Tuesday, May 29, 2012

Close - Part 1

HELLO EVERYONE , kegilaan menulis dah kembali di cuti sem nih ! so this is my new entry on a story titled Close- Part 1 .. 100% rekaan semata-mata dan ORIGINALLY by me of course.


nih, nk habaq mai laa noh, ceghita nih ghekaan jaa takdak kena mengena dengan hat hidop ngan hat mati..kalau dah nama hangpa sama ka apa ka tu kebetolan jaa..cek gheka ja nama-nama dalam ceghita nih.. haghap maklom nah.. ( sapa xpaham loghat utagha tu hmm buat2 ja paham ) muahahaha :B


okay u olss can enjoy the story and jangan lupa klik LIKE di bawah skali okay... XOXO ;)










..........................................
PRANGGG !!!


" Berapa kali aku nak bgtau jangan sibuk hal aku ?!! ", jerkah Syazwan selepas 1 pasu bunga melayang ke dinding.


Isterinya Aysha  hanya diam di penjuru bilik sambil menekup muka menahan tangis. Terketar-ketar badannya akibat terkejut dek perbuatan suaminya itu.


" Abang, Aysha cuma bertanya...Aysha risaukan abang bila abang balik lewat..tu je abang.." , terang Aysha sambil tersedu-sedu.


Syazwan Hakimi melonggarkan tali lehernya dengan muka bengis, lalu terus masuk ke bilik air untuk mandi.
Aysha bangun , mengelap air matanya lalu terus ke dapur untuk menyediakan minuman panas buat suaminya.
Bila dia kembali ke bilik tidur, suaminya telah siap berpakaian tidur dan sedang menyikat rambut.


" Abang, minum sikit milo panas ni.. ".
Namun , Syazwan hanya memekakkan telinga lalu berbaring dan menarik selimut. Aysha menahan sedih seraya meletakkan milo panas itu di meja tepi katil sebelum menutup lampu bilik.




Keesokan paginya, seperti biasa suaminya tidak menyentuh sarapan yang disediakan. Aysha mendukung bayi perempuannya yang berusia 8 bulan ke muka pintu untuk menghantar suaminya ke tempat kerja. Syazwan sedang duduk di bangku sambil memakai kasutnya. 


" Baby..tengok papa dah nak pegi kerja..segak kan papa pagi ni..? " , ujar Aysha kepada anak mereka.


Syazwan hanya diam sambil membetulkan kemejanya. Aysha menghulurkan tangannya seperti biasa untuk salam dan mencium tangan suaminya tetapi seperti biasa juga Syazwan menepis tangannya lalu terus masuk ke kereta dan berlalu. Aysha tidak pernah terfikir untuk berhenti menghulurkan tangan untuk bersalam dengan suaminya walaupun dia tahu Syazwan akan menepis tangannya dengan kuat.


Selepas itu, Aysha pula memandu ke nursery untuk menghantar bayi perempuannya sebelum pergi ke tempat kerjanya. Dia bekerja sebagai setiausaha kepada Dato Hashim Yunus , pengarah syarikat perkapalan terkemuka di Barat Semenanjung Malaysia, manakala suaminya Syazwan adalah pengarah syarikat landskaping warisan keluarga.  Fikirannya melayang kepada suaminya ketika dia memandu ke tempat kerjanya.


Keadaan yang dingin itu berlaku sejak 2 bulan yang lalu. Aysha tidak tahu apa salahnya kerana Syazwan tiba-tiba sahaja berubah. Sejak 2 bulan lepas jugalah Syazwan tidak melayannya dengan baik malah pernah juga memukulnya. Air matanya mengalir di pipi lalu disekanya. Kawannya pernah memberitahu yang dia pernah ternampak Syazwan bersama seorang perempuan lain sedang makan tengahari berdua restoran sebuah hotel tetapi Aysha menidakkan kerana dia amat percaya pada suaminya. Namun dia tidak boleh berbohong kepada dirinya bila baju suaminya berbau perfume wanita.


Aysha selesai meletakkan kereta dan menarik handbrake. Lengan bajunya terselak dak menampakkan kesan lecur di bawah pergelangan tangan kiri. Pernah sekali Syazwan mencurah air teh panas ke tangan Aysha kerana marah air itu terlalu panas walaupun Aysha sudah memberitahu air itu panas. Sakitnya kulit yang melecur ditambah dengan sedihnya hati diperlakukan seperti itu oleh suami yang amat dicintainya tidak terkata. Apa yang Aysha boleh lakukan hanya menangis dalam diam dan tetap kuat.


*                                                                        *                                                                 *




Bayi perempuannya diletakkan di atas sofa sementara dia pergi membancuh susu. Syazwan keluar dari bilik untuk menonton berita. Dia duduk di sebelah bayinya yg baring menelentang sambil tangan menggapai-gapai.
Bayi itu nampak papanya dan ingin didukung namun Syazwan hanya melihat sekejap dan kembali fokus ke kaca televisyen. Bayi perempuan itu menangis apabila tidak dipedulikan papanya.Dia menangis dengan kuat dan mengganggu fokus Syazwan yang sedang menonton berita.


" Hei ! Sini kau ! ni baby menangis kau pekak ke?! " , jerkah Syazwan.


Aysha terdengar jerkahan Syazwan dan tangisan bayinya lalu cepat2 ke depan semula. Syazwan yang hilang sabar bangun dari sofa. Aysha ditariknya lalu ditolak ke lantai sehingga terduduk. Syazwan menggenggam rambut Aysha dan menariknya ke belakang supaya Aysha menghadap mukanya.


" Kau jaga anak pon tak reti ke ?! Memekak tahu ?! Aku nak tengok berita pon tak boleh !! "


Aysha cuba menarik tangan suaminya yg kuat menggenggam rambutnya sambil menangis kesakitan dan ketakutan.


" Abang , sakit abang..jangan..maafkan Sha .. Sha buatkan susu untuk Adrine tadi abang..maafkan Sha.. ", rayu Aysha.


" Sial semua yang dalam rumah ni ! Menyusahkan aku je !! Aku nak buat apa pon tak boleh !! ", jerkah Syazwan lalu dia melepaskan rambut Aysha dengan kasar.


Tangisan bayi perempuan mereka semakin kuat kerana terdengar jerkahan suara yang kuat. Aysha cepat-cepat mengelap air matanya lalu bangun dan mendukung bayinya. Dia menepuk-nepuk lembut belakang bayinya. Syazwan masuk ke bilik dan menghempas kuat daun pintu. Aysha yang matanya masih bergenang dengan air mata berusaha memujuk bayinya.


" Anak mama..jangan nangis..papa sayang baby..papa penat je tadi tu..dah ...anak mama baik dan comel, dia tak nangis lama-lama..nak susu yee..jom minum susu..mama dah siap bancuh tu..aloloo sayang mama tuu.."


Adrine senyap bila diberi susu botol. Aysha mengusap rambut nipis bayinya sambil mngelap air mata yang tak henti-henti mengalir di pipi.


Abang , kenapa abang bersikap begini kepada Sha dan bayi kita .... ?




bersambung di Part 2 ..

No comments:

Post a Comment