Wednesday, June 6, 2012

Close - Part 3

sambungan dari Part 2  ...
klik SINI utk PART 2 .

 Selama 3 hari ibu mertua dan adik iparnya berada di rumah , Aysha sering sahaja disakiti. Macam-macam cacian diterimanya. Namun dia hanya bersabar kerana mereka sahajalah keluarga yang dia ada. Aysha adalah anak angkat kepada sebuah keluarga jadi dia tidak pernah kenal ibu bapa kandungnya. Dan ibu bapa angkatnya meninggal ketika dia berusia 19 tahun. 


" Jemput makan mama, Mira .. abang Syazwan balik lewat sikit..ada mesyuarat kan tadi dia beritahu mama? .. " , kata Aysha sambil menghidangkan lauk. Ibu mertuanya hanya melihat ke arah meja makan dengan muka angkuh.


" Aku nak tunggu anak aku balik dulu baru aku nak makan..."


" Tapi mama, abang Syazwan balik lewat..nanti mama lapar..makanlah dulu mama..Sha dah simpankan lauk untuk abang Syazwan bila dia balik nanti..Sha masak banyak malam ni mama..jemputlah, nasi masih panas lagi ni ma.." , Aysha berkata dengan nada lembut.


" Kau tak faham ke aku kata nak tunggu anak aku ?! susahlah cakap dengan orang yang tak faham bahasa ni ! ", jerkah Puan Maimon. Adik iparnya Amirah hanya tersengih sinis sambil berjalan ke arah meja makan.


" Uihh mama ! Dia masak sedap lah malam ni mama ! ", Amirah seronok sambil mengacau kuah gulai yg masih panas.


Aysha tersenyum .
" Amirah nak makan ? kakak ambilkan gelas dan air ya..kejap.. ", Aysha berlalu ke dapur.


Amirah mengacau kuah gulai dengan senyuman jahat ke arah ibunya yg mengangguk-angguk. Serentak dengan itu bunyi kereta masuk ke garaj kedengaran. Aysha menuju ke meja sambil menatang dulang berisi air oren ais dengan gelas. Pintu depan dibuka dan Amirah dengan sengaja menumpahkan kuah gulai yg panas ke lantai dan terkena sikit pada kakinya dan kaki Aysha. Amirah menjerit dengan kuat. Aysha mengaduh dan dia terlepas jag air oren ais yang akhirnya terbalik di atas meja dan membasahi kain pelapik meja makan.


" Aduh sakitnyaa !! Mama !! ", Amirah berpura-pura menjerit.
Syazwan yang baru masuk ke rumah terus meluru ke meja makan. Puan Maimon memeriksa kaki anaknya dan terus mengadu pada Syazwan.


" Wan , tengok isteri Wan ni ! dia tumpahkan kuah gulai panas pada kaki adik ! tengok ni ! nak melecur ni ! ", Puan Maimon berkata dengan suara yang kuat sementara Aysha kelam kabut mengelap kaki Amirah yg terkena kuah gulai dengan sehelai kain.
Syazwan memandang Aysha dengan mata yang bersinar marah.


" Mama lapar tahu tak Wan ?! Isteri Wan ni tak bagi mama makan petang tadi ! Dia tak masak ! Ini pun lambat sangat masak ! Mak nak kena gastrik tadi tahu tak Wan ?! sedih hati mama macam ni datang rumah anak lelaki sulung tapi macam ni mama dilayan ! Sekarang kaki adik Wan pula hampir melecur ! ", Puan Maimon berpura-pura mengelap mata yang langsung tidak berair.


" Kakak minta maaf Mira , kakak ambilkan tuala sejuk ya bagi hilang rasa bisa panas tu.. " , Aysha masih lagi mengelap kaki adik iparnya yang berpura-pura menangis kesakitan. Amirah dengan jahatnya menendang muka kakak iparnya yang sedang tunduk mengelap kakinya dengan kuat hingga Aysha jatuh terjelepok ke lantai.


" Tak payah ! Sakit kaki Mira ni tambah dengan sakit hati lagi ! " , Mira berlalu ke ruang depan, diikuti Puan Maimon yg memapahnya. Senyuman jahat terukir di wajah mereka berdua.


Syazwan berdiri bercekak pinggang di hadapan Aysha yang bangun dan mula mengelap meja yang basah dengan kelam kabut.


" Abang, Sha masak abang..Sha pergi dapur tadi dan bila Sha datang, gulai tu dah tumpah..mama tak makan lagi sebab dia nak tunggu abang...abang ada mesyuarat hari ni kan..sebab tu mama tunggu abang..Sha dah ajak mama makan tadi abang..tapi dia tak mahu..." , jelas Aysha yang mulai menggeletar apabila wajah Syazwan mula merah akibat marah.


Syazwan menampar kepala Aysha dengan kuat.


" Bila aku ada mesyuarat ? Ada aku cakap ke aku ada mesyuarat hari ini ? "


" Tapi mama cakap pada Sha ...", belum sempat dia menghabiskan ayatnya, satu lagi hayunan tangan Syazwan mengenai kepalanya sehingga dia jatuh terduduk di kerusi meja makan.


" Abang...Sha...", satu lagi hayunan mengenai kepalanya. Aysha tunduk sambil memegang bahagian kepalanya yang dipukul Syazwan dengan airmata berjuraian. Tiada peluang langsung untuk dia menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.


" Bangun sekarang dan masuk bilik..aku taknak tengok muka kau...aku balik penat-penat ini yang kau buat kat aku...sekarang aku nak bawa mama dan adik aku makan kat luar...kau masuk bilik..sekarang.." , Syazwan memberitahu dengan nada mengugut.


Aysha mendongak dan menatap mata suaminya dengan matanya yang berair.


" Abang...Sha tak ... ", ayatnya tergantung apabila Syazwan menendang kerusi dapur dengan kuat hingga terbalik. 


Aysha menggeletar dan terus jalan perlahan-lahan masuk ke biliknya di mana dia tidur berseorangan dengan bayinya. Apabila dia masuk , dia dengar suara riang adik ipar dan ibunya yang menuju ke kereta yang sudah dihidupkan oleh Syazwan. Aysha duduk di katil dan meneliti tangannya yang terdapat kesan terkena gulai panas. Air matanya mengalir tidak berhenti-henti menuruni pipinya yang gebu. Dia merenung bayinya yang sedang nyenyak tidur di atas katil dan dihadang dengan beberapa biji bantal. Comel benar anaknya...ada iras-iras suaminya. Aysha mengurut2 dahinya kerana tiba-tiba terasa pening yang amat dahsyat sekali. Dia menuju ke bilik air kerana tidak tahan lagi. Dia termuntah akibat pening yang amat dahsyat. Setelah memuntahkan separuh dari isi perutnya Aysha dengan lemah berjalan menuju ke meja makan dan dengan sisa tenaga yang ada dia mengemas meja makan. Dia hanya makan sekeping roti dan mengambil 2 pil penahan sakit selepas itu sebelum masuk tidur.


bersambung di PART 4 ...





Monday, June 4, 2012

Close - Part 2

sambungan dari Part 1 ..
klik SINI untuk PART 1 .


Aysha tidak pernah bercerita hal rumahtangganya pada sesiapa pun. Kesedihannya hanya ditanggung sendiri.Perkara ini berlanjutan. Aysha masih meneruskan semua tanggungjawabnya sebagai isteri kepada Syazwan seperti biasa. Tetap menyediakan sarapan walau tidak disentuh , tetap menghulurkan tangan untuk bersalam , tetap setia menanti Syazwan pulang ke rumah setiap malam ..


Aysha masuk ke bilik tidur. Dia menguraikan sanggul dan rambutnya yang hitam tebal terurai...panjang hingga ke pinggangnya. Dia menyikat rambutnya sambil tersenyum memandang suaminya yg sedang membaca suratkhabar di atas katil dari pantulan cermin meja solek. Dia lalu duduk di sebelah suaminya dan memulakan bicara. Bayi perempuannya sedang tidur di dalam crib baby di sebelah katil mereka.


"Abang, macamana hari ni di pejabat ? Sha harap semuanya baik-baik aje..", katanya sambil memandang rambut hitam suaminya.


Syazwan hanya diam.Aysha perlahan-lahan membelai rambut hadapan suaminya dengan penuh kasih. Jauh di lubuk hatinya, dia amat merindukan belaian suaminya. Syazwan masih diam. Aysha melentokkan kepalanya dengan manja ke bahu Syazwan dan memeluk lengan suaminya. Syazwan tiba-tiba melempar suratkhabar yang dibacanya ke lantai. Dia menolak tubuh isterinya dengan kuat sehingga Aysha jatuh dari katil ke lantai. Syazwan menarik tubuh Aysha ke arah pintu dengan cara mengheret. Aysha menangis kesakitan dan cuba menghalang perbuatan suaminya.


" KELUAR !! KAU TIDUR DI BILIK SEBELAH !! AKU TAK NAK KAU MASUK BILIK NI FAHAM ?! " , jerkahannya yang kuat menyebabkan bayinya yang baru tidur terjaga dan menangis.


Syazwan menarik baby crib dengan kasar dan meletakkan katil bayi itu di bilik sebelah. Aysha yang wajahnya basah dengan airmata mendukung dan memujuk bayinya supaya berhenti menangis. Syazwan masuk dan menghempas pintu bilik dengan kuat sekali.


Dia menutup lampu bilik tetamu yang telah menjadi bilik barunya lalu berbaring di atas katil selepas bayinya kembali tidur. Dia menangis perlahan-lahan melepaskan kesedihan yang terbuku di hati. Apa yang sebenarnya berlaku pada suaminya ? Mungkin dia patut menyiasat kenapa sampai begitu sekali perubahan suaminya.


*                                                                          *                                                                  *


Keesokannya Aysha ke pejabat seperti biasa. Dia menelan 2 biji panadol selepas bersarapan. Dia tidak tahu kenapa sejak sebulan lepas kepalanya asyik sakit dan pening dengan dahsyat sekali.


" Jangan- jangan kau .... ", kawannya sepejabatnya , Shakira mula memikirkan sesuatu.


" Jangan nak mengarut..bayi aku baru 9 bulan lah  ..." , Aysha menerangkan kerana dapat mengagak apa yang Shakira hendak katakan kepadanya. Lagipun , mana mungkin pun sebab Syazwan sudah 3 bulan tidak menyentuhnya. Syazwan hanya menyentuhnya untuk memukul.


" Mana laa nak tahu..kot-kot lahh..hehe " , sampuk Ashraf pula sambil menaip laporan di meja sebelahnya.


Setibanya Aysha di rumah, ada 2 tetamu sedang duduk di wakaf kayu utk berehat di luar rumahnya. Ibu mertua dan adik iparnya sedang duduk disitu. Aysha cepat-cepat membuka pagar automatik rumahnya dan keluar utk bersalam dengan mereka setelah selesai meletakkan kereta.


" Assalamualaikum mama , Mira .. kenapa tak telefon beritahu nak datang ? Maaf sangat-sangat Sha lambat balik , ada banyak kerja tadi..lepas tu pergi ambil Adrine pula... ", terang Aysha sambil mendukung Adrine.


Ibu mertuanya mengambil Adrine untuk didukung. Dijelingnya Aysha sambil mukanya masam mencuka.


" Hummh tak paa , dah tahu dah kau tu memang macam tu..sibuk sangatlah katakan..dah tu tak reti nk jemput aku masuk dalam ke ? " , perlinya pedas.


Aysha mengambil beg ibu mertuanya dan mengiringi ibu dan adik iparnya ke dalam.


Malam itu Syazwan pulang dan membawa mereka makan di luar. Syazwan tidak mempedulikan Aysha yang masih tidak makan kerana sibuk menjaga bayi. Kalau tidak , dulu Syazwan akan mengambil giliran mendukung bayi supaya Aysha boleh makan. Tetapi tidak kali ini. Sedihnya hati Aysha ketika itu.
" Ha, baguslah tu .. rezeki dibiar depan mata sampai sejuk tak makan-makan jugak..bagus perangai isteri abang kamu ni kan Mira ? ..", perli ibu mertuanya.
Adik iparnya Amirah hanya tersengih jahat sambil menjeling Aysha dengan rasa meluat.




bersambung di Part 3 ..
don't forget to click LIKE :)