Tuesday, March 1, 2011

Shape Of My Heart. . . Episode 9-You Did It Again



Darah Lucya berderau.Apa lagi kali ini?

Tak,saya tak ada SMS dia atau ganggu dia atau apa-apalah..kenapa?-balas Lucya.


Ntah laa dia ni..saya dh pening sangat..tak apalah Lucya..


Saya tau,ada masalah lagi kan..tinggalkan je lah saya..-Lucya sudah bosan dgn semua perkara ini.
Bila dh gembira ada-ada saja yg berlaku,BENCI SANGAT!!!


Sayang,jgn nk mgarut..saya sayang awak laa..dh jgn fikir bukan-bukan..-Andrey cuba menenangkan Lucya.


Lucya mnyalin bajunya lalu turun ke tingkat bawah utk menikmati makan malamnya.


Bila saya gembira dgn awak,ada2 saja yg nk kacau kan..sudahlah..saya dh penat macamni..-Lucya meluahkan.


Awak..jgn laa macamni...saya masih tetap dgn awak..jgn begini yaa..-Andrey memujuk.


Kita putus...-SMS dari Lucya itu tentu sahaja mngejutkan Andrey.


Awak!!! saya taknak !!-rayu Andrey.


Lucya tidak mmbalas SMS Andrey lalu terus menikmati makan malamnya.Senyuman kepura-puraan terpaksa ditayang kepada mama dan neneknya.Pinggan yg sudah kosong diangkat,semasa berjalan ke dapur telefon bimbitnya berbunyi.1 nombor yg panjang tertera pada skrin.Lucya tahu itu nombor Alyona walaupun Andrey telah delete nombor Alyona dari senarai kenalan dalam telefonnya.Lucya yg pada masa itu sedang berang mnjawab panggilan Alyona.


   "Lucya!! kenapa ganggu Andrey lagi hah?!!",jerkah Alyona.
Lucya yg ketika itu terketar-ketar menahan marah cuba menenangkan suaranya.Harus diingat Alyona lebih tua darinya dan harus dihormati walau Alyona menjerkahnya begitu tanpa usul periksa.


   "Bila masa Lucya ganggu Andrey?",Lucya menyoal dgn nada agak sinis.
   "Andrey beritahu yg Lucya masih ganggu-ganggu dia..kenapa hah??!",Alyona mnyambung jerkahannya.
   "Ohh Andrey kata begitu ya?",tubuh Lucya semakin menggeletar lalu dia memutuskan talian.
Pinggan dicuci dgn kasar lalu dia berlari menaiki tangga ke tingkat atas.
Dia menghempaskan diri ke atas katilnya.


Awak beritahu kak Alyona yg saya ni ganggu awak kn? kenapa awak sanggup jatuhkn maruah saya dgn beritahu yg saya tergedik2 kacau awak? sampai hati awak kn !-Lucya menekan butang SEND dgn dada yg berombak.


Tak rasa malu ke letak nama "taken by Andrey Levos" kat profile facebook Lucya?
Tak malu letak nama laki org? tolonglah fikir sikit! jgn jadi muka tak malu sangat..kak dh lama sabar tahu tak?-SMS Alyona yg menambah pedih hati Lucya.


Kenapa saya nk beritahu macam tu? kenapa saya nk kata macam tu tentang awak? saya sayang awak jadi saya tahulah jaga maruah org yg saya sayang..saya tak cakap mcm tu kat Alyona laa pasal awak...dia dgn kak Darya yg selalu perli saya tentang awak semasa bertugas di perpustakaan sekolah-balas Andrey yg menggunakan kedudukannya sebagai pengawas perpustakaan sekolah untuk meyakinkan Lucya.


Awak tipu ! mmg awak buat cerita bukan-bukan tentang saya kat skolah awak kan? smpai nama saya dh busuk kat skolah awak..puas lah hati awak kan?!-Lucya menyinga dalam SMS yg dihantar.


Saya tak tipu !senang-senang tinggal je lah Alyona ni! saya dh takmau amik tahu lagi psal dia..dia buat awak mcm ni..-SMS Andrey itu menakutkan Lucya.Lebih baik Andrey tinggalkan dia dari tinggalkn Alyona.kalau itulah yg terbaik,Lucya rela walaupun dia akan merana selepas itu.


Saya tak ganggu dia kak...-Lucya tahu tiada gunanya dia menghantar SMS itu.


Tak ganggu? kenapa yg nk kacau sangat Andrey tuh?cukup laa org lain dh kacau..cuba bayangkan perasaan kak sikit Lucya..klau Lucya berada di tempat kak,bagaimana rasanya??-SMS itu mmbuatkan Lucya tersengih pedih hati.Kenapa pula dia tak tahu bagaimana rasanya? DIA SEDANG MENGHADAPINYA.


Kak jgn nk pening2 kepala fikir pasal ni..kak tumpu je kat peperiksaan kak..sama laa dgn Andrey tu..Lucya takmau kata apa-apa buat masa ini..goodluck untuk paper kak yg mendatang..-Lucya perlu hormat pada Alyona walaupun apa yg dia dapat dr Alyona hanyalah kata-kata yg memedihkan hati.Lucya teramat sebak mmbaca SMS Andrey yg baru masuk.


Tidak! tinggalkan saya !! saya tidak ada makna apa-apa bagi awak hingga awak sanggup fitnah saya! pergi Andrey!!!!-SMS itu dihantar lalu raungan Lucya kedengaran..walaupun mulutnya ditekup dgn sebiji bantal.Kenapa Andrey mmperlakukan dia seperti itu lagi?


Saya tak akan lepaskan awak! saya tak akan tinggalkan awak! awak adalah cinta bagi saya dan awak milik saya Lucya!-Andrey mmbalas dgn tegas.Lucya tidak mmbalasnya,apa yg kedengaran hanyalah rintih tangisnya yg mendayu-dayu.


Telefon bimbitnya vibrate.
"My Love CALLING"
Lucya segera mnjawabnya.


   "Hel...llo..",Lucya mnjawab dgn suara teresak.
   "Lucya..jgn macam ni..saya sayang awak..awak jgn tinggalkan saya..kita baru saja keluar tadi kn..takkan nk lupakan macam tu jee",pujuk Andrey.
   "Sampai hati awak kata mcm tu pasal saya..saya ganggu awakkah selama ini?kalau awak tak cintakan saya awak beritahu la..!!",Lucya mengherdik kecewa.
   "Tidak! saya syg awak! awak dengar ni..saya tak akan tinggalkan awak..!",jawab Andrey,garang.
   "Tinggalkan saya!! jangan tinggalkan kak Alyona! lepaskan saya!!",Lucya hampir menjerit.
   "TIDAK! saya pilih awak! saya kata tidak maknanya TIDAK!! SUDAH ! SUDAH! OKAY?",Andrey meninggikan suaranya sebelum memutuskan talian.


Lucya menghempaskan telefon bimbit ke sisinya,ke atas tilam katil.Dia menekup muka dgn telapak tangannya lalu menjerit sekuat hati.Air matanya bercucuran.Rambutnya yg diikat kemas sudah terlerai.Eyeliner yg dipakai telah menukar air mata Lucya bertukar hitam.Lucya duduk melutut di atas katil sambil menangis.Kenapa begitu hebat ujian ini ke atasnya? Dia hanya ingin mmberi kasih sayang kepada Andrey.Bukannya utk diuji,disakiti,dituduh,dicaci begini...Mungkin Andrey tidak pernah sekali pon menyayanginya jauh sekali mencintainya.Mungkin Andrey hanya mahu menyakitinya.Tetapi kenapa?Dia baru saja mngenali Andrey,mustahil Andrey ada dendam padanya.
Sekali lagi Larisa mnjadi tempat dia mngadu.Dan sekali lagilah Larisa naik angin.


   "Sekarang ni,kau bagi aku nombor Alyona,sini aku nk cakap dgn dia..kau ni lembik sangat kau tau tak? suka baik sangat laaaaa dgn org tu apahal?!",Larisa mengamuk.
  
 "Tak,tak...tak payah laa Larisa..aku kena akur ja..aku ni mmg tak bermakna apa2 bg Andrey..",luah Lucya dalam esakannya.
  
 "Aku cakap bagi nombor tu bagi la!!",Larisa menjerit dalam talian.
  
"Tak payah la!! biar je aku macam ni! biar aku ja mngalah,aku ni kn suka mngacau je!",bentak Lucya kembali.
  
 "Kau jangan mengarut boleh tak? kau nak biar je Andrey terus sakitkan kau macam ni? heyy aku laa Andrey nih! nnti dia sekali aku maki,nak kena betul!",Larisa mnggeram.
  
 "Tolong lah jangan maki-maki Andrey..jgn buat apa-apa pada dia Larisa..kesian dia.."
  
 "HOI,kenapa dgn kau ni hah? dia buat kau macam2 tp kau still nk kesian pada dia tu apahal hah?!! kau boleh bukak mata tak Lucya?!! kau sedar tak?!",kali ini Larisa benar2 hilang sabar atas kelembikan rakan baiknya itu.


"Sudah...aku nk rehat kejap..thanks sbb sudi dgar masalah aku..selamat malam..",Lucya mmbalas sebelum memutuskan talian.
Dia keluar dari biliknya lalu memasang permainan Playstation2.Lebih baik main GTA:San Andreas..boleh juga lepas geram bawa kereta laju2 langgar semua polis.Lepas tu mati kena tembak sebab kena buru dgn polis yg mmg kecoh.Bodoh betul. . .


Andrey..kenapa awak buat lagi pada saya begini Rey...awak dh janji yg awak akn jaga saya baik2 bagi peluang kedua ni Rey...awak dh hancurkan peluang ni Rey..saya tak mahu diri saya diperguna dan disakiti Rey..sampai hati awak..


Hari-hari berlalu dan Andrey kelihatan agak tertekan dgn masalahnya yg melibatkan Lucya dan Alyona serta 2 kertas peperiksaan yg perlu dihadapinya.Apabila Andrey pergi ke sekolah utk mnduduki kertasnya,Lucya akan mngucapkan goodluck lalu dia akan bersedih kerana perlu menunggu Andrey pulang kerana bukannya Andrey pulang tu terus dia SMS Lucya.Sekurang-kurangnya 3 jam selepas pulang baru dia akan SMS.Dia juga cepat sekali naik angin.Walaupun peluang kedua yg Lucya bagi sudah habis tetapi Lucya tidak mudah utk melupakan Andrey kerana Andrey tetap memujuk.Tapi apa yg Lucya boleh buat? hatinya sakit sekali..dia tidak boleh menerima Andrey kembali di saat hatinya berpecah-belah seperti itu.Dia terlalu sedih.Banyak sgat yg merunsingkannya.Nasiblah semua kertas peperiksaannya sudah habis dijawab.Jika masalah ini muncul disaat dia masih dalam tempoh peperiksaan,tentu sahaja otaknya berserabut dan tidak dapat fokus.Pujukan Andrey agak berjaya.Dia dan Lucya merancang utk pergi menonton wayang bersama sebagai langkah memulihkan hubungan mereka yg sudah retak teruk.Lucya perlu keluar dgn Andrey kerana Andrey akan pergi ke Kamensk-Ural'skiy untuk melawat saudara-mara di sana.Mahu tidak mahu Lucya perlu keluar bersama Andrey sebelum mereka berdua berjauhan.Mereka merancang utk menonton wayang di panggung wayang di kompleks membeli-belah Gostiny Dvor.Filem The Chronicles Of Narnia:Voyage of The Dawn Treader ditonton mereka dalam Hall 4.Lucya mnghulurkan botol air mineral yg dibeli atas arahan Andrey yg suka blagak macam bos besar.Andrey meneguknya sebelum dihulur kepada Lucya.
   "Nak sikit?",dia mmpelawa.
Lucya tergamam.Dia mmg agak dahaga tetapi takkan nk berkongsi dgn Andrey kot,haihh!
Kalau ada straw tak apa lah jugak.
   "Tak apalah..",dia menolak secara baik.

Sepanjang perjalanan filem itu,Lucya rasa amat gembira berada di sisi Andrey.Andrey yg duduk di sebelahnya tiba-tiba merenung dgn mata coklat cerah bulatnya.Jantung Lucya berdegup dgn amat laju sekali,bagaikan mahu saja terkeluar dari dadanya tatkala Andrey mmberi senyuman yg amat manis.Senyuman itu dikelaskan Lucya sebagai senyuman bahagia.
Cara Andrey memalingkan mukanya sudah cukup mmbuat Lucya terpaku.Lucya mmbalas kembali senyuman Andrey lalu dgn cepat2 memalingkan mukanya menghadap skrin besar itu kembali.Filem itu mmpunyai banyak adegan2 kelakar yg menghiburkan Andrey dan Lucya yg menonton sambil berkongsi sebungkus gula-gula Skittles.Andrey yg agak gelojoh telah mnyebabkan gula2 kecil berbentuk biji saga itu bertaburan dan ada yg masuk ke celah lubang antara butang-butang bajunya.Lucya ketawa mngekeh apabila melihat gelagat Andrey yg memasukkan tangannya ke celah lubang antara butang bajunya,mencari gula2 yg terlepas masuk dgn muka berkerut agak lucu.Sekurang-kurangnya Andrey tidak meninggalkannya di belakang lagi ketika berjalan keluar dari panggung wayang wlaupun langkah Andrey panjang dan laju.Ahli kadet polis la katakan...jalan macam robot terlebih kuasa bateri aje...
Ketika menuju ke pintu keluar yg dperbuat dari kaca itu,Lucya berhenti melangkah.Andrey yg berjalan menerjah ke hadapan macam hujung perahu membelah air itu tidak mnyedari Lucya tertinggal di belakang.Dia masih melangkah mendada dgn kepala agak ke atas,sebijik macam org yg 'sugar high'.Setelah pintu kaca itu ditolaknya barulah dia mnyedari Lucya tiada di sebelahnya.Dia menoleh ke belakang dan nampak Lucya yg sedang berdiri dgn tangan berlipat ke dada,merenungnya dgn kening sebelah diangkat.Bibir lucya dimuncungkan ke hadapan dgn matanya bersinar merenung Andrey.
  
"Silakan tuan puteri...",kata Andrey yg menolak pintu kaca itu sambil menghalakan tangannya ke luar dgn senyuman manis terpamer di wajah bulatnya.

bersambung di Episode 10. . .







1 comment:

  1. adoiiii,,,klau aku jdi lucya la kan,,,sumpah x terima dah,,,skit hati tau,,,,,,

    ReplyDelete