Saturday, June 16, 2012

Close - Part 7

sambungan dari Part 6
klik SINI untuk Part 6

Aysha bangun sambil mendukung Adrine. Dia meletakkan Adrine di atas sofa dan bergegas ke hadapan. Syazwan masuk bagaikan ribut. Dia masuk ke bilik tanpa memandang siapa-siapa dan mengeluarkan sebuah beg pakaian kosong sebelum memunggah almari pakaian. Aysha masuk ke bilik dengan takut-takut. Syazwan sedang memunggahkan pakaiannya dari almari masuk ke beg pakaian tersebut.

" Abang.mana abang pergi nak dekat 3 hari.abang dah makan ? apa abang buat nie ?abang nak pergi mana ?" , Aysha cemas  melihat perbuatan suaminya. Syazwan hanya diam. Setelah dia berjaya memasukkan sejumlah pakaian ke dalam beg tersebut dia pun keluar dari bilik dan meletakkan beg tersebut di ruang tengah. Bayi perempuannya Adrine tersenyum apabila ternampak papanya. Dia sengih dan ketawa dan tidak disangka-sangka dia menyebut " PA ". Syazwan tersentak dan melihat ke arah bayinya yang menghulurkan tangan minta didukung. 

" Abang, abang nak pergi mana bang ? Jangan lah tinggalkan Sha lagi... " , Aysha berkata dengan suara sedih.

" Sini kau . " , Syazwan menarik tangan Aysha ke meja dan mengeluarkan sekeping kertas.

" Aku nak kau sain kat sini, aku nak kawin dengan Dayana "

Betapa hancurnya hati Aysha apabila mendengar kata-kata Syazwan itu. Syazwan hendak menduakannya ?
Air mata mula bertakung saat Syazwan meletakkan pen berdakwat hitam ke dalam genggamannya.

" Abang, abang nak menduakan Sha ke .. abang, jangan abang..Sha merayu..jangan buat begini pada Sha..abang sayangkan Sha kan ? jangan tinggalkan Sha..Sha sayang abang..tolonglah abang..jangan..." , Aysha merayu dengan air mata yang bergenang.

Syazwan mula naik angin. Dia memegang tangan Aysha dengan kuat dan memaksanya menandatangani surat itu. Aysha cuba menarik tangannya dan tidak mahu menandatangani surat itu. Dia mula menangis kesedihan dan penuh rasa pilu di dada. 

" SAIN CEPAT !KAU TAK FAHAM KE ?!! AKU CAKAP SAIN !!! ", Syazwan yang hilang sabar menolak Aysha jatuh ke lantai. Dia membuka tali pinggangnya lalu memukul Aysha sekuat hatinya. Aysha menangis merayu-rayu agar dia berhenti memukul.

" Abang..jangan buat Sha begini abang...sakit bang..abang...Sha sayang abang ..Sha cintakan abang ...Abang suami Sha..janganlah buat begini pada Sha abang..Sha merayu bang....tolonglah abang...jangan bang..sakit bang..sakittt ..." Aysha merayu sambil memegang kaki seluar Syazwan.

Adrine mula menangis kerana terkejut mendengar suara jerkahan. Tetapi Syazwan sedikitpun tidak berasa simpati pada isterinya. Dia yang bagaikan sudah dirasuk menendang isterinya dengan kuat. Aysha mengaduh kesakitan sambil memegang perutnya yang ditendang kuat. Sakitnya tidak dapat dijelaskan. Tendangan seorang suami yang pernah membelainya dahulu.

" KAU MEMANG TAK SEDAR DIRI KAN ?! HEI KALAU AKU TAK KUTIP KAU JADI ISTERI AKU , MANA KAU NAK PERGI ?! MEMANG KETURUNAN KAU BUKAN KETURUNAN BAIK TAK HERANLAH AKU BENCI PADA KAU ! " 

Setiap kata-kata yang dihamburkan Syazwan itu bagaikan menghiris-hiris hati Aysha. Tak sangka perkataan sedemikian keluar dari mulut suaminya yang amat disayanginya. Aysha menangis mendayu-dayu. Syazwan memukul lagi dengan sekuat hatinya. Dia melibas tali pinggangnya sekuat hati ke tubuh Aysha. Aysha menarik-narik kaki seluar Syazwan sambil merayu dan menangis.

" Abang, jangan buat Sha begini abang..Sha merayu abang..sakit..kalau Sha buat salah Sha minta maaf..jangan duakan Sha abang..Sha sayangkan abang...Sha princess abang kan...tolonglah abang..sakitt bang... " , Aysha merayu lagi.

Tetapi rayuannya hanya dibalas dengan ...

" KAU BUKAN PRINCESS AKU LAH BODOH !! "
dan satu tamparan yang amat kuat ke pipi kirinya sehingga Aysha terjatuh ke 5 anak tangga yang menghubungkan ruang tengah dengan ruang hadapan rumahnya.

Syazwan terkejut dengan tindakannya. Dia menuruni anak tangga tersebut dan mendapati Aysha terbaring tidak bergerak-gerak. Syazwan tergamam dan dia menghampiri isterinya yang terbaring tidak bergerak-gerak. Muka Aysha menghadap bucu almari. Perlahan-lahan Syazwan mengalihkan tubuh Aysha dan mendapati tepi dahi isterinya terdapat luka yang mengalirkan darah ke lantai. Syazwan amat cemas sekali. Dia dengan kelam-kabut mendukung isterinya yang tidak sedarkan diri masuk ke kereta. Dia mendukung Adrine dan meminta tolong ibu jirannya menjaga Adrine lalu dia memecut kereta ke hospital.


Di hospital ,

Syazwan sedang menunggu di luar ruang kecemasan dengan ibunya yang datang bersama Amirah ketika Shakira dan Ashraff tiba.

" Dah sakit menyusahkan orang..yang kau peduli tu kenapa Wan ? kau sakit dulu ada dia peduli ? kau buat pembedahan tau..dia tak datang jenguk kau walau sekejap, Wan tahu tak ?!" , hambur ibunya. Amirah mengiyakan kata ibunya dengan muka penuh meluat. Shakira dan Ashraff saling berpandangan dengan muka tidak percaya.

" Apa makcik cakap ? Aysha tidak pedulikan Syazwan masa dia buat pembedahan tu ? "

" Ye lah ! bukan ke kau yang rapat dengan dia ? Entah-entah cucu aku tu bukan anak Syazwan ! anak engkau agaknya ! anak haram sama macam Aysha tu lah ! " , mulut Puan Maimon amat lancang sekali menabur fitnah.

Ashraff kelihatannya seperti hendak meletup. Shakira segera menariknya jauh dari ibu Syazwan. Ashraff menepis tangan Shakira yang menariknya.

" Ash ! jangan ! " , Shakira menegah.

" Ah , aku tak boleh simpan lagi rahsia ni Kira ! Syazwan, kau tahu siapa yang mendermakan sebelah dari buah pinggangnya untuk kau bila kedua-dua buah pinggang kau rosak dan perlukan penderma ?! ", Ashraff menyoal dengan dada yang kencang menahan marah.

Syazwan menatap wajah Ashraff dengan ekspresi cemas dan ingin tahu.

" Isteri kau .. AYSHA !! ", Ashraff bersuara dengan nada marah yang dilepaskan.

bersambung di PART 8 ..

No comments:

Post a Comment