Monday, June 4, 2012

Close - Part 2

sambungan dari Part 1 ..
klik SINI untuk PART 1 .


Aysha tidak pernah bercerita hal rumahtangganya pada sesiapa pun. Kesedihannya hanya ditanggung sendiri.Perkara ini berlanjutan. Aysha masih meneruskan semua tanggungjawabnya sebagai isteri kepada Syazwan seperti biasa. Tetap menyediakan sarapan walau tidak disentuh , tetap menghulurkan tangan untuk bersalam , tetap setia menanti Syazwan pulang ke rumah setiap malam ..


Aysha masuk ke bilik tidur. Dia menguraikan sanggul dan rambutnya yang hitam tebal terurai...panjang hingga ke pinggangnya. Dia menyikat rambutnya sambil tersenyum memandang suaminya yg sedang membaca suratkhabar di atas katil dari pantulan cermin meja solek. Dia lalu duduk di sebelah suaminya dan memulakan bicara. Bayi perempuannya sedang tidur di dalam crib baby di sebelah katil mereka.


"Abang, macamana hari ni di pejabat ? Sha harap semuanya baik-baik aje..", katanya sambil memandang rambut hitam suaminya.


Syazwan hanya diam.Aysha perlahan-lahan membelai rambut hadapan suaminya dengan penuh kasih. Jauh di lubuk hatinya, dia amat merindukan belaian suaminya. Syazwan masih diam. Aysha melentokkan kepalanya dengan manja ke bahu Syazwan dan memeluk lengan suaminya. Syazwan tiba-tiba melempar suratkhabar yang dibacanya ke lantai. Dia menolak tubuh isterinya dengan kuat sehingga Aysha jatuh dari katil ke lantai. Syazwan menarik tubuh Aysha ke arah pintu dengan cara mengheret. Aysha menangis kesakitan dan cuba menghalang perbuatan suaminya.


" KELUAR !! KAU TIDUR DI BILIK SEBELAH !! AKU TAK NAK KAU MASUK BILIK NI FAHAM ?! " , jerkahannya yang kuat menyebabkan bayinya yang baru tidur terjaga dan menangis.


Syazwan menarik baby crib dengan kasar dan meletakkan katil bayi itu di bilik sebelah. Aysha yang wajahnya basah dengan airmata mendukung dan memujuk bayinya supaya berhenti menangis. Syazwan masuk dan menghempas pintu bilik dengan kuat sekali.


Dia menutup lampu bilik tetamu yang telah menjadi bilik barunya lalu berbaring di atas katil selepas bayinya kembali tidur. Dia menangis perlahan-lahan melepaskan kesedihan yang terbuku di hati. Apa yang sebenarnya berlaku pada suaminya ? Mungkin dia patut menyiasat kenapa sampai begitu sekali perubahan suaminya.


*                                                                          *                                                                  *


Keesokannya Aysha ke pejabat seperti biasa. Dia menelan 2 biji panadol selepas bersarapan. Dia tidak tahu kenapa sejak sebulan lepas kepalanya asyik sakit dan pening dengan dahsyat sekali.


" Jangan- jangan kau .... ", kawannya sepejabatnya , Shakira mula memikirkan sesuatu.


" Jangan nak mengarut..bayi aku baru 9 bulan lah  ..." , Aysha menerangkan kerana dapat mengagak apa yang Shakira hendak katakan kepadanya. Lagipun , mana mungkin pun sebab Syazwan sudah 3 bulan tidak menyentuhnya. Syazwan hanya menyentuhnya untuk memukul.


" Mana laa nak tahu..kot-kot lahh..hehe " , sampuk Ashraf pula sambil menaip laporan di meja sebelahnya.


Setibanya Aysha di rumah, ada 2 tetamu sedang duduk di wakaf kayu utk berehat di luar rumahnya. Ibu mertua dan adik iparnya sedang duduk disitu. Aysha cepat-cepat membuka pagar automatik rumahnya dan keluar utk bersalam dengan mereka setelah selesai meletakkan kereta.


" Assalamualaikum mama , Mira .. kenapa tak telefon beritahu nak datang ? Maaf sangat-sangat Sha lambat balik , ada banyak kerja tadi..lepas tu pergi ambil Adrine pula... ", terang Aysha sambil mendukung Adrine.


Ibu mertuanya mengambil Adrine untuk didukung. Dijelingnya Aysha sambil mukanya masam mencuka.


" Hummh tak paa , dah tahu dah kau tu memang macam tu..sibuk sangatlah katakan..dah tu tak reti nk jemput aku masuk dalam ke ? " , perlinya pedas.


Aysha mengambil beg ibu mertuanya dan mengiringi ibu dan adik iparnya ke dalam.


Malam itu Syazwan pulang dan membawa mereka makan di luar. Syazwan tidak mempedulikan Aysha yang masih tidak makan kerana sibuk menjaga bayi. Kalau tidak , dulu Syazwan akan mengambil giliran mendukung bayi supaya Aysha boleh makan. Tetapi tidak kali ini. Sedihnya hati Aysha ketika itu.
" Ha, baguslah tu .. rezeki dibiar depan mata sampai sejuk tak makan-makan jugak..bagus perangai isteri abang kamu ni kan Mira ? ..", perli ibu mertuanya.
Adik iparnya Amirah hanya tersengih jahat sambil menjeling Aysha dengan rasa meluat.




bersambung di Part 3 ..
don't forget to click LIKE :)

No comments:

Post a Comment