Saturday, June 23, 2012

Close - Part 10 ( ENDING )

sambungan dari Part 9..
klik SINI untuk Part 9 ..



Syazwan keluar dari bilik mandi dengan bertuala. Sebaik sahaja pintu bilik air dibuka, dia ternampak Aysha yang sudah terbaring tidak sedarkan diri di hujung katil.


" AYSHA !!! " , dia bergegas mendapatkan isterinya. Dia menepuk perlahan pipi isterinya tetapi Aysha tetap tidak sedarkan diri. Dia mendukung isterinya dan membaringkan Aysha di atas katil sebelum dia cepat-cepat berpakaian. Dia kemudiannya mendukung Aysha masuk ke kereta dan memandu ke hospital. Dia meletakkan kereta berdekatan dengan ruang kecemasan. Dia mendukung tubuh lemah isterinya dan berlari ke ruang kecemasan.


" NURSE !! TOLONG ISTERI SAYA !! NURSE !! ISTERI SAYA PENGSAN !! " , jerit Syazwan yang masih mengendong Aysha dalam dukungan. Beberapa orang jururawat yang berada di situ bergegas ke arah Syazwan sambil menolak stretcher. Aysha dibaringkan di atas stretcher dan bantuan penafasan segera diberikan kepadanya sambil stretcher ditolak ke bilik rawatan kecemasan.


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .




Syazwan setia menunggu isterinya sedar. Dia tidak melepaskan genggaman tangannya yang erat menggenggam tangan Aysha. Dia membelai rambut isterinya dengan penuh kasih sayang. Dia menatap wajah isterinya yang amat pucat sekali. Bibir merah jambu yang selalu mengukir senyuman itu amat pucat sekali.
Syazwan tahu, hayat isterinya tidak panjang lagi tetapi dia seboleh-bolehnya tidak mahu memikirkan tentang itu. Dia amat takut sekali kehilangan Aysha sekarang. Dia meletakkan tangan Aysha ke pipinya dan mula menangis perlahan sambil menunduk. Kelopak mata Aysha bergerak-gerak. Dia membuka matanya dengan perlahan dan ternampak suaminya sedang kesedihan.


" A..bang....kenapa..abang..menangis...." , Aysha bertanya sambil menatap mata suaminya yang berair.


Syazwan tersenyum dalam kesedihan yang amat apabila Aysha mula sedarkan diri. Dia tersenyum lebar dengan airmata apabila melihat penderitaan penyakit yang ditanggung isterinya. Aysha menyapu airmata di pipi suaminya.


" Napa abang sedih ni..Sha minta maaf abang..Sha pening sikit tadi..maaf susahkan abang...abang jangan sedih tau..kan Sha dah okay ni..", ujar Aysha dengan lembut dan dia memberi senyuman ikhlas penuh kasih sayang buat Syazwan. Syazwan tersenyum dan dia menunjukkan kotak coklat hadiah yang diberi bersama bunga ros sebelum Aysha pengsan tadinya. Dia menyuapkan coklat itu ke mulut Asyha dengan penuh kasih sayang.


*                                                                 *                                                                     *


Syazwan membaringkan Aysha di atas katil.


" Abang..Sha boleh jalan sendiri bang..abang tak payah la dukung..kesian abang..Sha tak sakit pun... " , Aysha menegur kerana Syazwan seolah tidak membenarkannya berjalan langsung.


Puan Maimon dan Amirah baru sahaja pulang selepas melawat Aysha. Adrine sedang cuba merangkak ke arah ibunya yang berbaring di atas katil sebelum diangkat oleh Syazwan. Bayi perempuan itu menderam menegur ke arah papanya seolah-olah perbuatan Syazwan mengganggu latihannya merangkak. Adrine diberi kepada ibunya dan dia segera berteriak girang sambil menggapai pipi ibunya.


" Amboii anak mama ni dah nak merangkak yee..asal muka masam ni..papa kacau Adrine nak merangkak yee ? nanti mama marah papa yee ? alolololooo anak mama tu senyum sikit..nanti  muncung dah tak comel...haaaa...."


" Perkataan pertama dia ' papa ' ...tak sangka abang..." , Syazwan mencelah.


" Laa ye ke ?! anak mama ni dah boleh sebut rupanya..pandainya dia..nanti anak mama ni mesti pandai...", puji Aysha sambil meniup perut anaknya. Adrine ketawa kegelian menampakkan gusi yang sedang ditumbuhi gigi. Aysha menggoncang botol susu yang berisi susu suam lalu disuapkannya ke mulut Adrine yang telah dibaringkan di sebelahnya. Aysha kelihatan amat letih sekali. Dia masih berbaring dan cuba menidurkan bayinya. Syazwan ke dapur dan kembali dengan dulang berisi bubur dan air teh o panas.


" Sayang..makan k.."


" Tak berapa selera lah abang.., nanti Sha makan ye.."


" Sayang..makan lah sikit..bagi tenaga..ok sayang ? "


Akhirnya Aysha makan sedikit dengan disuap Syazwan. Hanya separuh mangkuk bubur ayam itu yang berjaya dihabiskan oleh Aysha. Dia meneguk air teh o yang sudah suam sebelum Syazwan menyelimutkan badannya dan membiarkan dia berehat.




Namun, setelah 3 hari berlalu Aysha semakin lemah . Dia masih demam dan sakit kepala. Ubat penahan sakit sahaja lah yang membantu mengurangkan sakit dan sepanjang itu Syazwan menjaga Aysha dibantu oleh ibu dan adik perempuannya yang tidur di rumahnya buat sementara untuk menjaga Adrine. Syazwan menangis di hadapan ibunya kerana sedih dan kasihan melihat penderitaan Aysha. Aysha semakin lemah dan selera makannya amat berkurang. Dia juga menjadi kurang bercakap dan wajahnya berterusan pucat.


" Wan tak mahu hilang dia ma.. Wan sayang dia..ma, dia selamatkan nyawa Wan ma...adakah Wan hanya berpeluang menjaga dia selama 3 minggu lebih ma ? " , Syazwan menahan pilu yang ditanggung sambil melihat ke arah Aysha yang sedang tidur. Puan Maimon mengesat airmatanya dengan hujung lengan baju sambil meriba Adrine yang mengumam sesuatu yang tidak difahami sambil menggigit hujung bajunya.
Puan Maimon mengusap lembut rambut cucu perempuan sulungnya itu. Kasihan Adrine, tak lama lagi dia akan menjadi anak yatim. Amirah juga turut sedih. Matanya berair apabila melihat ke arah anak saudaranya yang masih bayi itu. Syazwan mengambil Adrine dari pegangan ibunya dan mencium pipi anaknya. Adrine memegang muka Syazwan dan berteriak gembira. Dia memegang pipi papanya dengan jari-jemarinya yang kecil.


Petang itu Aysha berbaring di katil sambil bermain dengan anaknya. Adrine yang berbaring sedang memegang patung beruang kecil dan mengayun-ayunkan patung beruang itu pada ibunya. Aysha tersenyum memandang bayinya dan mencium dahi anaknya. Kasihan anaknya, dia tidak tahu ibunya sedang sakit dan bakal meninggalkannya. Air mata Aysha menitis apabila Adrine mula menyebut ' ma ' . Anaknya sudah boleh memanggilnya. Aysha memegang tangan anaknya dan mencium tangan kecil itu.


*                                                                *                                                                    *


Malam itu ,
Syazwan menyelimutkan Aysha sebelum memberi ciuman selamat malam. Kira-kira pukul 4.30 pagi Aysha terjaga dan dia berasa sejuk serta sukar bernafas. Dia menggerakkan tangan untuk membangunkan Syazwan walaupun dia sebenarnya tidak mahu mengganggu suaminya. Dia memegang lengan suaminya dan terasa amat sukar untuk bernafas. Serentak dengan itu, serangan sakit kepala mula menyerang dengan amat dahsyat sekali.

" A..bang...aa..bang...bang... " , bisik Aysha tersekat-sekat. Syazwan membuka matanya dalam mengantuk dan terkejut meilihat Aysha yang semakin pucat dan sukar bernafas itu. Dia bangun dan duduk di samping isterinya.


" Sha, Sha kenapa ni sayang ?! " , dia mulai cemas.


" Sha...sejuk..Sha..se..juk..abang... " , jawab Aysha separuh berbisik dengan mata yang separuh terbuka.
Syazwan menarik selimut dan menyelimuti tubuh isterinya hingga ke leher.

" A..bang...boleh..tak..Sha..nak..be..rada..dalam..peluk..kan..abang... ? ", pertanyaan Aysha itu membuatkan Syazwan sebak sekaligus hampir mengalirkan airmata yang bertakung di kolam matanya. Syazwan menarik Aysha kedalam pelukannya dan memeluk Aysha seeratnya.


                 SILA KLIK BUTTON ' PLAY ' DI BAWAH INI SEBELUM TERUS MEMBACA.


" Sayang...abang sayangkan Sha..."


" Abang...jan..ji..de..ngan...Shaa...abang...akan..jaga..a..nak..ki...ta....a..bang...dia..lahh..bukti...cinta Sha pada ..a...bang... ", Aysha yang tersangat lemah bersuara. Syazwan dapat merasakan tubuh Aysha sejuk dan tersangat lemah seolah-olah roh sedikit lagi akan keluar dari jasad itu.


" Abang janji sayang..sayang jangan tinggalkan abang ya...abang hanya ada Sha.. "


" Abang..boleh...Sha..jadi..princess abang..."


" Sha selalu jadi princess abang...satu-satunya princess di hati abang..."


" Abang...ha..lal..kan..makan....minum Sha...am..punkan..dosa..dosa..Sha..." , pinta Aysha sambil matanya merenung berharap ke arah Syazwan. Syazwan menggenggam kuat tangan Aysha dan menggeleng-geleng keras.


" Tak..Sha tak ada salah dengan abang..abang halalkan semua sayang..Sha tak buat salah..abang yang banyak berdosa dengan Sha...." , Syazwan amat cemas melihat Aysha yang semakin sukar untuk bernafas.
Sakit kepala yang menyerangnya semakin dahsyat dan pandangannya mula kabur. Darah merah pekat mengalir keluar dari lubang hidung kanannya.Syazwan tidak dapat menerima kenyataan Aysha akan meninggalkannya.


" MA !!! MA !!! MIRA !!! MA !!! " , dia menjerit memanggil ibu dan adiknya yang tidur di bilik sebelah.


Puan Maimon dan Amirah yang terkejut mendengar jeritan Syazwan datang dan mendapati Aysha sedang tenat dalam pangkuan Syazwan yang memeluknya. Syazwan mengelap darah yang keluar dari hidung isterinya.


" Ma..Aysha ma.. " , Syazwan separuh mengadu dan merayu dalam tangis.
Puan Maimon menekup mulutnya dan duduk di birai katil.


" Sha..mama dan Mira minta maaf sekali lagi untuk salah kami selama ini pada Sha.. "


" Ma...ma tak ada salah dengan Sha..Sha tak pernah marah atau dendam ma..Sha sayang mama dan Amirah..Sha sayang keluarga Sha...", suara Aysha sekarang berbisik sepenuhnya kerana sudah tenat. Aysha tersedu perlahan apabila nafasnya tersekat lagi. Air matanya mula mengalir menuruni penjuru matanya yang separuh terbuka. Darah masih mengalir perlahan dari lubang hidungnya.


" Nurhan Aysha..mengucap nak...", bisik Puan Maimon sebelum membisikkan kalimah syahadah ke telinga Aysha. Aysha mula mengucap dua kalimah syahadah dengan lancar walaupun perlahan. Genggaman tangannya yang sejuk di tangan hangat suaminya dikuatkan. Syazwan mencium pipi Aysha sambil menahan tangis. Aysha memandang suaminya dan menatap mata Syazwan yang kembali menatap sepasang mata indah milik isterinya yang bergenang dengan air mata.


" Sha...sa..yang...aaa...a..bang... " , itulah bisikan terakhir Aysha sebelum kepalanya terlentok ke siku Syazwan yang masih memegangnya dalam dakapan.


" AYSHA !!! Aysha bangun sayang !!! jangan tinggalkan abang !! " , jerit Syazwan sambil memeluk tubuh Aysha yang sudah tidak bernyawa lagi dengan kuat. Dia menggoncang perlahan tubuh isterinya namun mata Aysha tidak lagi kembali terbuka. Adrine mula menangis kerana terjaga. Amirah bergegas mendukung dan menggosok perlahan belakang anak saudaranya itu. Puan Maimon menenangkan anak lelakinya dan menahan airmatanya sendiri yang mencurah-curah keluar. Syazwan mencium ubun-ubun Aysha dan tidak melepaskan genggaman tangannya yang kuat menggenggam tangan Aysha yang sejuk.


*                                                                       *                                                          *




Ramai penduduk taman yang hadir dan membacakan surah Yaasin di ruang hadapan rumah Syazwan. Jenazah kaku isterinya yang sudah siap dikafankan berada di tengah-tengah dan ditutup dengan kain putih. Syazwan ada di satu sudut, turut membaca surah Yaasin. Di sebelahnya, Puan Maimon yang sedang meriba Adrine bersama Amirah, juga sedang membaca surah Yaasin. Saat jenazah akan diangkat untuk dimasukkan ke dalam keranda , Adrine mula menangis dengan kuat. Dia merangkak dari ribaan neneknya dengan  perlahan ke arah tubuh kaku ibunya. Dia meletakkan kedua-dua tangan dan juga kepalanya di atas perut ibunya dan menangis kuat. Syazwan menekup muka dan menangis apabila melihat anak kecilnya yang menangis dengan kuat di atas perut ibunya yang sudah tidak bernyawa lagi. Adrine seolah-olah tahu yang ibunya tidak akan bersamanya lagi, tidak akan menemaninya tidur lagi, tidak akan berzikir dan menepuk punggungnya sehingga dia tidur lagi, tidak akan bermain, mendukung, membelai , memujuk dan menciumnya lagi. Bayi perempuan yang berusia hampir 11 bulan lebih itu seperti tahu ibunya telah pergi. Tangan kecilnya menarik-narik kain kafan yang membaluti tubuh ibunya. Dia merangkak lagi dan memeluk bahu ibunya dan berterusan menangis. Puan Maimon bangun dan mengambil Adrine untuk mendukung dan menenangkan bayi perempuan tersebut. Amirah menekup mulutnya menahan sebak. Wajah jenazah Aysha kelihatan cerah walaupun pucat. Syazwan menatap wajah jenazah isterinya buat kali terakhir sebelum jenazah dimasukkan dalam keranda dan dibawa ke tanah perkuburan. Matanya tidak henti-henti mengalirkan airmata.




Di tanah perkuburan , jenazah Nurhan Aysha binti Abdullah selamat dikebumikan. Orang ramai mula bersurai setelah memberi kata-kata semangat kepada Syazwan. Syazwan masih disitu, menggenggam tanah kubur isterinya yang masih merah. Amirah dan Puan Maimon memegang bahu Syazwan. Mata Syazwan tidak beralih dari batu nisan kubur isterinya dan air matanya juga masih tidak berhenti mengalir.


" Ma, Mira nak ambil Adrine dari rumah Makcik Anita..Kami tunggu di rumah abang ye.." , beritahu Amirah sebelum berlalu bersama Puan Maimon yang masih sebak. Syazwan hanya mengangguk perlahan.


" Aysha..maafkanlah abang..abang banyak dosa pada Sha..Aysha,abang cintakan Sha..maaf kerana abang tidak menghargai Aysha..terima kasih kerana menyelamatkan nyawa abang..terima kasih kerana berada di samping abang selama ini..terima kasih lahirkan zuriat untuk abang...terima kasih untuk cinta yang tidak pernah pudar walau sesaat...abang janji abang akan menjaga Adrine Humaira anak kita baik-baik..dan abang juga berjanji, tiada ganti bagi abang untuk diri dan cinta dari Sha...."


Dia menyiram kubur Aysha dan membaca doa buat arwah isterinya sebelum berlalu. Sesampainya di rumah, Syazwan terus mendukung dan memeluk puterinya.




" Papa janji akan jaga Adrine baik-baik walaupun mama dah tak ada..kerana Adrine lah bukti cinta mama pada papa.. "




" because I LOVE YOU  , because you always BE with me and because i know whatever happen, your love will always stay CLOSE to my heart .. "




*THE END*

Harap hampa smua suka dengan cerita yang ditulis dan 100% idea oleh atiq ini dan silakan kalau nak ulang-ulang baca pun and suggest lah kat kawan-kawan yang lain suruh baca yee ;)

xoxo, Atiq ~

Friday, June 22, 2012

Close - Part 9

sambungan dari Part 8 ..
klik SINI untuk Part 8 ..


" Abang pun rindukan Sha..., abang bertuah dapat isteri yang baik macam Sha..abang sayang Sha..."


Aysha menghulurkan sekeping kertas. Syazwan menyambutnya dan melihat tandatangan Aysha di kertas itu.


" Sha nak abang bahagia.." , katanya sambil tersenyum hiba.


Airmata Syazwan menitik di atas kertas itu lalu kertas itu direnyukkannya. Dia mencium dahi isterinya sambil menangis perlahan. Dia meletakkan kepalanya di sebelah Aysha.


"Abang cuma nak Aysha..Sha sajalah isteri abang..abang cuma ada Sha.."


Aysha memejam mata tatkala airmatanya mengalir menuruni penjuru matanya ke pipi. Dia menggenggam tangan Syazwan.


" Jangan tinggalkan Sha ... "
" Tak..abang takkan tinggalkan Sha....."


*                                                                      *                                                                   *




Pinggan diletakkan atas meja.


" Selamat pagi abang...", ucap Sha yang masih memakai apron. Dia mengambil cuti sebulan tanpa gaji.


" Selamat pagi sayang..aishhh, apa ni masak banyak-banyak..Sha kena rehat lah sayang..abang boleh sarapan di luar..."


" Abang sarapanlah dengan Sha..boleh ? " , Aysha bertanya dengan muka ceria. Syazwan tersenyum.


Aysha telah menyediakan roti bakar, nasi goreng, telur goreng hancur dan sosej goreng di samping kopi dan jus oren. Aysha mencedok nasi goreng ke dalam pinggan dan meletakkan telur goreng hancur dan sosej di samping nasi itu. Dia menuang kopi panas ke dalam cawan dan menghidangkannya kepada Syazwan.
Dan dia duduk memerhatikan suaminya makan.


" Sayang kan demam lagi..napa masak banyak-banyak untuk abang ni.. "


" Kan tanggungjawab Sha sebagai isteri abang..."


" Sayang kenapa tak makan sama-sama.." , soal Syazwan sambil menyuap nasi goreng ke mulutnya.


" Sha nak tengok abang makan... " , jawab Aysha sambil tersenyum.


Syazwan bangun dan menarik kerusi Aysha ke sebelah kerusinya. Dia menghalakan sudu yang diisi dengan nasi goreng ke mulut Aysha. Aysha teragak-agak. Syazwan senyum padanya dan dia pun membuka mulut.
Pagi itu sangat indah. Aysha menghulurkan tangannya untuk bersalam dan Syazwan menyambutnya setelah hampir 5 bulan Syazwan tidak pernah menyambut tangan Aysha untuk bersalam.


*                                                                           *                                                                *




Syazwan berbaring di sebelah bayi perempuannya yang diletakkan di tengah-tengah antara dia dan Aysha.
Aysha sedang membelai rambut bayinya yang tidur nyenyak.


" Eh eh anak papa ni dah tidur rupanya... " , bisik Syazwan sambil turut membelai rambut bayinya.


" Dia penat pergi majlis pertunangan auntie Kira dan uncle Ashraff dia petang tadi..dan dia menyusu banyak tadi..tu yang tidur tu..kenyang sangat lah tu.." , jawab Aysha sambil tersenyum.


" He he..anak papa ni sihat sebab tu menyusu banyak..sayang, abang dah ambil cuti seminggu...abang rasa nak bawa Sha dan baby pergi jalan.." , Syazwan memberi cadangannya.


" Eh..abang ambil cuti ? abang nak bawa kami pergi mana ..." , tanya Aysha yang terkejut.


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


" Haaa...tengok tu papa nak bawa Adrine pergi mana ni..haa..cuba tanya papa " , bisik Aysha kepada Adrine yang sedang riang duduk di atas ribanya. 


Kereta mereka sedang bergerak ke Pulau Perhentian. Syazwan yang memandu senyum dan mencuit pipi bayinya. Adrine ketawa apabila papanya mengusik.  Mereka menghabiskan masa dengan riang sekali di Pulau Perhentian . Syazwan membina istana besar dari pasir dan mencacakkan bendera di atas bumbung paling atas istana tersebut.


" Istana papa untuk anak papa dan mama !" , jerit Syazwan sambil membuat gaya gagah perkasa.


Aysha dan Adrine yang duduk di atas tikar tersenyum dan amat gembira sekali. Aysha sangat bersyukur melihat suaminya yang telah berubah menjadi Syazwan yang dulu semasa mereka mula-mula berkahwin.
Mereka sama-sama menikmati sandwich dan pasta yang dibawa kecuali Adrine yang disuap biskut berperisa untuk bayi oleh ibunya.


Malamnya di hotel,


Adrine sudah tidur di atas katil. Syazwan sedang duduk di sofa dan menonton televisyen yang dipasang bersuara perlahan kerana bimbangkan anaknya terjaga. Aysha keluar dari bilik air dan menyikat rambutnya.
Dia membetulkan selimut bayinya sebelum duduk di birai katil. Syazwan memanggilnya supaya duduk di sofa bersama-sama. Aysha duduk dan tersenyum sebelum Syazwan menariknya rapat. Syazwan membelai rambut Aysha dan Aysha meletakkan kepalanya di atas bahu Syazwan. Airmatanya menitis. Syazwan memeluk Aysha dan mengelap airmata isterinya. 


" Terima kasih abang bawa Sha dan Adrine bercuti. Sha seronok sangat..." , ucap Aysha sambil senyum bahagia memandang wajah suaminya. Syazwan menatap wajah isterinya yang senyum tetapi sakit dalam masa yang sama itu. Wajah Aysha tetap ceria walaupun pucat. Setiap kali Syazwan menyentuh tubuh isterinya, dia dapat rasa yang isterinya sangat lemah. Syazwan tidak mahu memikirkan kemungkinan yang kanser otak Aysha semakin teruk. 
Sewaktu tidur, dia menatap wajah bayinya yang tidur di tengah-tengah. Bayi yang berambut coklat gelap sedikit itu memiliki iras-iras wajah Aysha dan wajahnya. Pipinya yang tembam dan keningnya yang hitam, seperti Aysha. Dari wajah anaknya, dia beralih ke wajah Aysha. Isterinya sedang tidur dengan tangan diletakkan di bawah kepala. Rambut hitamnya yang menutupi sedikit dari wajahnya yang pucat. Dahulunya badan Aysha sedikit tembam tetapi kini baru Syazwan sedar yang isterinya telah menjadi kurus serta tidak bermaya. Wajah isterinya pucat dan dia sedang tidur seperti amat keletihan.


Setelah beberapa hari di Pulau Perhentian, mereka pulang ke Kuala Lumpur. 
Sejak mengetahui Aysha lah yang menyelamatkan nyawa Syazwan yang mengalami kerosakan kedua-dua buah pinggangnya dan digantikan dengan sebelah buah pinggang yang didermakan oleh Aysha, ibunya dan Amirah selalu datang melawat dan membawakan buah tangan ke rumahnya.


" WHAT ?!! YOU SL** ! YOU TOLD ME YOU WILL DIVORCE HER AND MARRY ME !! 
WHY YOU STILL KEEP THAT B***H ?! " , herdik Dayana yang sedang berang. Syazwan pergi berjumpa Dayana di rumahnya selepas pulang dari kerja. Segala barang perhiasan yang berada atas meja ditolak dan dihempas oleh Dayana. Syawan cuba menenangkannya tetapi dia melawan dan menolak Syazwan ke dinding.


" TELL ME YOU WILL DIVORCE HER !! YOU'RE F*****G LIAR !! YOU TOLD ME YOU LOVE ME ! "


" How could i divorce her ? Dia berada di saat jatuh bangun i..dia teman i...dia jaga i...dia lahirkan anak i, zuriat darah daging i.... "


" WELL , I CAN GIVE YOU MORE THAN SHE DOES ! YOU KNOW RIGHT , IM BEAUTIFUL !
WHAT DO YOU SEE IN HER ?! SHE'S UGLY !! SHE'S STUPID !! SHE DOESN'T DESERVE YOU !
SHE'S A DUMB B***H !! "


Syazwan menampar muka Dayana. Dayana memegang pipinya dan memandang Syazwan dengan muka tidak percaya.


" SHUT YOUR MOUTH ! DON'T YOU DARE SAY ANYTHING BAD ABOUT MY WIFE !! AND SHE SAVES MY LIFE ! DIA YANG DERMA BUAH PINGGANG UNTUK I TERUS HIDUP !!
GO SEE YOURSELF IN FRONT OF A MIRROR ! YOU ARE THE ONE THAT STUPID ! YOU'RE A W***E ! JANGAN INGAT I TAK TAHU HUBUNGAN SULIT YOU DENGAN JOSEPH AND NIAT U NAKKAN HARTA I ! BETUL TAK APA I CAKAP ?! BY THE WAY , DENGAN SIKAP YOU MACAM TU TAK ADA SIAPA PUN NAK MEMPERISTERIKAN YOU ! " , jerkah Syazwan.




Syazwan keluar dari rumah Dayana dan memandu pergi. Sebelum pulang ke rumah, dia membeli sejambak bunga untuk Aysha dan sekotak coklat yang mahal. Dia memandu ke rumah dengan hati yang lega dan tak sabar untuk berjumpa isterinya. Balik rumah, dia di sambut mesra oleh Aysha. Namun begitu, muka Aysha kelihatan semakin pucat.


" Abang, nak mandi dulu ke nak makan ? ", tanya Aysha dengan senyuman lemah di wajahnya. Dia meletakkan pinggan di atas meja makan.


" Abang nak mandi dulu lah.. sayang , sini kejap.." , panggil Syazwan sambil berjalan ke bilik. Dia mendudukkan Aysha di atas katil. Dia mngeluarkan sejambak bunga ros merah yang masih segar dan sekotak coklat untuk Aysha.


" Abang cintakan Aysha..abang nak Sha tahu.. " , ucap Syazwan lalu dia mencium dahi Aysha. Dia menggenggam tangan isterinya. mata Aysha bergenang dengan airmata dan dia membelai pipi suaminya.


" Sha pun cintakan abang...", ujar Aysha. Syazwan mengelap airmata isterinya dan membuka baju kemeja yang dipakainya.


" Abang nak mandi kejap ye sayang..lepas itu kita makan sama-sama dan pergi ambil Adrine dari rumah mak.." , Syazwan mencium pipi Aysha sebelum masuk ke bilik mandi.


Aysha mencium bau bunga ros itu sambil mengelap airmatanya. Syazwan sayang padanya dan cinta padanya...tiba-tiba kepalanya rasa amat sakit. Aysha cuba mengurut-ngurut pelipisnya tetapi sakit yang dirasai amat dahsyat. Dia bangun dan cuba pergi ke laci meja solek dimana dia menyimpan pil penahan sakit. Pandangannya amat kabur. Aysha mula hilang imbangan dan akhirnya dia jatuh pengsan di kaki katil yang berhadapan dengan bilik mandi.


bersambung di Part 10 ( Part Akhir ) ..





Sunday, June 17, 2012

Close - Part 8

sambungan dari Part 7 ..
klik SINI untuk Part 7 ..

Mata Syazwan terbeliak dalam tidak percaya apabila mendengar kata-kata Ashraff. Begitu juga ibu dan adiknya. Ashraff yang menggeletar menahan marah duduk dan ditenangkan Shakira. 


" Dan bilanya aku berhubungan dengan Aysha sedangkan aku akan bertunang dengan Shakira ?! , aku kawan baik Aysha sejak sekolah, tu je ! Aysha tu seorang yang baik dan dia amat sayangkan kau Wan!! " , bentak Ashraff.


" Jadi segala yang ma beritahu tentang Aysha tu tipu lah ma ? ", Syazwan memandang ibunya.


Muka Puan Maimon dan Amirah pucat lesi.


" Sampai hati ma dan Mira buat macam ni..sampai hati ma dan adik buat sy benci pada isteri sy sendiri..isteri  yang amat sayangkan sy..", Syazwan menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tunduk penuh kesal.


Puan Maimon menolak bahu Amirah dengan muka menuduh.


" Mak tahu tak betapa Aysha terseksa ? Macam-macam hukuman Wan kenakan pada Aysha ! Wan sakitkan dia mak ! Semua tu kerana Wan bodoh dan Wan percayakan semua cakap mak tentang Aysha ! " , Syazwan menumbuk dinding dengan penuh kecewa.




Pintu bilik kecemasan dibuka. Seorang doktor keluar dari bilik itu. Syazwan segera mendapatkan doktor tersebut.


" Doktor ! Doktor ! macamana dengan isteri sy ? " , Syazwan bertanya dengan kelam-kabut.


Doktor tersebut kelihatannya tidak senang. Dia memandang wajah Syazwan.


" Dia akan dihantar ke wad. Sekejap lagi dia akan bangun, tadi sy dah bg dia ubat tidur untuk rehat . Encik boleh melawat dia apabila dia sudah berada di wad. Hmm , boleh sy berbincang sekejap dengan encik ? ", doktor itu kelihatannya sangat serius.


" Kami akan tunggu di kafetaria hospital.." , Shakira memberitahu sebelum berlalu dengan Ashraff. Puan Maimon dan Amirah juga berjalan pergi entah ke mana. Doktor Joseph yang berkulit hitam itu mengajak Syazwan duduk sebelum memulakan bicara.


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .  . . .. . . . . . . . . . . .


" Apa ?! "
" Ya encik..Puan Aysha menghidap kanser otak Supra Tentoria .. sy pernah menyuruh dia mendapatkan rawatan kemoterapi tetapi dia tidak mahu.."


Syazwan rasa seperti dunianya gelap seketika. Baru sahaja dia berjanji pada dirinya tidak akan menyakiti Aysha lagi dan akan menjaga isterinya dengan baik selepas ini, tetapi....Aysha akan baik-baik sahaja kan...


" Dan encik , melihat pada tubuh Puan Aysha , sy dapat agak apa yang dia dan encik sedang hadapi..sy bukan nak masuk campur urusan rumahtangga encik tetapi apa yang boleh sy cakap, encik jagalah dia baik-baik selagi ada masa " , selepas berkata demikian dia menepuk-nepuk bahu Syazwan dengan muka tidak gembira dan berlalu pergi meninggalkan Syazwan yang menekup muka seorang diri.


*                                                                           *                                                                    * 



Syazwan masuk ke wad perseorangan yang menempatkan isterinya. Dia mendapati Aysha masih lagi tidur dengan kepalanya bertampal di hujung dahi. Syazwan duduk di kerusi sebelah katil dan meletakkan kepalanya di tepi bantal Aysha. Ditatapnya wajah isterinya. Terdapat kesan gelap di bawah mata Aysha kerana rehat tidak cukup, lebam di penjuru bibirnya dan sedikit calar-calar kecil pada wajahnya. Perlahan-lahan Syazwan membelai lembut rambut isterinya. Sudah lama dia tidak membelai rambut isterinya kerana terlalu sibuk menarik rambut isterinya dan menyeksa isterinya. Dia memegang tangan isterinya dan membelai jari isterinya. Mata Aysha berkedip. Syazwan menunggu Aysha membuka matanya. Aysha membuka matanya perlahan-lahan dan ternampak Syazwan disisinya. Dia terkejut sedikit dan melihat sekeliling.


" Sha ... Sha kat..mana ni..abang ..mana Adrine...? ", dia bertanya dengan wajah bingung dan masih lemah.


" Sha kat hospital sayang...Adrine ada kat umah Anita, Mak Yah jaga.." , Syazwan menjawab dengan lembut. Aysha tetiba teringat kembali peristiwa yang menyebabkan dia pengsan tadi.


" Abang.Sha janji tak halang abang nak kahwin dengan Dayana.Sha minta maaf abang.abang bawak tak borang tu ? Sha janji Sha akan sain..abang bagi pen dan borang tu..Sha akan sain abang..maafkan Sha abang...bg borang tu..Sha sain..Sha janji..Sha nak abang bahagia...dan Sha tak pernah sentuh Dayana pun..sebab dia yang akan bahagiakan abang nanti kan...Sha selalu doakan abang.." , Aysha berkata dengan kelam kabut sambil menggenggam erat tangan Syazwan. Air matanya mula bergenang saat dia berkata sedemikian.
Air mata lelaki Syazwan mengalir apabila mendengar kata-kata Aysha itu. Aysha mengenggam erat tangannya dengan mata bergenang air mata yang akhirnya mengalir menuruni pipinya yang lebam.


" Sha cuma nak abang bahagia..maafkan Sha sebab tak bahagiakan abang..tapi percayalah Sha tak pernah berhenti menyayangi dan mencintai abang dengan sepenuh hati Sha..." , Aysha berkata dalam nada berbisik kerana masih lemah. Syazwan tidak sanggup lagi. Dia meletakkan jarinya ke bibir Aysha.


" Shhh...sayang, cukup sayang. Abang minta maaf.. abang berdosa pada Sha..Sha dah selamatkan nyawa abang tapi abang berlaku kejam pada Sha..abang seksa Sha..hampir 4 bulan abang seksa Sha..abang abaikan Sha dan anak kita..."


Aysha mengelap air mata suaminya. Syazwan menggenggam lebih kuat tangan isterinya.


" Kenapa Sha tak beritahu yang Sha selamatkan abang ? Sha lah penderma buah pinggang yang dah selamatkan abang...sangat mulia apa yang Sha dh buat..tapi abang layan Sha begini..maafkanlah abang Sha...maafkan abang..." , Syazwan meletakkan tangan Sha ke dahinya sambil menangis.


Puan Maimon dan Amirah masuk ke dalam bilik itu.


" Mama minta maaf Aysha..mama banyak buat cerita supaya Syazwan benci pada Aysha..maafkan mama Sha.." , Puan Maimon kelihatannya amat kesal.


" Mira pun kakak..Mira minta maaf..Mira banyak seksa kakak..", Amirah hampir menangis.


" Sha pun minta maaf mama..kakak pun sama Amirah..mama dan Mira tak ada salah dengan Sha..Sha tak pernah ambil hati..abang, Sha tak beritahu sebab Sha takut...Sha sedar Sha ni anak yang ditinggalkan..mungkin anak luar nikah..Sha takut mama marah sekiranya buah pinggang dari anak haram ni masuk ke tubuh abang..Sha takut mama tak benarkan..Sha tak mahu kehilangan abang..Sha takmau kehilangan orang yang Sha cintai..Sha nak abang ada dengan Sha..Sha nak jaga abang..jaga Adrine...Sha nak jaga keluarga Sha..." , terang Sha sambil tersenyum hiba.


Syazwan mencium tangan isterinya dan menangis teresak-esak. Puan Maimon mengesat airmatanya, begitu jugak Amirah.


" Sha tak ada sapa-sapa lagi abang..abang tak salah..Sha tak pernah benci pada abang..Sha cuma ada abang, mama dan Mira..ini saja keluarga yang Sha ada..terima kasih abang..kalau abang tak pungut Sha..Sha takkan ada keluarga...Sha sayang abang, mama dan Mira... " , Aysha tersenyum lemah dengan airmata di pipi.


*                                                             *                                                                              *


Kereta yang dipandu Syazwan masuk ke garaj. Dia keluar dari kereta dan membukakan pintu Aysha. Aysha keluar dan berjalan dengan perlahan masuk ke rumah .


" Abang nak ambil Adrine dari rumah Anita kejap ye sayang.."


Aysha senyum dan mengangguk sebelum masuk ke rumah. Dia perlahan-lahan jalan masuk ke bilik tidur yang menjadi tempat tidurnya bersama Adrine sejak dihalau Syazwan keluar dari bilik tidur mereka. Dia berbaring di atas katil itu perlahan-lahan kerana tubuhnya amat lemah sekali rasanya.


Syazwan masuk ke rumah dan terus ke bilik tidur tetapi Aysha tiada disitu. Dia meletakkan Adrine yang sedang tidur ke dalam crib bayi yang telah dipindahkan semula ke bilik tidur mereka sebelum pergi ke bilik tidur tetamu di mana Aysha sedang berbaring. Aysha yang terbaring dengan muka pucat dan mata terpejam itu membuka mata apabila Syazwan menghampirinya.


" Abang...mana anak kita..", Sha bertanya dengan suara berbisik kerana lemah.


" Kenapa Sha tidur sini...tempat Sha di sisi abang, sayang...", kata Syazwan sambil tersenyum pilu sebelum mendukung tubuh lemah isterinya ke bilik tidur mereka. Aysha hampir menangis apabila Syazwan mendukungnya. Terasa amat selesa berada dalam pelukan suami yang mendukungnya dan dia teringat hari pertama perkahwinan mereka. Syazwan mendukungnya turun dari kereta terus ke dalam rumah.
Syazwan meletakkan tubuh Aysha ke atas katil.


" Adrine tidur..Nenek Yah dia jaga dia dengan baik..tengok tu dia pakai baju baru yang Makcik Anita dia belikan lah tu..."


Airmata Aysha mengalir ke penjuru matanya saat dia melihat bayi perempuannya yang sedang tidur nyenyak.


" Anak kita comel kan abang..."


" Comel sangat..macam mama dia...", Syazwan berkata dengan lembut sambil menyelimutkan tubuh isterinya.
Dia mencium dahi Aysha dan membelai rambut Aysha dengan penuh kasih sayang. Aysha tersenyum dengan airmata masih mengalir di pipi kerana dia amat rindukan belaian suaminya .


" Sha rindu abang ...., rindu sangat ....."


bersambung di Part 9 ..

Saturday, June 16, 2012

Close - Part 7

sambungan dari Part 6
klik SINI untuk Part 6

Aysha bangun sambil mendukung Adrine. Dia meletakkan Adrine di atas sofa dan bergegas ke hadapan. Syazwan masuk bagaikan ribut. Dia masuk ke bilik tanpa memandang siapa-siapa dan mengeluarkan sebuah beg pakaian kosong sebelum memunggah almari pakaian. Aysha masuk ke bilik dengan takut-takut. Syazwan sedang memunggahkan pakaiannya dari almari masuk ke beg pakaian tersebut.

" Abang.mana abang pergi nak dekat 3 hari.abang dah makan ? apa abang buat nie ?abang nak pergi mana ?" , Aysha cemas  melihat perbuatan suaminya. Syazwan hanya diam. Setelah dia berjaya memasukkan sejumlah pakaian ke dalam beg tersebut dia pun keluar dari bilik dan meletakkan beg tersebut di ruang tengah. Bayi perempuannya Adrine tersenyum apabila ternampak papanya. Dia sengih dan ketawa dan tidak disangka-sangka dia menyebut " PA ". Syazwan tersentak dan melihat ke arah bayinya yang menghulurkan tangan minta didukung. 

" Abang, abang nak pergi mana bang ? Jangan lah tinggalkan Sha lagi... " , Aysha berkata dengan suara sedih.

" Sini kau . " , Syazwan menarik tangan Aysha ke meja dan mengeluarkan sekeping kertas.

" Aku nak kau sain kat sini, aku nak kawin dengan Dayana "

Betapa hancurnya hati Aysha apabila mendengar kata-kata Syazwan itu. Syazwan hendak menduakannya ?
Air mata mula bertakung saat Syazwan meletakkan pen berdakwat hitam ke dalam genggamannya.

" Abang, abang nak menduakan Sha ke .. abang, jangan abang..Sha merayu..jangan buat begini pada Sha..abang sayangkan Sha kan ? jangan tinggalkan Sha..Sha sayang abang..tolonglah abang..jangan..." , Aysha merayu dengan air mata yang bergenang.

Syazwan mula naik angin. Dia memegang tangan Aysha dengan kuat dan memaksanya menandatangani surat itu. Aysha cuba menarik tangannya dan tidak mahu menandatangani surat itu. Dia mula menangis kesedihan dan penuh rasa pilu di dada. 

" SAIN CEPAT !KAU TAK FAHAM KE ?!! AKU CAKAP SAIN !!! ", Syazwan yang hilang sabar menolak Aysha jatuh ke lantai. Dia membuka tali pinggangnya lalu memukul Aysha sekuat hatinya. Aysha menangis merayu-rayu agar dia berhenti memukul.

" Abang..jangan buat Sha begini abang...sakit bang..abang...Sha sayang abang ..Sha cintakan abang ...Abang suami Sha..janganlah buat begini pada Sha abang..Sha merayu bang....tolonglah abang...jangan bang..sakit bang..sakittt ..." Aysha merayu sambil memegang kaki seluar Syazwan.

Adrine mula menangis kerana terkejut mendengar suara jerkahan. Tetapi Syazwan sedikitpun tidak berasa simpati pada isterinya. Dia yang bagaikan sudah dirasuk menendang isterinya dengan kuat. Aysha mengaduh kesakitan sambil memegang perutnya yang ditendang kuat. Sakitnya tidak dapat dijelaskan. Tendangan seorang suami yang pernah membelainya dahulu.

" KAU MEMANG TAK SEDAR DIRI KAN ?! HEI KALAU AKU TAK KUTIP KAU JADI ISTERI AKU , MANA KAU NAK PERGI ?! MEMANG KETURUNAN KAU BUKAN KETURUNAN BAIK TAK HERANLAH AKU BENCI PADA KAU ! " 

Setiap kata-kata yang dihamburkan Syazwan itu bagaikan menghiris-hiris hati Aysha. Tak sangka perkataan sedemikian keluar dari mulut suaminya yang amat disayanginya. Aysha menangis mendayu-dayu. Syazwan memukul lagi dengan sekuat hatinya. Dia melibas tali pinggangnya sekuat hati ke tubuh Aysha. Aysha menarik-narik kaki seluar Syazwan sambil merayu dan menangis.

" Abang, jangan buat Sha begini abang..Sha merayu abang..sakit..kalau Sha buat salah Sha minta maaf..jangan duakan Sha abang..Sha sayangkan abang...Sha princess abang kan...tolonglah abang..sakitt bang... " , Aysha merayu lagi.

Tetapi rayuannya hanya dibalas dengan ...

" KAU BUKAN PRINCESS AKU LAH BODOH !! "
dan satu tamparan yang amat kuat ke pipi kirinya sehingga Aysha terjatuh ke 5 anak tangga yang menghubungkan ruang tengah dengan ruang hadapan rumahnya.

Syazwan terkejut dengan tindakannya. Dia menuruni anak tangga tersebut dan mendapati Aysha terbaring tidak bergerak-gerak. Syazwan tergamam dan dia menghampiri isterinya yang terbaring tidak bergerak-gerak. Muka Aysha menghadap bucu almari. Perlahan-lahan Syazwan mengalihkan tubuh Aysha dan mendapati tepi dahi isterinya terdapat luka yang mengalirkan darah ke lantai. Syazwan amat cemas sekali. Dia dengan kelam-kabut mendukung isterinya yang tidak sedarkan diri masuk ke kereta. Dia mendukung Adrine dan meminta tolong ibu jirannya menjaga Adrine lalu dia memecut kereta ke hospital.


Di hospital ,

Syazwan sedang menunggu di luar ruang kecemasan dengan ibunya yang datang bersama Amirah ketika Shakira dan Ashraff tiba.

" Dah sakit menyusahkan orang..yang kau peduli tu kenapa Wan ? kau sakit dulu ada dia peduli ? kau buat pembedahan tau..dia tak datang jenguk kau walau sekejap, Wan tahu tak ?!" , hambur ibunya. Amirah mengiyakan kata ibunya dengan muka penuh meluat. Shakira dan Ashraff saling berpandangan dengan muka tidak percaya.

" Apa makcik cakap ? Aysha tidak pedulikan Syazwan masa dia buat pembedahan tu ? "

" Ye lah ! bukan ke kau yang rapat dengan dia ? Entah-entah cucu aku tu bukan anak Syazwan ! anak engkau agaknya ! anak haram sama macam Aysha tu lah ! " , mulut Puan Maimon amat lancang sekali menabur fitnah.

Ashraff kelihatannya seperti hendak meletup. Shakira segera menariknya jauh dari ibu Syazwan. Ashraff menepis tangan Shakira yang menariknya.

" Ash ! jangan ! " , Shakira menegah.

" Ah , aku tak boleh simpan lagi rahsia ni Kira ! Syazwan, kau tahu siapa yang mendermakan sebelah dari buah pinggangnya untuk kau bila kedua-dua buah pinggang kau rosak dan perlukan penderma ?! ", Ashraff menyoal dengan dada yang kencang menahan marah.

Syazwan menatap wajah Ashraff dengan ekspresi cemas dan ingin tahu.

" Isteri kau .. AYSHA !! ", Ashraff bersuara dengan nada marah yang dilepaskan.

bersambung di PART 8 ..

Thursday, June 14, 2012

Close - Part 6

sambungan dari Part 5 ...
klik SINI untuk Part 5 .

Aysha menekup mukanya dengan ketakutan dan tangisan. Syazwan memegang tali pinggang dengan muka menyinga.


" Kau ni memang dah melampau !! ", jerkahnya dengan mata yg memerah.


Dia melibas tali pinggangnya ke tubuh Aysha. Aysha menjerit-jerit kesakitan dan merayu.


ZAPP !! ZAPP !! ZAPP !!!


Libasan demi libasan singgah di tubuh Aysha.


" Abang ! sakit bang ! tolonglah abang jangan ! sakit bangg !! " , Aysha merayu sambil cuba melindungi tubuhnya dengan tangan.


Syazwan tidak mempedulikan rayuan isterinya dan terus memukul Aysha .


Setiap libasan yang singgah hanya Tuhan yang tahu betapa pedihnya. Aysha yang terbaring di lantai cuba merayu agar suaminya berhenti memukulnya.


" Abang ! Sha tak buat abang .... Sha tak sentuh Dayana abang ! sumpah , abang percayalah pada Sha ! sakit bang.... tolonglah abang ! jangan buat Sha macam ni abang .. tolonglah abang...sakit bang..sakit...", suara Aysha menjadi lemah sekali. Tiba-tiba Aysha termuntah di atas karpet. 


Syazwan berhenti memukul dan memandang Aysha dengan jijik sebelum dia membaling talipinggangnya ke arah Aysha dan keluar dari rumah , menghempas pintu. Aysha merangkak perlahan-lahan ke bilik air dengan tubuh yang penuh dengan kesakitan mencucuk-cucuk. Airmatanya tak berhenti mengalir saat dia membasuh mulutnya yang berterusan memuntahkan isi perutnya. Dia mengalirkan air ke lengannya yang mulai panas membengkak sedikit akibat libasan kuat tali pinggang Syazwan. Kemudian dia mengelap mukanya yang basah dengan airmata dan masuk kebiliknya dan mendapati bayi perempuannya terjaga. Bayi perempuannya yang terbuka mata hanya diam dan menggapai-gapai mencari ibunya. Aysha tersenyum pilu dan merapati bayinya lalu dia membelai dan mencium bayinya. 


*                                                                    *                                                                      *


Aysha sedang membancuh kopi di bilik rehat pejabatnya. Kepalanya terasa amat sakit sekali. Dia membuka botol ubat yang dibawanya. Dia menelan 2 biji pil dan memejam matanya yang berair. Dia mengurut-ngurut pelipisnya. Shakira dan Ashraff hanya memerhati gerak-geri Aysha dan kedua-duanya saling memandang dengan wajah risau. Lengan bajunya terselak sedikit dan menampakkan kesan lebam akibat perbuatan Syazwan. Ashraff membeliakkan matanya dan menggeleng-geleng apabila nampak kesan lebam itu.


...................................................................................
" Kau jangan cuba hampiri bakal menantu aku faham ?! " , jerkah Puan Maimon yang datang bertandang ke rumahnya semata-mata hendak memarahinya.
Puan Maimon dan Amirah menolak Aysha jatuh ke sofa dan memukul Aysha menggunakan beg duit mereka.


" Ish , benci aku dengan menantu pungut macam kau nih ! ", dia mengherdik sambil menolak kepala Aysha.


" Sakit ma...apa salah Sha ma...tolonglah..sakit maa...", Aysha yang kepenatan baru balik dari kerja itu merayu kesakitan.


Amirah hanya tersenyum puas. Puan Maimon menendang pasu bunga hiasan dalam rumah anaknya itu hingga tumbang dan pecah sebelum berlalu.


*                                                               *                                                           *


Syazwan tidak pulang sejak selepas memukulnya.


Abang..mana abang pergi...Sha call abang tak jawab..abang reject panggilan Sha...abang, balik lah...Sha risau...Sha rindu abang...at least abang jawablah panggilan Sha atau mesej Sha...jangan buat Sha risau...


Aysha mengurut-ngurut dadanya..dia terbatuk-batuk kecil akibat demam yang menyerangnya. Bayi perempuannya sedang cuba merangkak dan menarik-narik teddybear kecil di sisinya. Aysha menyapu minyak gamat pada kesan lebam akibat libasan tali pinggang Syazwan. Bayinya membuat bunyi dengan mulut dan ketawa menjerit sambil memeluk teddybearnya. Aysha tersenyum bahagia melihat bayinya yang riang. Dia mengelap air liur bayinya yang meleleh dan serentak dengan itu bayi perempuan itu ketawa melihat ibunya.
Comel sungguh anaknya yang baru nak tumbuh gigi itu. Aysha menekan butang telefon bimbitnya untuk memanggil number suaminya.


" CALLING MY HUBBY "
.  . .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .
" NUMBER BUSY "


Menitis airmata seorang isteri.


Masuk  3 hari Syazwan tidak pulang ke rumah. Aysha setia menunggu suaminya, memasak makanan seperti biasa dan menunggu di meja makan sehingga terlelap. Namun Syazwan tidak menghubunginya mahupun pulang ke rumah. Malam ke 3 itu, Aysha menunggu di meja makan jika Syazwan pulang malam itu. Dia sedang menyuap biskut bayi yang dipecahkan ke mulut Adrine. 


Pintu rumahnya dibuka dengan kasar . . .


bersambung di Part 7 ..



Wednesday, June 13, 2012

Close - Part 5

Sambungan dari Part 4 ..
klik  SINI  untuk Part4 ..


Siapa Dayana ?


Farahdayana Hassan Hettenscheuler adalah seorang model yg bekerja dengan sebuah butik fesyen terkenal. Dia sememangnya cantik dengan berbekalkan wajah Melayu-Jerman , tinggi lampai dan berbibir seksi.
Aysha tahu dia tak setanding dengan Dayana tapi mengapa suaminya berubah hati ? Apa salahnya ?
Dalam masa yang sama kesihatannya semakin teruk. Dia selalu pening dan demam-demam. Kadang-kadang pening yang menyerang itu terlalu dahsyat sehingga membuatkan dia termuntah. Namun dia tetap kuatkan diri untuk anak dan suami tercinta.


"Abang... ? err boleh Sha tanya ? Dayana tu kawan abangkah ? " , Aysha bertanya dengan takut-takut.


Syazwan tersentak dan memandang Aysha dengan renungan seperti hendak membunuh.


" Mana kau tahu pasal Dayana ?! " , suaranya bagaikan guruh bertanya dan dia mencengkam lengan Aysha dengan kuat.


" Sha ternampak nama dia..err masa tu telefon abang berbunyi..tapi Sha tak buat apa-apa..Sha cuma nampak saja abang.. "


" Kau !! jangan sibuk hal aku ! dan jangan sentuh telefon bimbit aku !! " , dia menolak Aysha dengan kuat ke sofa. Aysha memegang lengannya yang sakit dan tunduk ketakutan.


Syazwan terus keluar dari rumah dan berlalu dengan memandu keretanya. Aysha rasa dia harus berjumpa Dayana dan bertanya apa hubungan mereka.


*                                                                             *                                                                   *
Dayana berjalan keluar dari butik fesyen tempat dia bekerja dengan penuh gaya sambil meneliti skrin iPhone nya. Aysha membetulkan selendangnya dan berjalan ke arah Dayana yang tinggi lampai itu dengan nafas kencang.


" Assalamualaikum.. Cik Dayana ? " , tegur Aysha dengan lembut.


Dayana menoleh dengan penuh gaya persis seorang model. Dia menarik kacamata hitam mahal yang dipakai untuk melindungi mata coklat cerahnya yang cantik.


" Yes ? can i help you lady ? " dia bertanya dengan wajah angkuh.


" Err..cik ni Farahdayana kan ? nama saya Nurhan Aysha .. gembira berkenalan.. " , Aysha menghulurkan tangan untuk bersalaman.


Dayana tidak menyambut tangan Aysha tetapi dia merenung Aysha dengan muka sombong.


" Anything you wanna talk ? Imma bit busy today you know..as a model, im always busy.." , dia berkata dengan raut wajah bosan.


" Saya isteri Syazwan Hakimi..cik Dayana kenal dia kan ? "


Raut wajah Dayana seolah-olah dia baru terjatuh dari pentas peragaan.


" Whatt ? you're his wife ? a**hole, dia cakap dia belum kahwin lagi ! f**k you Wan ! " Dayana menyumpah.
Patah hati Aysha mendengar kata-kata Dayana. Syazwan mengaku dia belum berkahwin ? Sebak dada Aysha namun ditahannya.


" Dia cakap belum berkahwin ? "


" HA HA HA ..im joking..yeah i tahu u wife dia but he told me he will divorce you soon because i don't know..you stupid and ugly maybe..very old-fashioned dengan tudung tuh hahaha..he loves gorgeous model like me..so yeah f**k off woman...you tak layak pun bercakap dengan i.. " , Dayana menghamburkan kata-kata pedih itu sebelum berlalu.


Aysha terasa seperti ada pisau yg menikam dadanya. Dia memegang dadanya dan menahan sebak. Otaknya bagai tidak boleh berfungsi. Betapa hancur luluhnya hati dia pada waktu itu. Syazwan hendak menceraikannya ? Adakah Syazwan tidak sayang dan cinta lagi pada dirinya ? Lupakah Syazwan pada bayi mereka yang berusia 9 bulan ? 


Malamnya , 
Aysha mengurut-ngurut kepalanya yang terasa sangat sakit sambil menepuk-nepuk lembut punggung bayinya yang baru sahaja tidur. Dia berzikir sambil menepuk-nepuk lembut bayinya. Sambil dia mengurut-ngurut pelipisnya, dia membelai rambut nipis bayi perempuannya yang comel itu.
Bunyi pintu dibuka dan dihempas dengan kuat kedengaran. Syazwan masuk ke bilik dan menarik rambut Aysha dan mengheretnye keluar tanpa sebarang kata.




" Sini kau !! SINI !! " , dia menjerkah sambil mengheret Aysha yang tidak sihat itu.
Aysha merayu kesakitan meminta dilepaskan.


" Abang, sakit bang...abang lepas..sakit bang..tolonglah..sakit abang..." , Aysha merayu sambil menangis.


" KAU JUMPA DAYANA KAN ? APA KAU BUAT KAT DIA ?! "


" Sha cuma tanya dia kenal abang ke tidak..tu je abang....sakit bang..." , Aysha memberitahu dalam rayu.


" KAU TIPU ! CELAKA PUNYA BETINA ! KAU BERANI TAMPAR DAYANA KAN ?! "


" Abang..sumpah bang..Sha tak sentuh pun Dayana..Sha cuma cakap je dengan dia bang..Sha sumpah bang...abang percaya pada Sha kan.. ", Aysha menangis kerana sanggup suaminya mempercayai pembohongan Dayana.


Syazwan melepaskan rambut Aysha. Dia berdiri dengan wajah menggila menahan marah. Aysha yang terbaring di atas karpet menekup muka menahan pilu dan sakit. Tangan Syazwan membuka tali pinggang dengan rasa marah yang meluap-luap ...

bersambung di PART 6 ...

Monday, June 11, 2012

Close - Part 4

sambungan dari PART 3
klik SINI utk PART 3 ..




Puan Maimon menyuapkan mee kari ke mulutnya sambil merenung anak lelakinya, Syazwan.
" Memang patut isteri Wan tu kena macam tu.. Sentiasa ingat apa yang dia dah buat dulu .. waktu Wan sakit nak buat pembedahan buah pinggang tu dia ada jaga Wan si hospital ? Pergi kursus konon..entah-entah pergi bercuti dengan jantan mana agaknya .. dah la nak mengandung pun lambat ! setahun setengah baru boleh mengandung , apa jenis perempuan laa yang abang kamu ni pilih Mira oii... " , lantang mulut Puan Maimon berkata-kata.


Syazwan mula rasa marah meluap-luap pasa Aysha apabila teringatkan semasa dia menjalani pembedahan buah pinggang dulu. Aysha tidak ada disisinya ataupun menghubunginya. Dan dia tahu Aysha rapat dengan Ashraff, rakan sepejabatnya. Entah-entah mereka berdua ada skandal ....


" Lepas tu hari ini dia buat macam ini pula kat adik dan mama..mama tak faham kenapa kamu masih lagi bersama dengan perempuan tu Wan .. "


" Ma , Wan dah ada calon untuk berkahwin lain laa..nama dia Dayana .. ", ujar Syazwan dengan tenang.


" Dayana ? model terkenal tu ??  wahh !! ", Amirah kagum.
Puan Maimon tersenyum lebar penuh kepuasan.


*                                                                       *                                                                     *


Syazwan menekup telinganya dengan marah apabila bayinya menangis dengan begitu kuat sekali.
Dia keluar dari bilik dan masuk kedalam bilik dimana Aysha dan anaknya tidur.


" Kau tak reti suruh dia diam ke ? memekak aje ! aku nak tidur pon tak boleh ! " , Syazwan menjerkah dengan lantang.


Aysha sedang mendukung dan menggosok-gosok lembut belakang anaknya yang menangis dengan kuat.


" Abang , Adrine demam abang..abang jom bawa dia pergi klinik abang..sayang, jangan nangis..panasnya badan anak mama ni...shhh shhh jangan nangis sayang... "


" Tu urusan kau , kau bawa dia pegi sendiri..dan jangan memekak ! aku nak tidur ! " , Syazwan berlalu.


Aysha membaringkan bayinya yang semakin kuat menangis di atas katil. Panas sekali badan anaknya itu.


*                                                               *                                                                          *


" Kau okay ke ni Sha ? " , tegur Ashraff.


Aysha menekan-nekan pelipisnya kerana kepalanya sakit. Dia menyusun fail-fail untuk dihantar ke pejabat pengurus sambil tersenyum kepada Ashraff.


" Aku okay je Ash...pening sikit je..aku kena balik awal hari ini..Adrine demam.. "


" Lah, dah tu , kau bawa dia pegi klinik belum ? Syazwan ambik Adrine ke ? " , tanya Shakira dengan muka risau.

" Dahh..aku nak kena cepat ni, aku balik dulu Ash, Kira .." , Aysha menggalas beg tangannya lalu berjalan keluar.


Di rumah pada malam harinya ,


" Abang..abang dah balik ? " , tegur Aysha apabila Syazwan melangkah masuk ke rumah.


Syazwan duduk di atas sofa sambil melonggarkan tali lehernya sementara Aysha ke dapur untuk menyediakan air.


" Nah abang, jemput minum..." , dia menghidangkan segelas air oren ais. Syazwan tidak mempedulikan langsung akan Aysha.


" Abang, anak kita demam panas..tadi Sha dah bawa pegi klinik..kesian baby kita abang..dia rindu papa dia kot hehe.."


Syazwan menendang meja kopi di hadapannya dan menumpahkan air oren tadi yang mengejutkan Aysha. Dia kemudiannya masuk ke bilik. Aysha yang terkejut bangun dan mendapatkan kain basah di dapur dan mengelap meja yang basah itu dengan rasa sedih.


Ketika Syazwan masuk ke bilik air untuk mandi, Aysha terdengar bunyi telefon bimbit suaminya berbunyi. Dia masuk perlahan-lahan ke bilik dan melihat skrin telefon bimbit itu berserta dengan gambar seorang perempuan cantik yang Aysha kenal sebagai model salah satu majalah fesyen. 


                " Dayana Sayang CALLING ..."




Airmata Aysha bergenang lalu dia keluar dari bilik dan terus masuk ke bilik tetamu yang telah menjadi bilik barunya. Dia merapati bayinya yang sedang tidur lalu dia berbaring dan tidur di sebelah bayinya dengan ditemani air mata.


bersambung di  PART 5 ..