakan.Setelah dia check inbox facebook Andrey dia mndapati ianya penuh dgn massage Andrey mmberi nombor telefonnya kepada bnyak prempuan.Mudahnya seorang lelaki mmberi nombor telefon kepada prempuan2 yg belum tentu personalitinya.Lebih mnyakitkan hati apabila password Andrey adalah gabungan nama Andrey dan bekas teman wanitanya.Lucya rasa dia sudah hilang rasa cinta pada Andrey apabila sampai ke sesetengah tahap.Sehingga satu hari dia rasa cintanya buat Andrey sudah teramat kurang.Pada suatu hari semasa dia sedang mmbuat kerja2 packing utk produk keluaran bapanya,air matanya menitis.Cintanya buat Andrey sudah berada di tahap kritikal.
Lalu dia memutuskan utk berterus-terang kepada Andrey.Dia tidak mahu berbohong dgn hatinya sendiri.


Tinggalkan saya....-tulis Lucya.Dia menekan SEND dgn hati yg hancur.
Maafkan saya Andrey...hati saya seakan dh mati.
Tetapi jawapan Andrey sangat mengejutkan Lucya.


Pasal Abigail ke? awak kena laa faham yaa..please..-jawapan Andrey sekali lagi meremukkan hati Lucya.Ada apa-apakah yg berkaitan dgn Abigail?




Andrey mmg telah mmbuat dirinya kantoi.Lucya segera LOG IN ke akaun facebook Andrey.
Ada chatbox bekas Andrey berchatting dgn Abigail.Mmg mereka telah berkawan semula,Lucya tahu tetapi ada sesuatu yg mncurigakan.Dlam chatbox itu terdapat perkataan seperti "elehh,depan Lucya cakap lain..klau berani sini laa nk settle dgn Lucya" ,  "dengan Abigail laa..hehe" ,dan  "takut dia mngamuk"...
Ini mmg mencurigakan.Dan,Abigail masih online ketika itu.Lucya harus berani,tidak tertahan lagi sakit hatinya dan kesedihan yg ditanggungnya hampir sebulan.


Abigail..hai..-tulis Lucya.


Ya...?-balas Abigail.


Ini Lucya tau...-akui Lucya.


Ya..saya tahu..kenapa?-tnya Abigail.


Td Abigail chat apa dgn Andrey?-soal Lucya secara baik.

Pada mulanya Abigail tidak mahu mmberitahu Lucya tetapi lama-kelamaan dia mula bercerita dan lembut dgn prtanyaan secara baik dr Lucya.Abigail mnceritakan semua yg pernah dilakukan oleh Andrey.Ada yg diantaranya amat mmbuat Lucya terkejut.Lucya turut mnceritakan yg terbuku di hatinya sebagai perbincangan antara perempuan dgn perempuan.
Sebagai prempuan,Abigail pasti mngerti perasaannya.Status facebooknya kembali 'single'.Dia akan kembali keseorangan.Andrey mnganggap Abigail sebagai teman wanitanya padahal Abigail tidak mnganggap seperti itu.Kali ini Andrey hendak curang pada Lucya dgn Abigail pula.



Tegarnya Andrey berbuat seperti itu pada Lucya.Tidakkah Andrey perasan akan peluang ketiga ini? Kenapa awak tipu saya lagi Andrey.....??


Dulu Abigail mmg marahkan Lucya sebab Lucya merosakkan rancangan Abigail..Abigail smpai menangis sbb geram tau.Lucya benar2 rosakkan rancangan Abigail dgn mnjadi teman wanita Andrey...-Abigail mngaku.


Rancangan apa Abigail?-Lucya tidak mngerti.


Abigail rancang nk permainkan Andrey..biar dia rasa macamana kena permain..dia tu mmg kaki prempuan..-Abigail mmberitahu rancangannya.


Hah?! Abigail...biar lah..jgn buat macam itu..biar Tuhan saja balas..nnti Andrey tu buat apa2 tak baik ke atas dirinya macam mana?-Lucya cuba mnghalang.Dia tidak mahu Andrey hancur hati,
wlaupun Andrey senang sahaja mnghancurkan hatinya.Baginya,mereka berdua tidak layak mnghukum Andrey...biarlah Tuhan sahaja yg mngaturkan.


Biarlah..Lucya nnti 'clear window' tau semua yg kita chat ni..nnti kang Andrey tu nampak..habislah Abigail...-Abigail mngingatkan Lucya.


Baiklah...-taip Lucya sebelum menekan key 'ENTER'.Lucya tidak bersetuju dgn rancangan Abigail utk mngenakan Andrey.
Dia tidak sanggup melihat kepedihan hati yg terpaksa Andrey tanggung nnti.Andrey sayang Abigail sgat kn,sehingga melukakan hati Lucya buat kali ketiga tetapi adakah dia tahu tujuan Abigail berbaik dgnnya semula?
Tiba-tiba Lucya ter LOG OUT dr akaun facebook Andrey.Dia try LOG IN semula tetapi gagal.
Keterangan bahawa password baru ditukar mmbuatkan hati Lucya berdebar2.
Adakah Andrey turut LOG IN tadi dan telah mmbaca semuanya? Dia segera menelefon Andrey.Dia tahu dia bakal berhadapan masalah yg besar kali ini.


   "Hello...?"
   "Hmm..ada apa?",suara Andrey kedengaran marah.
   "Awak tukar password kan?",Lucya cuba mmbuat suara marah.
   "Habis tu kenapa? Biarlah..",Andrey berkata dgn marah sekali.
   "Awak..dgar dulu apa yg..."
   "Sudahlah! saya dh baca semuanya..puaslah kan? hah? p dgar cakap Abigail tu kn? bagus,cemerlang! ",dia mmbentak dalam talian.
   "Awak..bukan macam tu.."
   "Sudah,saya budak jahat kn..dh sudah lah..."
Andrey memutuskan talian.Lucya mula menangis.Dia cuba menelefon lagi namun Andrey tidak mnjawabnya.Andrey,ianya bukan seperti apa yg awak fikirkan!!!


Awak nk apa lgi? saya ni budak jahat faham tak?-SMS Andrey itu diterimanya dgn titisan air mata hangat yg mengalir di pipinya.
Panggilan seterusnya dijawab oleh Andrey.Lucya yg teresak2 cuba mnjelaskan semuanya....sambil menangis.
  
"Andrey,mengapa awak mmperlakukan saya begini Rey..apa dosa saya? Saya cintakan awak Rey...tapi satu demi satu awak buat pada saya..kalau awak tidak pernah cintakan saya beritahu lah..jgn berpura-pura cintakan saya dan kemudian awak lukakan hati saya...-rayu Lucya dalam tangis.
  
   "Tak..saya mmg cntakan awak..tp yg awak mmandai-mandai dgar cakap Abigail tu buat apa?",dia mnjawab dgn suara mnggeletar.Menahan marah agaknya.
Lucya berterusan menangis.

   "HA! MENANGIS LAH! MENANGIS!!!",jerkah Andrey sebelum panggilan diputuskan lagi sekali.Lucya memeluk bantal sambil menangis.Sampainya hati Andrey.Peluang ketiga telah musnah sama sekali.Mengapa Andrey brbuat begini?

Malamnya Andrey dan Lucya saling berSMS.Lucya cuba mnjelaskan yg tindakan Abigail hnya untuk mnyedarkan Andrey bagaimana rasanya bila cinta dikhianati dan dicurangi.Abigail mahu Andrey rasa macamana sakitnya hati semua prempuan yg dipermainkan.Lucya juga mahu Andrey faham bagaimana rasa sakit,perit,pedih dan pilu hatinya apabila Andrey mmperlakukan dia sebegitu.Tapi cara Abigail agak salah dan lebih kepada mmbalas dendam bagi Lucya.Bagi Abigail tak tahu lah bagaimana.Tetapi nampaknya Andrey teramat marah dan geram kepada Abigail.Abigail telah dimaki hamun oleh Andrey dgn garangnya di facebook mnyebabkan Abigail telah me'remove' dan mem'block' Andrey di facebook.Mungkin juga Andrey terlalu marah pada Abigail sehingga gadis itu mngadu kepada teman lelakinya.Teman lelakinya telah menelefon Andrey dan memaki hamun Andrey kembali.Lucya pening dgn situasi itu dan tidak sanggup mmbiarkan Andrey dimaki hamun.

Dia masih ada untuk Andrey walaupun 3 kali Andrey melukai hatinya.Baginya,perasaannya kali ini sudah kebas.Dia seperti tidak berperasaan lagi.Aktiviti hariannya diatur sepadat mungkin utk mnyibukkan diri sebagai langkah mngelak hatinya merindui Andrey.Nasihat diberi kepada Andrey.

Awak,sedar tak sejak saya ada baru semua perkara ni terbongkar..mungkin awak patut sedar yg semua ni berpunca dari awak sndiri Rey.berubah sementara masih sempat Rey..saya tak kata saya ni baik sgat tp setiap yg jadi ada hikmahnya..-SMS Lucya.

Ya lah awak..saya baru perasan..mungkin awaklah seseorang yg boleh mengubah saya kn Lucya..terima kasih Lucya...-SMS Andrey itu melegakan hati Lucya.
Andrey,jgnlah mmpermainkan hati org yg mncintai awak...hati saya,Andrey...

Andrey nampaknya agak insaf dgn semua perbuatan salahnya.Lucya masih berada di sisi Andrey menemani dan memberi nasihat kepadanya.

Saya bersyukur dpat kenal awak Lucya..awak mmg baik..-taip Andrey.

Terima kasih,saya pn brsyukur dpat kenal awak..baikkah saya ni? tak lah sempurna sebab tiada manusia yg sempurna kn...-balas Lucya.

Yee saya tahu..awak,saya minta awak teruslah berada di sisi saya,sedarkan saya dgn semua salah saya Lucya..boleh kn..-pinta Andrey.

Lucya tersenyum sebelum mmbalas 'Ya,boleh,untuk awak Andrey...'

Kenapa harus awak perlu teman saya lagi Lucya? saya dh buat macam2 kat awak..-tnya Andrey.Lucya tahu jauh di sudut hati Andrey,Andrey rasa bersalah.


Kerana saya masih sayang awak Andrey...-balas Lucya.Gadis itu tersenyum.


Kalau awak benar2 berubah Andrey..saya akan setia ada dgn sebuah cinta baru untuk awak miliki. . .

bersambung di Episode 12. . .




Saturday, March 5, 2011

Shape Of My Heart. . .Episode 10-Going Down..

...dan hari itu adalah amat indah sekali.Kenapalah harus berakhir...
Esoknya,Andrey bertolak ke Kamensk-Ural'skiy.



Lucya sering bertanyakan Andrey tentang perihal mahu mmberitahu perkara sebenar kepada Alyona...hinggalah 1 hari,


Sayang,masalah kita dh selesai...-SMS dr buah hatinya.


Hah? masalah apa yg selesai?-Lucya kehairanan seraya menolak pintu 7-Eleven,sambil mmbaca SMS itu.


Masalah kita..Alyona dh tau..-SMS itu mnggembirakan hati Lucya.Harapannya,Alyona faham dan menerima secara baik tntang masalah ini.Dia juga harap Alyona tidak lagi akan memusuhinya kerana apa guna bermusuh.


Tetapi Andrey kelihatannya tidak gembira,sebaliknya dia mmberi alasan kepalanya pening.Lucya mnyuruh dia berehat.Pukul 12 malam Lucya mncuba hantar SMS kepada Andrey.Dalam SMS yg dia terima sebagai balas,Andrey seperti tidak bermaya dan sedih.Lucya mengesyaki yg Andrey mesti mmikirkan tentang Alyona lagi.Kenapa dia tidak boleh bersikap lebih tegas?? Lucya tidak dapat menahan air matanya yg ingin menitis pada malam itu.
*                                                         *                                                          *

Isnin,20 Disember. . .

Hari berlalu,Andrey bersikap seperti endah tidak endah malah cepat marah.Lucya benar2 tersinggung dgn sikap Andrey itu.Andrey seperti marah kepadanya.Hingga pada suatu hari,Andrey langsung tidak mnghantar SMS kepadanya.Lucya nmpak Andrey online di facebook.Pesanan sudah dihantar ke facebook tetapi tidak berbalas.Lucya amat sedih dan hairan,mngapa sikap Andrey begini.Call tidak berjawab,SMS tidak berbalas.Andrey sudah tidak mmpedulikan dia lagikah??
Akhirnya setelah beberapa SMS dihantar,berpuluh panggilan tidak berjawab,Andrey akhirnya mmbalas SMSnya.


Yee...-balas Andrey.


Mana awak pergi..saya SMS awk tak reply,call awak tak jawab..kenapa ni?saya ada salah ke?-tnya Lucya dalam kesedihan.


Awak,patut tak saya buat Alyona begini?-soalan Andrey benar2 merenggut tangkai hatinya.
Itukah sebab Andrey buat tidak peduli kepadanya hari ini?? SEBAB ITUKAH??
Lucya sungguh terluka dgn sikap Andrey hari itu.


Semua org marah saya buat Alyona begini awak tahu tak..-luah Andrey.
HABIS ITU? BAGAIMANA DGN LUCYA? ramai lagi boleh marah Andrey tetapi Lucya yg mnghalang mereka dari maki-maki Andrey di facebook.


Awak sayang dia kan...okay tak apa-balas Lucya.Andrey mmg tidak langsung fikir tentang perasaannya.


Awak pun saya sayang..-dari Andrey.


Sayang dgn cinta lain okayy...-Lucya amat jengkel sekali.


Sayang utk dia..cinta hanya untuk awak..-Andrey meyakinkan.
Patutkah Lucya percaya ? perkara ini sudah semakin terbelit dan Lucya semakin tersepit.


*                                                  *                                              *
Malam itu. . .

Aku sayang Andrey jadi aku harus tahu perkara sebenarnya.Sampai bila nk hidup tak tenang begini?
Sampai bila aku harus menanggung sakit hati? Sampai bila aku harus menahan sakit hati dgn kerenah Andrey yg semakin menjadi-jadi?


Dia menelefon Alyona.Itu sahaja caranya...


   "Hello.."
   "Ya..hello.."
   "Ini kak Alyona ke?"
   "Ya.."
   "Ini Lucya...boleh tak Lucya nak cakap sedikit tentang Andrey kak?"
   "Boleh..nk settle kat mana?"
   "Eh taklah..kita cakap telefon je lah kak"
   "Ohh..haa..okay boleh"
   "Kalau Lucya tanya,kak jawab jujur ya? boleh kan?"
   "Baiklah Lucya.."
Lucya menelan liurnya sebelum memula bicara.
 
   "Apa yg Andrey beritahu kak tentang Lucya?,jujur yaa?"
   "Err..Lucya nak tahu ke? jgn marah tau.."
Lucya agak takut tetapi dia harus tahu.
   "Tak apa kak..bgtahu jee..Lucya okayy..",jawabnya gugup.
   "Andrey cakap..Lucya ni tergedik-gedik..Lucya yg suka kat dia padahal dia anggap Lucya ni kawan biasa saja..."
Serentak dgn itu,hati Lucya terasa runtun.
   "Lagi?..",dia bertanya sambil menahan sebak.
   "Dia cakap Lucya ni melebih-lebih lak..padahal dia tak suka pun kat Lucya..Lucya yg tegur dia apa semua dulu kat facebook..benda2 macam tu lah yg dia bgtahu akak..",terang Alyona pnjang lebar.
   "Ohh..tak apa lah klau macam tu..",balas Lucya dgn suara serak.
Air mata mula mngisi ruang matanya lalu mengalir menuruni pipi.Tidak dia mnyangka Andrey sanggup buat fitnah seperti itu! Andrey mnjatuhkan maruahnya,Andrey melukakan hatinya.Habis itu,selama ini hnya kepura-puraankah? Selama yg Andrey keluar bersama,SMS,menelefon,mmberi kata2 cinta padanya..itu semua hnya kepura-puraankah??? Kepalanya terasa ringan,perasaannya semakin kebas.


   "Lucya?? hello..? Lucya okay ke tu?",tnya Alyona setelah Lucya terdiam sejenak.
Akhirnya tangis Lucya kedengaran di telefon.
  
"Sampai hati Andrey tuduh Lucya begitu kak..Lucya bukan prempuan seperti itu kak..Lucya nak kak tahu Lucya bukanlah seperti apa yg Andrey cakapkan..",Lucya menerangkan sambil menangis.
Dadanya sesak.Org yg dicintainya sanggup berbuat begitu? Padahal dia sentiasa bercerita perkara2 baik sahaja tentang Andrey kepada rakan2 sehingga mereka mngatakan yg Lucya amat bertuah memiliki Andrey.


    "Lucya janganlah menangis..kak tahu Lucya baik..kak Darya beritahu yg Lucya ni budak pandai..takkanlah bersikap seperti apa yg Andrey beritahu..dah2 jgn nangis okay?..",Alyona memujuk.


   "Kalau nama Lucya dh tercemar di sekolah kak,tolonglah bersihkan kembali..Lucya tak buat apa2 pun kak..Lucya tak ada niat jahat pn pada Andrey tetapi tak sangka dia sanggup buat begini pada Lucya kak..
Kak beritahu lah pada kawan2 kak tentang siapa Lucya sebenar..tolong buang tanggapan negatif mereka terhadap Lucya..Lucya tak pernah ada musuh dan Lucya tak mahu org pandang serong pada Lucya kak..
Kak tolong yaa.."


   "Baiklah Lucya..kami pn dah tahu siapa Lucya..Lucya bukan jenis begitu..Andrey tu mmg sanggup buat apa saja utk tutup salah dia..sanggup fitnah..kat kak pun dia ada kata laa tu..",kata Alyona.


At least dia tak kata kak gedik..tp kenapa Lucya yg kena teruk..tak apa Andrey,saya tahu saya tak layak dgn awak..
Seterusnya Alyona bercerita semua tentangnya dgn Andrey.Tentang apa yg dibuat Andrey di sekolah,perkara apa yg dia pernah buat,kes yg ditimbulkannya di sekolah,sikapnya,kehidupannya dan caranya.
Barulah Lucya tahu segala-galanya.Andrey amat mesra dgn Alyona.Selama ini Lucya mnganggap yg layanan Andrey padanya adalah yg paling istimewa dari apa yg pernah rakan-rakannya dpat dari teman lelaki masing2,tetapi rupanya tidak.Apa yg Lucya dapat selama ini adalah hnya tempias dr apa yg Alyona dapat.
Hatinya cukup sedih.Lebih teruk lagi,Andrey telah bercinta dgn pelajar senior.Perkara itu bg Lucya agak janggal kerana Andrey muda dan seusia dengannya.


Malam itu,dia menangis semahu-mahunya.Dia sudah letih menangis tetapi dia gagal mngawal perasaannya.


Tergedik-gedik dan melebih-lebih..tak malu..
Perkataan itu sering terngiang-ngiang di telinganya.
   "Saya tak gedik dan tak melebih-lebih!!!!!!!!!",jerit hatinya.


Walaupun,ada benarnya.Mmg Lucya yg menegur Andrey dulu tetapi hnya pada Andrey yg Lucya berani berbuat demikian.Pada Lev dulu,dia tidaklah berhubungan sampai meminta nombor telefon.Tetapi Andrey,Andrey mmberi dia harapan dan mmbuat dia bahagia.Namun sekarang Andrey merampas itu semua darinya kembali.Untuk apa dia menegur Andrey? Kerana dia dpat merasakan ssuatu perasaan yg mndalam terhadap Andrey.Mata Andrey seolah-olah menunjukkan yg dia amat memerlukan kasih sayang sebenar.
Lucya yakin hatinya tak akan berubah arah dan dia ingin mencurahkan segala kasih sayang yg dia simpan hnya utk org yg dia bnar2 cintai.Dia telah memilih Andrey dan hanya Andreylah yg boleh mendapat kasih sayangnya.Dia mahu rasa bagaimana disayangi.Dia bukan player yg hnya tahu mempermainkan perasaan org lain.Tetapi Andrey tidak mngerti apa makna sebenar cinta Lucya padanya.Lucya melihat ke hadapan,bagaimana dia dan Andrey jika hidup bersama nnti.Semua itu sudah musnah sama sekali.


Mendengar cerita Alyona mngenai kemesraan Andrey amat mmbunuh hati Lucya.Malam glam yg Andrey mmberitahu Lucya  dia keseorangan tanpa teman mmg adalah penipuan.Alyona mmberitahu yg Andrey berkata "You are my princess tonight" padanya sebelum pergi ke majlis itu.Habis itu? Lucya ni apa?
Lucya setia menunggu Andrey pulang dari majlis kerana kononnya kata Andrey,tak boleh SMS semasa ada majlis rasmi.Lucya tidak sabar menunggu Andrey pulang malam itu kerana ingin mnghantar lirik lagu cinta buatnya.Adakah Andrey tidak langsung rasa bersalah mmperlakukannya seperti itu? Tidakkah Andrey fikir sejenak bagaimana perasaan Lucya jika Lucya tahu apa yg Andrey buat di belakangnya? Dan tidakkah Andrey tahu betapa Lucya mencintainya? Tiada motif lain Lucya mncintainya selain kerana Andrey menepati ciri2 boyfriend idamannya.Bukan kerana duit atau apa-apalah kerana duit tidak boleh membeli cinta dan tidak menjamin kebahagiaan sekiranya hati tidak ikhlas mencintai.Hatinya ikhlas pada Andrey dan dia sgat mencintai Andrey.Dia menangis semalaman memikirkn nasibnya.Sampai hati Andrey mmperlakukannya sebegitu.Dan dia sendiri telah mmbaca SMS dr Andrey kepada Alyona.Dlm SMS itu Andrey mmberitahu Alyona yg dia jadi begini kerana Lucya,kerana Lucya lah dia lupa diri.Kenapa pula Lucya yg dpersalahkan?
Andrey sering sahaja mnyalahkannya..mengapa Andrey...? Apa yg Lucya buat sehingga dia lupa diri..Lucya mnghasut dia kah? Betapa hancurnya hati Lucya.

Sayang!!-Andrey mnghantar SMS,seperti tiada apa yg berlaku.

Kenapa sayang sanggup macam ini? kenapa awak cakap yg saya ni tergedik-gedik kat awak? itukah saya dari pandangan awak? dan saya ni melebih-lebih? betulkah??-tnya Lucya,kecewa.

Apa yg sayang cakap ni?-Andrey masih kabur.

Sudahlah..saya dh tau semuanya.sampai hati awak buat saya macam ini..klau awak tak cintakan saya,awak beritahu la.bukan dgn cara mcm ni awak nk lukakan hati saya..tinggalkan saya Andrey..saya ni tegedik2 kan..-Lucya sudah nekad kali ini.

Awak! klau awak tinggalkan saya,seorang2 lah saya kali ni Lucya!!-Andrey panik sedikit.

Awak ada kak Alyona..saya ni hnya si muka tembok yg tergedik2 kat awak kn..buat apa awk nk kat saya lagi..

Lucccyyyyaaaaaaaaaaaa...tolong Lucya,tolonglah jangan!!-Andrey masih merayu.

Pergilah Andrey,saya tak akan ganggu awak lagi..saya janji...-Lucya sekali lagi mmbunuh hatinya sendiri.

Nak tinggal saya sangat kan? pergi la! pergi laaaaaaaaaaaaaaa....!!-Andrey melepaskan marahnya yg mmbuat Lucya begitu kesal dgn sikap Andrey.
Mulai hari itu Andrey dan Lucya saling tidak mnghubungi.Dia facebook,mcm2 yg Andrey tulis pada wallnya seolah2 dia yg diperlakukan dgn teruk.Lucya juga tidak boleh diam,dia juga post mcm2 pada wallnya.Kak Alyona dan dirinya mnjadi sahabat baik.Hati Lucya agak gembira kerana kak Alyona tidak lagi memusuhinya.Kerana kebenaran sudah terbongkar mmbuktikan Andrey yg bersalah.Tetapi hati Lucya tidak pula mmbenci Andrey,mana mungkin kerana jauh di sudut hatinya,cinta buat Andrey masih ada.

Pada satu malam,Andrey mnghantar mesej yg panjang berjela di facebook meluahkan apa yg terbuku di hatinya serta geram yg mmbuak terhadap Lucya.Dia mngatakan yg Lucya hnya mmperbodohkan diri dan dia mmbenci sikap Lucya.

   "Ohh..dia yg buat pasal sekarang ni nk benci aku laa pulak yee...",Lucya geram sekali dgn Andrey.
Mereka berdua saling mmbalas mesej di facebook dan berakhir dgn baik.Mereka kembali berSMS semula tetapi hnya sebagai sahabat walaupun hati Lucya inginkan Andrey kembali.
Tetapi apabila mngenangkan semula apa yg Andrey pernah buat padanya,hatinya sebak serta pilu.

Awak,saya nak add awak jad 'Grandmother' saya kat facebook boleh tk? hehe...-tulis Andrey semasa berchatting dgn Lucya di facebook pada satu malam.

Awak dh gila ke?-tnya Lucya.

Mmg..saya tergilakan awak Lucya...-balas remaja lelaki itu.
  
   "Amboii org tua ni..melampau lak dia,nenek lak tuh..ish..",desis hati Lucya.
Tak naklah jd nenek! awak saya nk mandi jap yee..kejap jee...-tulis Lucya sebelum ikatan rambut diuraikan lalu melangkah masuk ke bilik air.

Awak!! saya dh habis mandi hakhak..sejuk betul malam ni..-tulis Lucya sambil menyikat rambut yg masih basah.

Yee...-balas Andrey.
Segala apa yg Andrey balas selepas itu seperti tidak mahu melayan Lucya.Lucya amat sakit hati sekali,sudahlah Andrey melukai hatinya,sekarang nk buat mcm ini pulak!!
Laptop diOFF dan disimpan ke dalam beg.

Awak mmg sengaja nk sakitkan hati saya kan?!-SMS amarah dr Andrey.

Apa kena dgn awak ni hah? apa lagi awak nk buat pada saya ni?! awak nk saya mati ke?!-
Lucya mmbalas dgn lebih garang.

Awak tahu tak saya runsing sgat skang ni?! Awak boleh senang2 accept family request dari Yefim Mandelstam kn? dia jadi brother awak kan kat facebook?! awak baru je kenal dia!-Andrey menyinga.
Yefim Mandelstam adalah rakan Andrey yg muda setahun dan semakin rapat dgn Lucya.

Habis tu apa kena mngena dgn awak hah?!-Lucya marah.

Mmg laa saya sakit hati! awak boleh buat2 tanya lagi?! sbb saya sayang awak la!-Andrey juga semakin naik darah.

Kalau awak cemburu tu cakap ajelah !!!-Lucya menekan butang SEND dgn nafas kencang menahan geram yg mmbuak-buak.

MEMANG SAYA CEMBURU! DAH FAHAM SEKARANG?!-Andrey mmberi jawapannya.

Lucya semakin bengang.Bantal ditarik lalu dijadikan alas kepala

.
Kalau dia tahu,pengalaman pertama dia bercinta adalah sebegini teruk,dia lebih rela kesunyian.Matanya dipejam,cuba utk tidur.


bersambung di episode 11. . .