Saturday, March 5, 2011

Shape Of My Heart. . .Episode 10-Going Down..

...dan hari itu adalah amat indah sekali.Kenapalah harus berakhir...
Esoknya,Andrey bertolak ke Kamensk-Ural'skiy.



Lucya sering bertanyakan Andrey tentang perihal mahu mmberitahu perkara sebenar kepada Alyona...hinggalah 1 hari,


Sayang,masalah kita dh selesai...-SMS dr buah hatinya.


Hah? masalah apa yg selesai?-Lucya kehairanan seraya menolak pintu 7-Eleven,sambil mmbaca SMS itu.


Masalah kita..Alyona dh tau..-SMS itu mnggembirakan hati Lucya.Harapannya,Alyona faham dan menerima secara baik tntang masalah ini.Dia juga harap Alyona tidak lagi akan memusuhinya kerana apa guna bermusuh.


Tetapi Andrey kelihatannya tidak gembira,sebaliknya dia mmberi alasan kepalanya pening.Lucya mnyuruh dia berehat.Pukul 12 malam Lucya mncuba hantar SMS kepada Andrey.Dalam SMS yg dia terima sebagai balas,Andrey seperti tidak bermaya dan sedih.Lucya mengesyaki yg Andrey mesti mmikirkan tentang Alyona lagi.Kenapa dia tidak boleh bersikap lebih tegas?? Lucya tidak dapat menahan air matanya yg ingin menitis pada malam itu.
*                                                         *                                                          *

Isnin,20 Disember. . .

Hari berlalu,Andrey bersikap seperti endah tidak endah malah cepat marah.Lucya benar2 tersinggung dgn sikap Andrey itu.Andrey seperti marah kepadanya.Hingga pada suatu hari,Andrey langsung tidak mnghantar SMS kepadanya.Lucya nmpak Andrey online di facebook.Pesanan sudah dihantar ke facebook tetapi tidak berbalas.Lucya amat sedih dan hairan,mngapa sikap Andrey begini.Call tidak berjawab,SMS tidak berbalas.Andrey sudah tidak mmpedulikan dia lagikah??
Akhirnya setelah beberapa SMS dihantar,berpuluh panggilan tidak berjawab,Andrey akhirnya mmbalas SMSnya.


Yee...-balas Andrey.


Mana awak pergi..saya SMS awk tak reply,call awak tak jawab..kenapa ni?saya ada salah ke?-tnya Lucya dalam kesedihan.


Awak,patut tak saya buat Alyona begini?-soalan Andrey benar2 merenggut tangkai hatinya.
Itukah sebab Andrey buat tidak peduli kepadanya hari ini?? SEBAB ITUKAH??
Lucya sungguh terluka dgn sikap Andrey hari itu.


Semua org marah saya buat Alyona begini awak tahu tak..-luah Andrey.
HABIS ITU? BAGAIMANA DGN LUCYA? ramai lagi boleh marah Andrey tetapi Lucya yg mnghalang mereka dari maki-maki Andrey di facebook.


Awak sayang dia kan...okay tak apa-balas Lucya.Andrey mmg tidak langsung fikir tentang perasaannya.


Awak pun saya sayang..-dari Andrey.


Sayang dgn cinta lain okayy...-Lucya amat jengkel sekali.


Sayang utk dia..cinta hanya untuk awak..-Andrey meyakinkan.
Patutkah Lucya percaya ? perkara ini sudah semakin terbelit dan Lucya semakin tersepit.


*                                                  *                                              *
Malam itu. . .

Aku sayang Andrey jadi aku harus tahu perkara sebenarnya.Sampai bila nk hidup tak tenang begini?
Sampai bila aku harus menanggung sakit hati? Sampai bila aku harus menahan sakit hati dgn kerenah Andrey yg semakin menjadi-jadi?


Dia menelefon Alyona.Itu sahaja caranya...


   "Hello.."
   "Ya..hello.."
   "Ini kak Alyona ke?"
   "Ya.."
   "Ini Lucya...boleh tak Lucya nak cakap sedikit tentang Andrey kak?"
   "Boleh..nk settle kat mana?"
   "Eh taklah..kita cakap telefon je lah kak"
   "Ohh..haa..okay boleh"
   "Kalau Lucya tanya,kak jawab jujur ya? boleh kan?"
   "Baiklah Lucya.."
Lucya menelan liurnya sebelum memula bicara.
 
   "Apa yg Andrey beritahu kak tentang Lucya?,jujur yaa?"
   "Err..Lucya nak tahu ke? jgn marah tau.."
Lucya agak takut tetapi dia harus tahu.
   "Tak apa kak..bgtahu jee..Lucya okayy..",jawabnya gugup.
   "Andrey cakap..Lucya ni tergedik-gedik..Lucya yg suka kat dia padahal dia anggap Lucya ni kawan biasa saja..."
Serentak dgn itu,hati Lucya terasa runtun.
   "Lagi?..",dia bertanya sambil menahan sebak.
   "Dia cakap Lucya ni melebih-lebih lak..padahal dia tak suka pun kat Lucya..Lucya yg tegur dia apa semua dulu kat facebook..benda2 macam tu lah yg dia bgtahu akak..",terang Alyona pnjang lebar.
   "Ohh..tak apa lah klau macam tu..",balas Lucya dgn suara serak.
Air mata mula mngisi ruang matanya lalu mengalir menuruni pipi.Tidak dia mnyangka Andrey sanggup buat fitnah seperti itu! Andrey mnjatuhkan maruahnya,Andrey melukakan hatinya.Habis itu,selama ini hnya kepura-puraankah? Selama yg Andrey keluar bersama,SMS,menelefon,mmberi kata2 cinta padanya..itu semua hnya kepura-puraankah??? Kepalanya terasa ringan,perasaannya semakin kebas.


   "Lucya?? hello..? Lucya okay ke tu?",tnya Alyona setelah Lucya terdiam sejenak.
Akhirnya tangis Lucya kedengaran di telefon.
  
"Sampai hati Andrey tuduh Lucya begitu kak..Lucya bukan prempuan seperti itu kak..Lucya nak kak tahu Lucya bukanlah seperti apa yg Andrey cakapkan..",Lucya menerangkan sambil menangis.
Dadanya sesak.Org yg dicintainya sanggup berbuat begitu? Padahal dia sentiasa bercerita perkara2 baik sahaja tentang Andrey kepada rakan2 sehingga mereka mngatakan yg Lucya amat bertuah memiliki Andrey.


    "Lucya janganlah menangis..kak tahu Lucya baik..kak Darya beritahu yg Lucya ni budak pandai..takkanlah bersikap seperti apa yg Andrey beritahu..dah2 jgn nangis okay?..",Alyona memujuk.


   "Kalau nama Lucya dh tercemar di sekolah kak,tolonglah bersihkan kembali..Lucya tak buat apa2 pun kak..Lucya tak ada niat jahat pn pada Andrey tetapi tak sangka dia sanggup buat begini pada Lucya kak..
Kak beritahu lah pada kawan2 kak tentang siapa Lucya sebenar..tolong buang tanggapan negatif mereka terhadap Lucya..Lucya tak pernah ada musuh dan Lucya tak mahu org pandang serong pada Lucya kak..
Kak tolong yaa.."


   "Baiklah Lucya..kami pn dah tahu siapa Lucya..Lucya bukan jenis begitu..Andrey tu mmg sanggup buat apa saja utk tutup salah dia..sanggup fitnah..kat kak pun dia ada kata laa tu..",kata Alyona.


At least dia tak kata kak gedik..tp kenapa Lucya yg kena teruk..tak apa Andrey,saya tahu saya tak layak dgn awak..
Seterusnya Alyona bercerita semua tentangnya dgn Andrey.Tentang apa yg dibuat Andrey di sekolah,perkara apa yg dia pernah buat,kes yg ditimbulkannya di sekolah,sikapnya,kehidupannya dan caranya.
Barulah Lucya tahu segala-galanya.Andrey amat mesra dgn Alyona.Selama ini Lucya mnganggap yg layanan Andrey padanya adalah yg paling istimewa dari apa yg pernah rakan-rakannya dpat dari teman lelaki masing2,tetapi rupanya tidak.Apa yg Lucya dapat selama ini adalah hnya tempias dr apa yg Alyona dapat.
Hatinya cukup sedih.Lebih teruk lagi,Andrey telah bercinta dgn pelajar senior.Perkara itu bg Lucya agak janggal kerana Andrey muda dan seusia dengannya.


Malam itu,dia menangis semahu-mahunya.Dia sudah letih menangis tetapi dia gagal mngawal perasaannya.


Tergedik-gedik dan melebih-lebih..tak malu..
Perkataan itu sering terngiang-ngiang di telinganya.
   "Saya tak gedik dan tak melebih-lebih!!!!!!!!!",jerit hatinya.


Walaupun,ada benarnya.Mmg Lucya yg menegur Andrey dulu tetapi hnya pada Andrey yg Lucya berani berbuat demikian.Pada Lev dulu,dia tidaklah berhubungan sampai meminta nombor telefon.Tetapi Andrey,Andrey mmberi dia harapan dan mmbuat dia bahagia.Namun sekarang Andrey merampas itu semua darinya kembali.Untuk apa dia menegur Andrey? Kerana dia dpat merasakan ssuatu perasaan yg mndalam terhadap Andrey.Mata Andrey seolah-olah menunjukkan yg dia amat memerlukan kasih sayang sebenar.
Lucya yakin hatinya tak akan berubah arah dan dia ingin mencurahkan segala kasih sayang yg dia simpan hnya utk org yg dia bnar2 cintai.Dia telah memilih Andrey dan hanya Andreylah yg boleh mendapat kasih sayangnya.Dia mahu rasa bagaimana disayangi.Dia bukan player yg hnya tahu mempermainkan perasaan org lain.Tetapi Andrey tidak mngerti apa makna sebenar cinta Lucya padanya.Lucya melihat ke hadapan,bagaimana dia dan Andrey jika hidup bersama nnti.Semua itu sudah musnah sama sekali.


Mendengar cerita Alyona mngenai kemesraan Andrey amat mmbunuh hati Lucya.Malam glam yg Andrey mmberitahu Lucya  dia keseorangan tanpa teman mmg adalah penipuan.Alyona mmberitahu yg Andrey berkata "You are my princess tonight" padanya sebelum pergi ke majlis itu.Habis itu? Lucya ni apa?
Lucya setia menunggu Andrey pulang dari majlis kerana kononnya kata Andrey,tak boleh SMS semasa ada majlis rasmi.Lucya tidak sabar menunggu Andrey pulang malam itu kerana ingin mnghantar lirik lagu cinta buatnya.Adakah Andrey tidak langsung rasa bersalah mmperlakukannya seperti itu? Tidakkah Andrey fikir sejenak bagaimana perasaan Lucya jika Lucya tahu apa yg Andrey buat di belakangnya? Dan tidakkah Andrey tahu betapa Lucya mencintainya? Tiada motif lain Lucya mncintainya selain kerana Andrey menepati ciri2 boyfriend idamannya.Bukan kerana duit atau apa-apalah kerana duit tidak boleh membeli cinta dan tidak menjamin kebahagiaan sekiranya hati tidak ikhlas mencintai.Hatinya ikhlas pada Andrey dan dia sgat mencintai Andrey.Dia menangis semalaman memikirkn nasibnya.Sampai hati Andrey mmperlakukannya sebegitu.Dan dia sendiri telah mmbaca SMS dr Andrey kepada Alyona.Dlm SMS itu Andrey mmberitahu Alyona yg dia jadi begini kerana Lucya,kerana Lucya lah dia lupa diri.Kenapa pula Lucya yg dpersalahkan?
Andrey sering sahaja mnyalahkannya..mengapa Andrey...? Apa yg Lucya buat sehingga dia lupa diri..Lucya mnghasut dia kah? Betapa hancurnya hati Lucya.

Sayang!!-Andrey mnghantar SMS,seperti tiada apa yg berlaku.

Kenapa sayang sanggup macam ini? kenapa awak cakap yg saya ni tergedik-gedik kat awak? itukah saya dari pandangan awak? dan saya ni melebih-lebih? betulkah??-tnya Lucya,kecewa.

Apa yg sayang cakap ni?-Andrey masih kabur.

Sudahlah..saya dh tau semuanya.sampai hati awak buat saya macam ini..klau awak tak cintakan saya,awak beritahu la.bukan dgn cara mcm ni awak nk lukakan hati saya..tinggalkan saya Andrey..saya ni tegedik2 kan..-Lucya sudah nekad kali ini.

Awak! klau awak tinggalkan saya,seorang2 lah saya kali ni Lucya!!-Andrey panik sedikit.

Awak ada kak Alyona..saya ni hnya si muka tembok yg tergedik2 kat awak kn..buat apa awk nk kat saya lagi..

Lucccyyyyaaaaaaaaaaaa...tolong Lucya,tolonglah jangan!!-Andrey masih merayu.

Pergilah Andrey,saya tak akan ganggu awak lagi..saya janji...-Lucya sekali lagi mmbunuh hatinya sendiri.

Nak tinggal saya sangat kan? pergi la! pergi laaaaaaaaaaaaaaa....!!-Andrey melepaskan marahnya yg mmbuat Lucya begitu kesal dgn sikap Andrey.
Mulai hari itu Andrey dan Lucya saling tidak mnghubungi.Dia facebook,mcm2 yg Andrey tulis pada wallnya seolah2 dia yg diperlakukan dgn teruk.Lucya juga tidak boleh diam,dia juga post mcm2 pada wallnya.Kak Alyona dan dirinya mnjadi sahabat baik.Hati Lucya agak gembira kerana kak Alyona tidak lagi memusuhinya.Kerana kebenaran sudah terbongkar mmbuktikan Andrey yg bersalah.Tetapi hati Lucya tidak pula mmbenci Andrey,mana mungkin kerana jauh di sudut hatinya,cinta buat Andrey masih ada.

Pada satu malam,Andrey mnghantar mesej yg panjang berjela di facebook meluahkan apa yg terbuku di hatinya serta geram yg mmbuak terhadap Lucya.Dia mngatakan yg Lucya hnya mmperbodohkan diri dan dia mmbenci sikap Lucya.

   "Ohh..dia yg buat pasal sekarang ni nk benci aku laa pulak yee...",Lucya geram sekali dgn Andrey.
Mereka berdua saling mmbalas mesej di facebook dan berakhir dgn baik.Mereka kembali berSMS semula tetapi hnya sebagai sahabat walaupun hati Lucya inginkan Andrey kembali.
Tetapi apabila mngenangkan semula apa yg Andrey pernah buat padanya,hatinya sebak serta pilu.

Awak,saya nak add awak jad 'Grandmother' saya kat facebook boleh tk? hehe...-tulis Andrey semasa berchatting dgn Lucya di facebook pada satu malam.

Awak dh gila ke?-tnya Lucya.

Mmg..saya tergilakan awak Lucya...-balas remaja lelaki itu.
  
   "Amboii org tua ni..melampau lak dia,nenek lak tuh..ish..",desis hati Lucya.
Tak naklah jd nenek! awak saya nk mandi jap yee..kejap jee...-tulis Lucya sebelum ikatan rambut diuraikan lalu melangkah masuk ke bilik air.

Awak!! saya dh habis mandi hakhak..sejuk betul malam ni..-tulis Lucya sambil menyikat rambut yg masih basah.

Yee...-balas Andrey.
Segala apa yg Andrey balas selepas itu seperti tidak mahu melayan Lucya.Lucya amat sakit hati sekali,sudahlah Andrey melukai hatinya,sekarang nk buat mcm ini pulak!!
Laptop diOFF dan disimpan ke dalam beg.

Awak mmg sengaja nk sakitkan hati saya kan?!-SMS amarah dr Andrey.

Apa kena dgn awak ni hah? apa lagi awak nk buat pada saya ni?! awak nk saya mati ke?!-
Lucya mmbalas dgn lebih garang.

Awak tahu tak saya runsing sgat skang ni?! Awak boleh senang2 accept family request dari Yefim Mandelstam kn? dia jadi brother awak kan kat facebook?! awak baru je kenal dia!-Andrey menyinga.
Yefim Mandelstam adalah rakan Andrey yg muda setahun dan semakin rapat dgn Lucya.

Habis tu apa kena mngena dgn awak hah?!-Lucya marah.

Mmg laa saya sakit hati! awak boleh buat2 tanya lagi?! sbb saya sayang awak la!-Andrey juga semakin naik darah.

Kalau awak cemburu tu cakap ajelah !!!-Lucya menekan butang SEND dgn nafas kencang menahan geram yg mmbuak-buak.

MEMANG SAYA CEMBURU! DAH FAHAM SEKARANG?!-Andrey mmberi jawapannya.

Lucya semakin bengang.Bantal ditarik lalu dijadikan alas kepala

.
Kalau dia tahu,pengalaman pertama dia bercinta adalah sebegini teruk,dia lebih rela kesunyian.Matanya dipejam,cuba utk tidur.


bersambung di episode 11. . .

Tuesday, March 1, 2011

Shape Of My Heart. . . Episode 9-You Did It Again



Darah Lucya berderau.Apa lagi kali ini?

Tak,saya tak ada SMS dia atau ganggu dia atau apa-apalah..kenapa?-balas Lucya.


Ntah laa dia ni..saya dh pening sangat..tak apalah Lucya..


Saya tau,ada masalah lagi kan..tinggalkan je lah saya..-Lucya sudah bosan dgn semua perkara ini.
Bila dh gembira ada-ada saja yg berlaku,BENCI SANGAT!!!


Sayang,jgn nk mgarut..saya sayang awak laa..dh jgn fikir bukan-bukan..-Andrey cuba menenangkan Lucya.


Lucya mnyalin bajunya lalu turun ke tingkat bawah utk menikmati makan malamnya.


Bila saya gembira dgn awak,ada2 saja yg nk kacau kan..sudahlah..saya dh penat macamni..-Lucya meluahkan.


Awak..jgn laa macamni...saya masih tetap dgn awak..jgn begini yaa..-Andrey memujuk.


Kita putus...-SMS dari Lucya itu tentu sahaja mngejutkan Andrey.


Awak!!! saya taknak !!-rayu Andrey.


Lucya tidak mmbalas SMS Andrey lalu terus menikmati makan malamnya.Senyuman kepura-puraan terpaksa ditayang kepada mama dan neneknya.Pinggan yg sudah kosong diangkat,semasa berjalan ke dapur telefon bimbitnya berbunyi.1 nombor yg panjang tertera pada skrin.Lucya tahu itu nombor Alyona walaupun Andrey telah delete nombor Alyona dari senarai kenalan dalam telefonnya.Lucya yg pada masa itu sedang berang mnjawab panggilan Alyona.


   "Lucya!! kenapa ganggu Andrey lagi hah?!!",jerkah Alyona.
Lucya yg ketika itu terketar-ketar menahan marah cuba menenangkan suaranya.Harus diingat Alyona lebih tua darinya dan harus dihormati walau Alyona menjerkahnya begitu tanpa usul periksa.


   "Bila masa Lucya ganggu Andrey?",Lucya menyoal dgn nada agak sinis.
   "Andrey beritahu yg Lucya masih ganggu-ganggu dia..kenapa hah??!",Alyona mnyambung jerkahannya.
   "Ohh Andrey kata begitu ya?",tubuh Lucya semakin menggeletar lalu dia memutuskan talian.
Pinggan dicuci dgn kasar lalu dia berlari menaiki tangga ke tingkat atas.
Dia menghempaskan diri ke atas katilnya.


Awak beritahu kak Alyona yg saya ni ganggu awak kn? kenapa awak sanggup jatuhkn maruah saya dgn beritahu yg saya tergedik2 kacau awak? sampai hati awak kn !-Lucya menekan butang SEND dgn dada yg berombak.


Tak rasa malu ke letak nama "taken by Andrey Levos" kat profile facebook Lucya?
Tak malu letak nama laki org? tolonglah fikir sikit! jgn jadi muka tak malu sangat..kak dh lama sabar tahu tak?-SMS Alyona yg menambah pedih hati Lucya.


Kenapa saya nk beritahu macam tu? kenapa saya nk kata macam tu tentang awak? saya sayang awak jadi saya tahulah jaga maruah org yg saya sayang..saya tak cakap mcm tu kat Alyona laa pasal awak...dia dgn kak Darya yg selalu perli saya tentang awak semasa bertugas di perpustakaan sekolah-balas Andrey yg menggunakan kedudukannya sebagai pengawas perpustakaan sekolah untuk meyakinkan Lucya.


Awak tipu ! mmg awak buat cerita bukan-bukan tentang saya kat skolah awak kan? smpai nama saya dh busuk kat skolah awak..puas lah hati awak kan?!-Lucya menyinga dalam SMS yg dihantar.


Saya tak tipu !senang-senang tinggal je lah Alyona ni! saya dh takmau amik tahu lagi psal dia..dia buat awak mcm ni..-SMS Andrey itu menakutkan Lucya.Lebih baik Andrey tinggalkan dia dari tinggalkn Alyona.kalau itulah yg terbaik,Lucya rela walaupun dia akan merana selepas itu.


Saya tak ganggu dia kak...-Lucya tahu tiada gunanya dia menghantar SMS itu.


Tak ganggu? kenapa yg nk kacau sangat Andrey tuh?cukup laa org lain dh kacau..cuba bayangkan perasaan kak sikit Lucya..klau Lucya berada di tempat kak,bagaimana rasanya??-SMS itu mmbuatkan Lucya tersengih pedih hati.Kenapa pula dia tak tahu bagaimana rasanya? DIA SEDANG MENGHADAPINYA.


Kak jgn nk pening2 kepala fikir pasal ni..kak tumpu je kat peperiksaan kak..sama laa dgn Andrey tu..Lucya takmau kata apa-apa buat masa ini..goodluck untuk paper kak yg mendatang..-Lucya perlu hormat pada Alyona walaupun apa yg dia dapat dr Alyona hanyalah kata-kata yg memedihkan hati.Lucya teramat sebak mmbaca SMS Andrey yg baru masuk.


Tidak! tinggalkan saya !! saya tidak ada makna apa-apa bagi awak hingga awak sanggup fitnah saya! pergi Andrey!!!!-SMS itu dihantar lalu raungan Lucya kedengaran..walaupun mulutnya ditekup dgn sebiji bantal.Kenapa Andrey mmperlakukan dia seperti itu lagi?


Saya tak akan lepaskan awak! saya tak akan tinggalkan awak! awak adalah cinta bagi saya dan awak milik saya Lucya!-Andrey mmbalas dgn tegas.Lucya tidak mmbalasnya,apa yg kedengaran hanyalah rintih tangisnya yg mendayu-dayu.


Telefon bimbitnya vibrate.
"My Love CALLING"
Lucya segera mnjawabnya.


   "Hel...llo..",Lucya mnjawab dgn suara teresak.
   "Lucya..jgn macam ni..saya sayang awak..awak jgn tinggalkan saya..kita baru saja keluar tadi kn..takkan nk lupakan macam tu jee",pujuk Andrey.
   "Sampai hati awak kata mcm tu pasal saya..saya ganggu awakkah selama ini?kalau awak tak cintakan saya awak beritahu la..!!",Lucya mengherdik kecewa.
   "Tidak! saya syg awak! awak dengar ni..saya tak akan tinggalkan awak..!",jawab Andrey,garang.
   "Tinggalkan saya!! jangan tinggalkan kak Alyona! lepaskan saya!!",Lucya hampir menjerit.
   "TIDAK! saya pilih awak! saya kata tidak maknanya TIDAK!! SUDAH ! SUDAH! OKAY?",Andrey meninggikan suaranya sebelum memutuskan talian.


Lucya menghempaskan telefon bimbit ke sisinya,ke atas tilam katil.Dia menekup muka dgn telapak tangannya lalu menjerit sekuat hati.Air matanya bercucuran.Rambutnya yg diikat kemas sudah terlerai.Eyeliner yg dipakai telah menukar air mata Lucya bertukar hitam.Lucya duduk melutut di atas katil sambil menangis.Kenapa begitu hebat ujian ini ke atasnya? Dia hanya ingin mmberi kasih sayang kepada Andrey.Bukannya utk diuji,disakiti,dituduh,dicaci begini...Mungkin Andrey tidak pernah sekali pon menyayanginya jauh sekali mencintainya.Mungkin Andrey hanya mahu menyakitinya.Tetapi kenapa?Dia baru saja mngenali Andrey,mustahil Andrey ada dendam padanya.
Sekali lagi Larisa mnjadi tempat dia mngadu.Dan sekali lagilah Larisa naik angin.


   "Sekarang ni,kau bagi aku nombor Alyona,sini aku nk cakap dgn dia..kau ni lembik sangat kau tau tak? suka baik sangat laaaaa dgn org tu apahal?!",Larisa mengamuk.
  
 "Tak,tak...tak payah laa Larisa..aku kena akur ja..aku ni mmg tak bermakna apa2 bg Andrey..",luah Lucya dalam esakannya.
  
 "Aku cakap bagi nombor tu bagi la!!",Larisa menjerit dalam talian.
  
"Tak payah la!! biar je aku macam ni! biar aku ja mngalah,aku ni kn suka mngacau je!",bentak Lucya kembali.
  
 "Kau jangan mengarut boleh tak? kau nak biar je Andrey terus sakitkan kau macam ni? heyy aku laa Andrey nih! nnti dia sekali aku maki,nak kena betul!",Larisa mnggeram.
  
 "Tolong lah jangan maki-maki Andrey..jgn buat apa-apa pada dia Larisa..kesian dia.."
  
 "HOI,kenapa dgn kau ni hah? dia buat kau macam2 tp kau still nk kesian pada dia tu apahal hah?!! kau boleh bukak mata tak Lucya?!! kau sedar tak?!",kali ini Larisa benar2 hilang sabar atas kelembikan rakan baiknya itu.


"Sudah...aku nk rehat kejap..thanks sbb sudi dgar masalah aku..selamat malam..",Lucya mmbalas sebelum memutuskan talian.
Dia keluar dari biliknya lalu memasang permainan Playstation2.Lebih baik main GTA:San Andreas..boleh juga lepas geram bawa kereta laju2 langgar semua polis.Lepas tu mati kena tembak sebab kena buru dgn polis yg mmg kecoh.Bodoh betul. . .


Andrey..kenapa awak buat lagi pada saya begini Rey...awak dh janji yg awak akn jaga saya baik2 bagi peluang kedua ni Rey...awak dh hancurkan peluang ni Rey..saya tak mahu diri saya diperguna dan disakiti Rey..sampai hati awak..


Hari-hari berlalu dan Andrey kelihatan agak tertekan dgn masalahnya yg melibatkan Lucya dan Alyona serta 2 kertas peperiksaan yg perlu dihadapinya.Apabila Andrey pergi ke sekolah utk mnduduki kertasnya,Lucya akan mngucapkan goodluck lalu dia akan bersedih kerana perlu menunggu Andrey pulang kerana bukannya Andrey pulang tu terus dia SMS Lucya.Sekurang-kurangnya 3 jam selepas pulang baru dia akan SMS.Dia juga cepat sekali naik angin.Walaupun peluang kedua yg Lucya bagi sudah habis tetapi Lucya tidak mudah utk melupakan Andrey kerana Andrey tetap memujuk.Tapi apa yg Lucya boleh buat? hatinya sakit sekali..dia tidak boleh menerima Andrey kembali di saat hatinya berpecah-belah seperti itu.Dia terlalu sedih.Banyak sgat yg merunsingkannya.Nasiblah semua kertas peperiksaannya sudah habis dijawab.Jika masalah ini muncul disaat dia masih dalam tempoh peperiksaan,tentu sahaja otaknya berserabut dan tidak dapat fokus.Pujukan Andrey agak berjaya.Dia dan Lucya merancang utk pergi menonton wayang bersama sebagai langkah memulihkan hubungan mereka yg sudah retak teruk.Lucya perlu keluar dgn Andrey kerana Andrey akan pergi ke Kamensk-Ural'skiy untuk melawat saudara-mara di sana.Mahu tidak mahu Lucya perlu keluar bersama Andrey sebelum mereka berdua berjauhan.Mereka merancang utk menonton wayang di panggung wayang di kompleks membeli-belah Gostiny Dvor.Filem The Chronicles Of Narnia:Voyage of The Dawn Treader ditonton mereka dalam Hall 4.Lucya mnghulurkan botol air mineral yg dibeli atas arahan Andrey yg suka blagak macam bos besar.Andrey meneguknya sebelum dihulur kepada Lucya.
   "Nak sikit?",dia mmpelawa.
Lucya tergamam.Dia mmg agak dahaga tetapi takkan nk berkongsi dgn Andrey kot,haihh!
Kalau ada straw tak apa lah jugak.
   "Tak apalah..",dia menolak secara baik.

Sepanjang perjalanan filem itu,Lucya rasa amat gembira berada di sisi Andrey.Andrey yg duduk di sebelahnya tiba-tiba merenung dgn mata coklat cerah bulatnya.Jantung Lucya berdegup dgn amat laju sekali,bagaikan mahu saja terkeluar dari dadanya tatkala Andrey mmberi senyuman yg amat manis.Senyuman itu dikelaskan Lucya sebagai senyuman bahagia.
Cara Andrey memalingkan mukanya sudah cukup mmbuat Lucya terpaku.Lucya mmbalas kembali senyuman Andrey lalu dgn cepat2 memalingkan mukanya menghadap skrin besar itu kembali.Filem itu mmpunyai banyak adegan2 kelakar yg menghiburkan Andrey dan Lucya yg menonton sambil berkongsi sebungkus gula-gula Skittles.Andrey yg agak gelojoh telah mnyebabkan gula2 kecil berbentuk biji saga itu bertaburan dan ada yg masuk ke celah lubang antara butang-butang bajunya.Lucya ketawa mngekeh apabila melihat gelagat Andrey yg memasukkan tangannya ke celah lubang antara butang bajunya,mencari gula2 yg terlepas masuk dgn muka berkerut agak lucu.Sekurang-kurangnya Andrey tidak meninggalkannya di belakang lagi ketika berjalan keluar dari panggung wayang wlaupun langkah Andrey panjang dan laju.Ahli kadet polis la katakan...jalan macam robot terlebih kuasa bateri aje...
Ketika menuju ke pintu keluar yg dperbuat dari kaca itu,Lucya berhenti melangkah.Andrey yg berjalan menerjah ke hadapan macam hujung perahu membelah air itu tidak mnyedari Lucya tertinggal di belakang.Dia masih melangkah mendada dgn kepala agak ke atas,sebijik macam org yg 'sugar high'.Setelah pintu kaca itu ditolaknya barulah dia mnyedari Lucya tiada di sebelahnya.Dia menoleh ke belakang dan nampak Lucya yg sedang berdiri dgn tangan berlipat ke dada,merenungnya dgn kening sebelah diangkat.Bibir lucya dimuncungkan ke hadapan dgn matanya bersinar merenung Andrey.
  
"Silakan tuan puteri...",kata Andrey yg menolak pintu kaca itu sambil menghalakan tangannya ke luar dgn senyuman manis terpamer di wajah bulatnya.

bersambung di Episode 10. . .