Tuesday, March 1, 2011
Shape Of My Heart. . . Episode 9-You Did It Again
Darah Lucya berderau.Apa lagi kali ini?
Tak,saya tak ada SMS dia atau ganggu dia atau apa-apalah..kenapa?-balas Lucya.
Ntah laa dia ni..saya dh pening sangat..tak apalah Lucya..
Saya tau,ada masalah lagi kan..tinggalkan je lah saya..-Lucya sudah bosan dgn semua perkara ini.
Bila dh gembira ada-ada saja yg berlaku,BENCI SANGAT!!!
Sayang,jgn nk mgarut..saya sayang awak laa..dh jgn fikir bukan-bukan..-Andrey cuba menenangkan Lucya.
Lucya mnyalin bajunya lalu turun ke tingkat bawah utk menikmati makan malamnya.
Bila saya gembira dgn awak,ada2 saja yg nk kacau kan..sudahlah..saya dh penat macamni..-Lucya meluahkan.
Awak..jgn laa macamni...saya masih tetap dgn awak..jgn begini yaa..-Andrey memujuk.
Kita putus...-SMS dari Lucya itu tentu sahaja mngejutkan Andrey.
Awak!!! saya taknak !!-rayu Andrey.
Lucya tidak mmbalas SMS Andrey lalu terus menikmati makan malamnya.Senyuman kepura-puraan terpaksa ditayang kepada mama dan neneknya.Pinggan yg sudah kosong diangkat,semasa berjalan ke dapur telefon bimbitnya berbunyi.1 nombor yg panjang tertera pada skrin.Lucya tahu itu nombor Alyona walaupun Andrey telah delete nombor Alyona dari senarai kenalan dalam telefonnya.Lucya yg pada masa itu sedang berang mnjawab panggilan Alyona.
"Lucya!! kenapa ganggu Andrey lagi hah?!!",jerkah Alyona.
Lucya yg ketika itu terketar-ketar menahan marah cuba menenangkan suaranya.Harus diingat Alyona lebih tua darinya dan harus dihormati walau Alyona menjerkahnya begitu tanpa usul periksa.
"Bila masa Lucya ganggu Andrey?",Lucya menyoal dgn nada agak sinis.
"Andrey beritahu yg Lucya masih ganggu-ganggu dia..kenapa hah??!",Alyona mnyambung jerkahannya.
"Ohh Andrey kata begitu ya?",tubuh Lucya semakin menggeletar lalu dia memutuskan talian.
Pinggan dicuci dgn kasar lalu dia berlari menaiki tangga ke tingkat atas.
Dia menghempaskan diri ke atas katilnya.
Awak beritahu kak Alyona yg saya ni ganggu awak kn? kenapa awak sanggup jatuhkn maruah saya dgn beritahu yg saya tergedik2 kacau awak? sampai hati awak kn !-Lucya menekan butang SEND dgn dada yg berombak.
Tak rasa malu ke letak nama "taken by Andrey Levos" kat profile facebook Lucya?
Tak malu letak nama laki org? tolonglah fikir sikit! jgn jadi muka tak malu sangat..kak dh lama sabar tahu tak?-SMS Alyona yg menambah pedih hati Lucya.
Kenapa saya nk beritahu macam tu? kenapa saya nk kata macam tu tentang awak? saya sayang awak jadi saya tahulah jaga maruah org yg saya sayang..saya tak cakap mcm tu kat Alyona laa pasal awak...dia dgn kak Darya yg selalu perli saya tentang awak semasa bertugas di perpustakaan sekolah-balas Andrey yg menggunakan kedudukannya sebagai pengawas perpustakaan sekolah untuk meyakinkan Lucya.
Awak tipu ! mmg awak buat cerita bukan-bukan tentang saya kat skolah awak kan? smpai nama saya dh busuk kat skolah awak..puas lah hati awak kan?!-Lucya menyinga dalam SMS yg dihantar.
Saya tak tipu !senang-senang tinggal je lah Alyona ni! saya dh takmau amik tahu lagi psal dia..dia buat awak mcm ni..-SMS Andrey itu menakutkan Lucya.Lebih baik Andrey tinggalkan dia dari tinggalkn Alyona.kalau itulah yg terbaik,Lucya rela walaupun dia akan merana selepas itu.
Saya tak ganggu dia kak...-Lucya tahu tiada gunanya dia menghantar SMS itu.
Tak ganggu? kenapa yg nk kacau sangat Andrey tuh?cukup laa org lain dh kacau..cuba bayangkan perasaan kak sikit Lucya..klau Lucya berada di tempat kak,bagaimana rasanya??-SMS itu mmbuatkan Lucya tersengih pedih hati.Kenapa pula dia tak tahu bagaimana rasanya? DIA SEDANG MENGHADAPINYA.
Kak jgn nk pening2 kepala fikir pasal ni..kak tumpu je kat peperiksaan kak..sama laa dgn Andrey tu..Lucya takmau kata apa-apa buat masa ini..goodluck untuk paper kak yg mendatang..-Lucya perlu hormat pada Alyona walaupun apa yg dia dapat dr Alyona hanyalah kata-kata yg memedihkan hati.Lucya teramat sebak mmbaca SMS Andrey yg baru masuk.
Tidak! tinggalkan saya !! saya tidak ada makna apa-apa bagi awak hingga awak sanggup fitnah saya! pergi Andrey!!!!-SMS itu dihantar lalu raungan Lucya kedengaran..walaupun mulutnya ditekup dgn sebiji bantal.Kenapa Andrey mmperlakukan dia seperti itu lagi?
Saya tak akan lepaskan awak! saya tak akan tinggalkan awak! awak adalah cinta bagi saya dan awak milik saya Lucya!-Andrey mmbalas dgn tegas.Lucya tidak mmbalasnya,apa yg kedengaran hanyalah rintih tangisnya yg mendayu-dayu.
Telefon bimbitnya vibrate.
"My Love CALLING"
Lucya segera mnjawabnya.
"Hel...llo..",Lucya mnjawab dgn suara teresak.
"Lucya..jgn macam ni..saya sayang awak..awak jgn tinggalkan saya..kita baru saja keluar tadi kn..takkan nk lupakan macam tu jee",pujuk Andrey.
"Sampai hati awak kata mcm tu pasal saya..saya ganggu awakkah selama ini?kalau awak tak cintakan saya awak beritahu la..!!",Lucya mengherdik kecewa.
"Tidak! saya syg awak! awak dengar ni..saya tak akan tinggalkan awak..!",jawab Andrey,garang.
"Tinggalkan saya!! jangan tinggalkan kak Alyona! lepaskan saya!!",Lucya hampir menjerit.
"TIDAK! saya pilih awak! saya kata tidak maknanya TIDAK!! SUDAH ! SUDAH! OKAY?",Andrey meninggikan suaranya sebelum memutuskan talian.
Lucya menghempaskan telefon bimbit ke sisinya,ke atas tilam katil.Dia menekup muka dgn telapak tangannya lalu menjerit sekuat hati.Air matanya bercucuran.Rambutnya yg diikat kemas sudah terlerai.Eyeliner yg dipakai telah menukar air mata Lucya bertukar hitam.Lucya duduk melutut di atas katil sambil menangis.Kenapa begitu hebat ujian ini ke atasnya? Dia hanya ingin mmberi kasih sayang kepada Andrey.Bukannya utk diuji,disakiti,dituduh,dicaci begini...Mungkin Andrey tidak pernah sekali pon menyayanginya jauh sekali mencintainya.Mungkin Andrey hanya mahu menyakitinya.Tetapi kenapa?Dia baru saja mngenali Andrey,mustahil Andrey ada dendam padanya.
Sekali lagi Larisa mnjadi tempat dia mngadu.Dan sekali lagilah Larisa naik angin.
"Sekarang ni,kau bagi aku nombor Alyona,sini aku nk cakap dgn dia..kau ni lembik sangat kau tau tak? suka baik sangat laaaaa dgn org tu apahal?!",Larisa mengamuk.
"Tak,tak...tak payah laa Larisa..aku kena akur ja..aku ni mmg tak bermakna apa2 bg Andrey..",luah Lucya dalam esakannya.
"Aku cakap bagi nombor tu bagi la!!",Larisa menjerit dalam talian.
"Tak payah la!! biar je aku macam ni! biar aku ja mngalah,aku ni kn suka mngacau je!",bentak Lucya kembali.
"Kau jangan mengarut boleh tak? kau nak biar je Andrey terus sakitkan kau macam ni? heyy aku laa Andrey nih! nnti dia sekali aku maki,nak kena betul!",Larisa mnggeram.
"Tolong lah jangan maki-maki Andrey..jgn buat apa-apa pada dia Larisa..kesian dia.."
"HOI,kenapa dgn kau ni hah? dia buat kau macam2 tp kau still nk kesian pada dia tu apahal hah?!! kau boleh bukak mata tak Lucya?!! kau sedar tak?!",kali ini Larisa benar2 hilang sabar atas kelembikan rakan baiknya itu.
"Sudah...aku nk rehat kejap..thanks sbb sudi dgar masalah aku..selamat malam..",Lucya mmbalas sebelum memutuskan talian.
Dia keluar dari biliknya lalu memasang permainan Playstation2.Lebih baik main GTA:San Andreas..boleh juga lepas geram bawa kereta laju2 langgar semua polis.Lepas tu mati kena tembak sebab kena buru dgn polis yg mmg kecoh.Bodoh betul. . .
Andrey..kenapa awak buat lagi pada saya begini Rey...awak dh janji yg awak akn jaga saya baik2 bagi peluang kedua ni Rey...awak dh hancurkan peluang ni Rey..saya tak mahu diri saya diperguna dan disakiti Rey..sampai hati awak..
Hari-hari berlalu dan Andrey kelihatan agak tertekan dgn masalahnya yg melibatkan Lucya dan Alyona serta 2 kertas peperiksaan yg perlu dihadapinya.Apabila Andrey pergi ke sekolah utk mnduduki kertasnya,Lucya akan mngucapkan goodluck lalu dia akan bersedih kerana perlu menunggu Andrey pulang kerana bukannya Andrey pulang tu terus dia SMS Lucya.Sekurang-kurangnya 3 jam selepas pulang baru dia akan SMS.Dia juga cepat sekali naik angin.Walaupun peluang kedua yg Lucya bagi sudah habis tetapi Lucya tidak mudah utk melupakan Andrey kerana Andrey tetap memujuk.Tapi apa yg Lucya boleh buat? hatinya sakit sekali..dia tidak boleh menerima Andrey kembali di saat hatinya berpecah-belah seperti itu.Dia terlalu sedih.Banyak sgat yg merunsingkannya.Nasiblah semua kertas peperiksaannya sudah habis dijawab.Jika masalah ini muncul disaat dia masih dalam tempoh peperiksaan,tentu sahaja otaknya berserabut dan tidak dapat fokus.Pujukan Andrey agak berjaya.Dia dan Lucya merancang utk pergi menonton wayang bersama sebagai langkah memulihkan hubungan mereka yg sudah retak teruk.Lucya perlu keluar dgn Andrey kerana Andrey akan pergi ke Kamensk-Ural'skiy untuk melawat saudara-mara di sana.Mahu tidak mahu Lucya perlu keluar bersama Andrey sebelum mereka berdua berjauhan.Mereka merancang utk menonton wayang di panggung wayang di kompleks membeli-belah Gostiny Dvor.Filem The Chronicles Of Narnia:Voyage of The Dawn Treader ditonton mereka dalam Hall 4.Lucya mnghulurkan botol air mineral yg dibeli atas arahan Andrey yg suka blagak macam bos besar.Andrey meneguknya sebelum dihulur kepada Lucya.
"Nak sikit?",dia mmpelawa.
Lucya tergamam.Dia mmg agak dahaga tetapi takkan nk berkongsi dgn Andrey kot,haihh!
Kalau ada straw tak apa lah jugak.
"Tak apalah..",dia menolak secara baik.
Sepanjang perjalanan filem itu,Lucya rasa amat gembira berada di sisi Andrey.Andrey yg duduk di sebelahnya tiba-tiba merenung dgn mata coklat cerah bulatnya.Jantung Lucya berdegup dgn amat laju sekali,bagaikan mahu saja terkeluar dari dadanya tatkala Andrey mmberi senyuman yg amat manis.Senyuman itu dikelaskan Lucya sebagai senyuman bahagia.
Cara Andrey memalingkan mukanya sudah cukup mmbuat Lucya terpaku.Lucya mmbalas kembali senyuman Andrey lalu dgn cepat2 memalingkan mukanya menghadap skrin besar itu kembali.Filem itu mmpunyai banyak adegan2 kelakar yg menghiburkan Andrey dan Lucya yg menonton sambil berkongsi sebungkus gula-gula Skittles.Andrey yg agak gelojoh telah mnyebabkan gula2 kecil berbentuk biji saga itu bertaburan dan ada yg masuk ke celah lubang antara butang-butang bajunya.Lucya ketawa mngekeh apabila melihat gelagat Andrey yg memasukkan tangannya ke celah lubang antara butang bajunya,mencari gula2 yg terlepas masuk dgn muka berkerut agak lucu.Sekurang-kurangnya Andrey tidak meninggalkannya di belakang lagi ketika berjalan keluar dari panggung wayang wlaupun langkah Andrey panjang dan laju.Ahli kadet polis la katakan...jalan macam robot terlebih kuasa bateri aje...
Ketika menuju ke pintu keluar yg dperbuat dari kaca itu,Lucya berhenti melangkah.Andrey yg berjalan menerjah ke hadapan macam hujung perahu membelah air itu tidak mnyedari Lucya tertinggal di belakang.Dia masih melangkah mendada dgn kepala agak ke atas,sebijik macam org yg 'sugar high'.Setelah pintu kaca itu ditolaknya barulah dia mnyedari Lucya tiada di sebelahnya.Dia menoleh ke belakang dan nampak Lucya yg sedang berdiri dgn tangan berlipat ke dada,merenungnya dgn kening sebelah diangkat.Bibir lucya dimuncungkan ke hadapan dgn matanya bersinar merenung Andrey.
"Silakan tuan puteri...",kata Andrey yg menolak pintu kaca itu sambil menghalakan tangannya ke luar dgn senyuman manis terpamer di wajah bulatnya.
bersambung di Episode 10. . .
Sunday, February 27, 2011
Shape Of My Heart. . .Episode 8-Doubt
Seminar Fizik. . .
Hotel Park Inn Pulkovskaya,St Petersburg. . .
Lucya keluar dari perut kereta lalu berjalan ke pintu masuk hotel sambil mnggalas begnya.Dia menegur beberapa rakan sekolahnya dan rakan tusyennya sebelum berlari naik tangga menuju ke pintu masuk ke dewan seminar.Pintu masuk itu sesungguhnya dipenuhi pelajar yg berasak2.
"Banyak lg idea utk lepas geram berbanding tolak org2 yg kita tak kenal..",jawab Lucya.
"Betul ke apa yg kau beritahu aku semalam? pasal Andrey...",soal Liliya dgn dahi berkerut.
"Aku penah tipu kau ke?",tnya Lucya agak geram.
Pintu terbuka.Para pelajar dari pelbagai sekolah,lelaki dan perempuan berasak-asak masuk ke dewan melalui pintu yg hanya dibuka sebelah.Liliya memegang erat tangan Lucya yg memegang erat tangan seorang lg rakan meraka.Liliya terlepas pegangan tangan Lucya.Lucya amat geram tubuhnya ditolak oleh entah oleh siapa.Akhirnya selepas beberapa kali dihimpit,ditolak dan ditendang dia berjaya melepasi pintu tersebut.
Dia mncari tempat duduk di barisan tengah selepas mengambil set seminar yg dihulur oleh seorang pekerja pusat tusyen mereka lalu menghempaskan punggungnya tanda geram.
Persembahan multimedia sedang berlangsung ketika SMS dari Andrey masuk.Dia masih memujuk.Liliya mmbaca SMS Andrey itu secara curi2 dan mmberi komennya.
"Terima lah dia kembali Lucya..tgok tu,dia sayangkan kau kan...",pujuk Liliya.
"Kau cakap senang..",balas Lucya dgn jengkel.
"Beritahu aku..kau sayang Andrey tak?",Liliya menduga dgn muka macam tok nujum.
"Kau boleh tanya..nak aku ketuk kepala ke? mmg laa aku sayang dia..sayang sangat2..",
jawab Lucya sambil mngecilkan matanya.
"Dah tu..nk biar je mcm ni? Nak perasaan kau jugak merana?"
Seorang lagi rakan mereka,Raisa Belyakova juga mnyokong Liliya.
"Terimalah Andrey kembali Lucya..aku tgok sejak dia ada kau selalu saja gembira di sekolah..",katanya penuh prihatin.
Lucya hnya diam sambil mmberi perhatian ke arah skrin yg menayangkan maklumat mngenai Prinsip Pascal.
Waktu rehat. . .
Lucya dan Larisa duduk2 di hadapan pintu masuk hotel sambil menikmati sebungkus keropok.
"Kalau kau bawak skuter kan kita boleh pergi makan di plaza tuh..",Larisa mmbebel.
"Hari panas lah...",Lucya mmberi alasannya.
"Kau tak apa lah,Taisa suap kau nasi ayam dia tadi..."
"3 suap aje pn,kn kau order waffle kat Yana tadi,nnti perut kau tu diam lah..",Lucya tergelak.
Lucya mmbalas SMS Andrey.Pelbagai hal yg diutarakan.Andey dan Lucya brbincang secara baik walaupun Lucya masih merajuk dan terluka.
Setelah mereka masuk semula ke dewan seminar diteruskan.Lucya mnyalin apa yg terpampang di skrin dan dalam masa yg sama mmbalas SMS Andrey.Bateri telefon bimbitnya pula habis.Dia merenung Larisa sambil menayangkan muka kasihan.Larisa merenungnya kembali dgn kening sebelah diangkat.
"Pinjam telefon bimbit kau yg 1 lagi tu..",pinta Lucya sambil tersengih.
"Nah,bukak SIM kad dia..jaga elok2..",Larisa mngingatkannya.
Awak,saya beri awak peluang kedua dan terakhir...-taip Lucya.
Awak,betulkah? terima kasih! Saya janji akan jaga awak baik-baik...-balas Andrey.
Lucya tak tahu samada utk mmpercayai janji Andrey tp dia cintakan Andrey jadi dia harus positifkan fikirannya.Kan Andrey dah cakap dia dan Alyona tiada apa-apa hubungan,hanya Alyona yg mnganggap seperti itu.Huh,Andrey itu Lucya yg punya okay !!
Seminar tamat. . .
Mereka beramai-ramai keluar dari pintu besar hotel dan disambar hawa panas cuaca hari itu.
"Adoii panasnya !!..",keluh Taisa Eghove sambil mengipas2 lehernya dengan sebuah fail.
Lucya melindungi wajahnya dgn fail seminar tadi sambil memerhatikan Larisa yg dijemput teman lelakinya.Dia agak risau kerana teman lelaki Larisa itu kelihatan agak tidak boleh dipercayai.
Mama datang agak lewat,Lucya pula tidak sabar hendak mmbalas SMS Andrey...buah hatinya.
Bermula hari itu kehidupan Lucya kembali gembira kerana Andrey kembali menyinari hidupnya.Tapi,hati Lucya semakin mmbara di saat terlihat gambar Andrey bersama Alyona di satu majlis glam.Andrey mmberitahu yg dia tiada teman malam itu.Semetinya itu satu pembohongan besar.Gambar itu buktinya.Hati Lucya semakin terluka.Dia tidak pernah berada serapat itu dengan Andrey tetapi gambar mereka berdua amat rapat,sangat menghiris-hiris perasaan Lucya.Andrey mmberi alasan yg Alyona sengaja merapatkan dirinya pada Andrey.Saat Lucya nampak gambar itu,dia menangis hingga tertidur.Hatinya terluka kembali.Lucya menjadi semakin sensitif dan banyak buat perangai.Dia banyak mmbuat Andrey marah tetapi semua itu ada sebabnya---hatinya dilukai teruk oleh Andrey. . .
Wee..Alyonaku sayang..sini laa Andrey nk suap..-perli Lucya,pedas dalam SMSnya.
Kenapa dgn awak ni hah?-tnya Andrey kecewa.
TAK ADA APA !!-balas Lucya penuh geram.
Selepas itu Andrey tidak lagi mmbalas SMSnya.Lucya mnjadi agak gabra.Andrey tentunya marah.Lucya menunggu tetapi Andrey masih tidak mmbalas SMSnya.Dia rasa dia agak melampau tetapi Andrey harus faham perasaannya apabila sudah dilukai begitu.Dia mnghantar lagi beberapa SMS utk mminta maaf.Namun Andrey masih tidak mmbalasnya.
Lucya memberitahu Nikita.
Adoii..kau ni pun satu hal.yg pergi perli dia tu kenapa?kan dia dh merajuk..-Nikita mnghantar SMS balas.
Hello..tolong faham sikit perasaan aku boleh dak?-balas Lucya agak marah.
Beberapa SMS lg dihantar tetapi Andrey masih tidak mmbalasnya.Lucya mnyembamkan mukanya ke atas bantal lalu menangis teresak-esak.
Andrey,awak tidak faham perasaan saya.Saya tidak boleh tenang selagi ada perempuan lain mnganggap awak istimewa di mata mereka.Saya tidak boleh bahagia begini Andrey.Saya sayang awak sangat hingga saya selalu runsing,awak harus faham perasaan saya kerana saya diperlakukan dgn amat kejam.Andrey...tolong lah balas SMS saya...
Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada SMS yg masuk.
Sayang..saya minta maaf terpaksa buat begini terhadap awak-dari Andrey
Tangis Lucya semakin kuat sambil dia mmbalas SMS Andrey.
Andrey! maafkan saya..jangan tinggalkn saya begini.saya amat terseksa,saya menangis Andrey..-balas Lucya.
Tidak Lucya..awak jangan menangis,saya tak akan tinggalkan awak..-SMS Andrey itu agak mnyenangkan hati Lucya.
Dan seterusnya mereka berSMS hingga tertidur.Tentulah Andrey yg tertidur dahulu,seperti biasa.
Seminar Matematik. . .
Hotel St Petersburg Marriott Clearwater. . .
Lucya berlari-lari menaiki anak tangga lalu masuk ke dewan seminar.
"Mana Andrey ni...",bebola matanya melilau ke kiri dan kanan mencari kelibat buah hatinya yg berbadan agak berisi itu.
Dia nampak tangan seseorang melambai ke arahnya.Itu dia buah hatinya yg berisi tapi tegap sekali.Dia menuju ke arah Andrey dgn agak malu kerana tiba lewat.
"Lewat ! kenapa lambat sangat ni hah?",soal Andrey seperti mesin penembak bola tenis.
"Amboii..berleter mcm nenek kebayan..jalan sesak laa..",Lucya mmberi alasan.
"Nenek kebayan lak dia kata kat kita.."
Ekaterina,Sazzy Akphatov dan Alexandra yg duduk di hadapan mereka menoleh serentak.
Lucya dgn mesra dan geram mencubit tangan Andrey.
"Ehem..ehem...",Ekaterina berdehem mnyebabkan Alexandra dan Sazzy ketawa.
Lucya dan Andrey mnjadi malu.
Seminar berjalan seperti biasa.Segalanya mnjadi agak mnggembirakan disamping Andrey yg tidak tahu duduk diam.Ada-ada saja yg hendak dikacaunya.Pen diambil lalu dia mncucuk tangan Lucya,kertas Lucya diambilnya dgn muka dengki,dia merenung Lucya dgn senyuman nakal dan macam2 lagi.Gula-gula Mentos berperisa anggur dikunyahnya sepanjang seminar itu berlangsung.Kadang2 dia saja menghembuskan nafas berbau anggurnya ke arah Lucya dgn niat mngusik.
"Budak ni nk je aku ambil gula-gula tu masukkan semua dalam mulut dia..",desis Lucya geram kerana bau anggur itu terlalu kuat.Andrey mmg nakal.Dia tahu Lucya agak geram dgn usikannya tetapi dia hnya menayangkan senyum lebar...yg menambahkan lagi geram Lucya.
Walaupun muka geram yg ditayangkan kepada buah hatinya itu,tetapi dalam hati dia amat gembira ketika itu.Berada dekat dgn org yg dicintai mmbuatkn dia berasa amat bahagia.Ingin sahaja wajah Andrey ditatapnya lama-lama tetapi budak lelaki itu lebih mnumpukan perhatian kepada benda yg berada di dalam mulutnya berbanding Lucya.Sesekali dia akan merenung Lucya dan kemudian mengelipkan matanya,mngusik.
Waktu rehat Andrey tidak mmbenarkan Lucya mengikutnya.Lucya amat kecewa terpaksa berjauhan sebentar dgn Andrey.Dia menumpang kereta ibu Liliya kerumahnya utk makan malam.
Awak malu ke nk mngaku saya ni girlfriend awak?-SMS Lucya.
Apa awak mngarut ni Lucya?-SMS Andrey kembali.
Saya tahu saya tak cantik..awak mungkin malu hendak berjalan dgn saya bukan?-Lucya menekan butang SEND dgn hati yg sedih.
Awak..jgn ckap mcm tu sayang..kn hujan tadi,saya tak mahu awak terkena hujan..-Andrey mmberi alasannya.
Sudahlah..hujan rintik aje pn..mcmlah saya akan jatuh sakit..-Lucya mnganggap Andrey malu kerana dia tidak cantik.
* * *
"Terima kasih mak cik..kami makan sedap,tumpang cuci2 muka semua tadi..",ucap Lucya kepada ibu Liliya sebelum keluar dari kereta.
Kaki berkasut sport Lucya melangkah masuk ke lobi hotel.Ramai pelajar2 yg bersidai di birai tangga ke pintu masuk dewan seminar yg masih belum dibuka.Mata Lucya melilau mencari kelibat Andrey yg memakai kemeja hitam.
"Tu dia..aku nampak dari tadi..kau ni girlfriend dia tapi tak nampak boyfriend sendiri..",perli Larisa.
Lucya mencebik sebelum berjalan ke arah Andrey.Andrey pula mmberi alasan mahu ke tandas.Tetapi dia tidak pergi pun akhirnya.Jangan2 dia nk SMS Alyona.Lucya mmbuang tanggapan negatif itu sebelum masuk ke dewan.Seminar bersambung kembali dengan
adegan merajuk,marah,usikan lagi yg berlaku.
"Bye sayang..",Lucya melambai Andrey yg pulang dgn mmbonceng motosikal rakannya.
Lucya amat risaukan kesihatan Andrey yg boleh terjejas dalam cuaca yg tiba-tiba hujan pula.
Andrey menghidap pnyakit lelah ataupun asthma.Cuaca hujan dan tubuh Andrey akan terdedah pada angin sejuk yg bertiup ke dadanya,silap2 boleh mngakibatkan serangan.Dia yg pulang dijemput ayah dan mamanya berdebar-debar tidak sabar utk mnghubungi Andrey sesampainya di rumah nnti.Kereta yg dipandu ayahnya melalui jalan bersebelahan stesen minyak ketika telefon bimbitnya vibrate.
"My Love CALLING"-tulisan yg terpampang beserta gambar Andrey yg sedang mnyengih di skrin telefonnya.
Dia tidak sampai hati mmbiar panggilan Andrey tidak berjawab walaupun berisiko tinggi disoal ayah dan mama.
"Dah sampai belum tu?",tanya Andrey.
"Belum laa..nnti saya SMS.dah nk dekat sampai ni..."
Panggilan ditamatkan.
"Siapa yg call tadi?dgar suara macam lelaki ja..",soalan ayah mndebarkan hati Lucya.
"Larisa..."
* * *
Cintailah org yg cintakan kita,jgn tinggalkan dia utk org yg kita sayang kerana org yg kita sayang itu akan tinggalkan kita utk org yg dia cintai-itulah SMS dari Andrey yg berjaya meyakinkan Lucya kepadanya kembali.
Saya cintakan awak sayang...
Saya pun cintakan awak Lucya...
Mereka berdua semakin rapat semula tetapi harus diakui yg tetap ada keraguan lagi di hati Lucya.Sikap Andrey masih seperti biasa-lewat mmbalas SMS.Jadi Lucya akan sering menuduh Andrey,lalu keraplah terjadi pergaduhan antara mereka.Bukannya Lucya sengaja tetapi jika kecurangan pernah terjadi,hati yg dilukai akan jadi amat sensitif.
Minggu peperiksaan besar mereka bermula.Lucya dan Andrey masing-masing sibuk dgn peperiksaan.Ada hari yg Andrey tiada kertas,ada yg Lucya tiada kertas.Subjek yg diambil Andrey tamat lebih lewat 6 hari dari Lucya walaupun dia hanya mngambil 9 subjek berbanding Lucya yg mngambil 10 subjek.Hubungan Andrey dan Lucya ketika itu berada dalam keadaan yg amat baik.Cinta Lucya buat Andrey semakin kuat.
Esok kita ke perpustakaan awam nak?-Andrey mmberi cadangan.
NAK ! Rindu kat sayang tau...-balas Lucya,manja.
Pakai baju coklat tu tau...yg blouse tu..saya suka awak pakai baju tu..baru laa nampak mcm isteri saya..-Andrey berseloroh.
Mengada-ngada tau dia ni..baiklah sayang..tak sabar nk jumpa tau esok..-balas Lucya sambil terus mmbuka almarinya.
Keesokannya . . .
Lucya menaiki tangga menuju ke tingkat 2 perpustakaan dgn hati yg berdebar2 bercampur rindu.
Andrey berada di situ memakai baju berwarna hitam berbelang putih halus iaitu baju yg Lucya paling suka Andrey memakainya.Hari itu amat indah.Menemani Andrey yg masih perlu menduduki peperiksaan bagi subjek Geografi kertas 1 dan kertas 2 sesuatu yg dia lakukan dgn ikhlas.Andrey selalu main-main dan mngusik Lucya mmbuatkn dia selalu dicubit Lucya.Geram dicubit,dia mncubit kembali.Mereka berdua bergurau senda dgn manja dan menikmati makan tengahari bersama-sama di gerai yg dahulunya dikunjungi bersama Alla dan Boris.Berehat dari mengulangkaji Lucya dan Andrey berjalan-jalan di taman rekreasi bersebelahan dgn perpustakaan awam.Andrey memang selalu berjalan mendahului meninggalkan Lucya keseoranganberjalan di belakangnya.
Walaupun Lucya mmg terluka dan terasa hati dgn cara Andrey itu,dia bertekad utk mnjadikan hari itu hari yg terindah buat mereka berdua.Hanya mereka berdua hari itu,bersama ke mana-mana mnjadikan Lucya amat bahagia.Dia tidak mahu hari itu berakhir.
Dia pulang ke rumah dgn hati yg berbunga-bunga walaupun dia sebenarnya mahu bersama Andrey dan tidak mahu hari indah itu berakhir.
Senja itu,SMS dari Andrey yg masuk betul-betul memusnahkan hari yg gembira itu.
Sayang,saya nk tanya ni..awak ada SMS Kak Alyona ke?
bersambung di Episode 9. . .
Hotel Park Inn Pulkovskaya,St Petersburg. . .
Lucya keluar dari perut kereta lalu berjalan ke pintu masuk hotel sambil mnggalas begnya.Dia menegur beberapa rakan sekolahnya dan rakan tusyennya sebelum berlari naik tangga menuju ke pintu masuk ke dewan seminar.Pintu masuk itu sesungguhnya dipenuhi pelajar yg berasak2.
"Macam apa lagi diorang nih..",Lucya mnggeram.
"Hey Lucya !!"
Beberapa org kawan sekolahnya memanggil untuk sama2 beratur di hadapan pintu masuk.
"Apa yg kita kena buat depan nih? Pintu ni terbuka pastu kita masuk mcm pelarian nk lepas pemeriksaan askar Israel?",Lucya agak menyampah dgn kehadiran haba yg berlaga-laga dgn tubuhnya.
"Habis tu,time ni laa nk lepas geram..tolak je org lain kuat2 hahahahaha",gurau rakannya."Banyak lg idea utk lepas geram berbanding tolak org2 yg kita tak kenal..",jawab Lucya.
"Betul ke apa yg kau beritahu aku semalam? pasal Andrey...",soal Liliya dgn dahi berkerut.
"Aku penah tipu kau ke?",tnya Lucya agak geram.
"Tak lah..tapi kau cerita laa bg detail sikit dekat aku..",desak Liliya.
"Ni seminar weh..bukan sesi buka cerita.."
"Aku tau laa kau tgah sedih kecewa..cerita laa kat aku.."

Subscribe to:
Posts (Atom)