Sunday, March 13, 2011

Shape Of My Heart. . .Episode 13-This I Promise You...


Saya berhenti kerja 28/2 ni tau-beritahu Andrey.

Alaaa..awak beritahu nak awal bulan 1 lepas tu ptengahan bulan 2 tp skang ni 28/2 pula..-
Lucya mmbebel dgn suara manjanya.

Alaa..nnti saya balik lah ok? rindu awak dgn pipi tembam awak tu tahu tak..nnti kita jumpa tau,nk ajak awak pergi tgok wayang..-janji Andrey.

Okay!! tak sabar tau..rindu awak jugak..sayang awak sgat..

Saya lagi sayang awak tau..

Walau sekarang Lucya amat bahagia tetapi ada sesekali dia akan teringat segala kisah duka sebelum bahagia yg sedang dinikmatinya ini muncul.Sejak mata Andrey direnung buat pertama kali,Lucya sudah jatuh cinta padanya.Sejak Andrey meminta nombor telefonnya,Lucya telah berjanji dgn dirinya akan mencintai,menyayangi dan menjaga Andrey dgn baik.Sejak kali pertama keluar bersama Andrey,dia dapat mmbayangkan dirinya bersama Andrey hingga akhir hayat.Setiap kali memandang wajah Andrey,rasa cintanya terhadap remaja lelaki berambut hitam tebal itu semakin dalam dan kuat.

Hati yg belum pernah dimiliki oleh yg bergelar kekasih hati diberi dgn harapan akan dijaga dgn penuh rasa cinta tetapi ditikam,ditembak dan ditusuk.Namun demi dirimu,hati ini berusaha utk sembuh dgn harapan baru. . .

Betapa hatinya amat mencintai Andrey walaupun pelbagai duka,pilu,cacian,hinaan,umpatan,kehancuran hati yg ditempuhinya.
Dia juga selalu teringatkan kata2 Andrey semasa Andrey memarahinya.Dia juga masih terasa sakit hati mngenangkan fitnah yg Andrey pernah lempar kepadanya demi menutup kesalahannya yg curang.Amat menyayat hati memikirkan Andrey tidak membelanya langsung di saat Alyona memakinya (kali pertama dan kedua),Andrey cuma mmbiarkan dia menempuhi segala-galanya malah pernah juga mnyalahkan dirinya.Banyak pendapat didengar dari rakan-rakannya.Kesemua mereka mngatakan yg jika mereka berada di tempat Lucya,mereka tidak akan meminta maaf kepada Alyona seperti yg disuruh Andrey serta meninggalkan Andrey terus di saat itu.Tetapi bagi Lucya,hatinya mencintai Andrey walaupun diperlakukan sedemikian.Dia bukan murahan dan lurus bendul tetapi dia yakin Andrey boleh berubah kerana jika kita ikhlas dgn org,Tuhan akan mnghadiahkan kita dgn yg terbaik.


Betapa hati Lucya amat gembira kerana Andrey sudah berubah.Dia amat berharap yg Andrey akan terus berubah bukannya berpura2 berubah.Walaupun ada ketikanya hati Lucya masih gusar,takut Andrey akan bersikap seperti dulu.

Saya tak akan buat perangai dah..cukup laa dgn apa yg dh terjadi..saya nk jaga baby baik2 kerana baby lah yg betul2 sayang,cinta dan setia pada saya..-beritahu Andrey.

Kata-kata itu benar2 melegakan hati Lucya.Bukannya saya tidak percaya pada awk sayangku tetapi ingatlah :orang yg sudah susah utk percayakan kita adalah orang yg dulunya meletakkan sepenuh kepercayaan pada kita.Cuma kita telah hanyutkan kepercayaannya pergi jauh.Dapatkanlah kepercayaan orang itu kembali kerana apabila orang mmpercayai kita,kita secara tidak langsung tergolong dlm manusia yg jujur serta ikhlas,Andrey...

Saya dh gemuk tau sekarang..betul.Dh gemuk,semakin besar,baju pun dh ketat..hehe-tulis Andrey dlm SMSnya.

Heheee..tak apa.seksi..hakhak!-Lucya mngusik.
Lucya tidak kisah sekiranya Andrey gemuk pun.Baginya,Andrey sentiasa sempurna di matanya walaupun ada yg mngatakan Andrey agak gemuk.Gemuk hapanya mcm itu,Andrey mmpunyai susuk tubuh rangka besar.Sesuailah badannya agak berisi,tegap dan tinggi begitu.Mata coklat cerah dan bibirnya yg merah jambu lembut adalah tarikan minor yg mmbuatkan Lucya jatuh cinta padanya.Tentulah sikapnya yg pandai mmbuat Lucya tersenyum,romantik,manja,dan baik itu adalah tarikan major untuk meraih cinta Lucya.Dia amat tidak sabar sekali menanti Andrey pulang semula ke St Petersburg.Sudah 3 bulan wajah Andrey tidak ditatapnya,3 bulan jugalah dia tidak bercakap secara berhadapan atau bergurau dgn Andrey.

Sabtu 5 Mac,
Pukul 6.40 petang. . .

Lucya berdebar-debar menunggu pesawat yg mmbawa buah hatinya tiba di Lapangan Terbang Pulkovo.Dia amat takut sekali,bukannya menduga bnda2 tak baik berlaku tetapi kerinduan yg menebal mmbuat hatinya gusar.Telefon bimbitnya berbunyi.
"My Love CALLING"

Dia segera menjawab panggilan itu dgn amat gembira.Penantian penuh keresahan selama 1 jam telah berakhir.

Baby! saya dh sampai ni..-beritahu Andrey.Suaranya kedengaran agak letih.

Syukur sayangku selamat sampai..dah jumpa abah dgn mama?-tnya Lucya penuh gembira.

Belum..ni kn baru sampai sebab dia pesan sampai je terus call kn hehe..-balas Andrey.

Ye laa..saya risau tahu tak sayang..pergi cari mama dgn abah dulu ok?
Panggilan ditamatkan selepas Andrey berkata: Okay babyy...byee.

Andrey sudah pulang!! Lucya tersenyum panjang kegembiraan.
Bila mahu berjumpa tak tahulah.Lusa boleh kot.

Ahaaa,dh sampai pun..wah,3 bulan saja pergi tp kenapa St Petersburg nmpak macam lain yee..-tnya Andrey,mengada.

Amboii..gedik tau..hehee.Nnti saya lagi lain..dh berisi apa..haha..-beritahu Lucya.

Tak apa..nnti pipi dia makin tembam senang saya nk cubit hehe...-Andrey berseloroh.

Lucya tersenyum apabila telefon bimbitnya berbunyi lewat petang Ahad keesokannya.
  
   "Hello sayang.."
   "Baby! heheee.."
   "Yee...sayang amboi happy nya suara dia.."
   "Mesti laa..baby,esok kalau tak ada apa-apa kita jumpa nak tak? kat Gostiny Dvor Mall"
   "Boleh rasanya..nk tonton cerita apa esok?"

Isnin 8 Mac,
Gostiny Dvor Mall. . .

Lucya menaiki eskelator menuju ke panggung wayang yg terletak di tingkat 3 mall tersebut.Dia mmbeli 2 tiket utk filem Underdog Soldiers.Kemudian,dia menuju ke birai yg bertentangan dgn eskelator yg bergerak naik ke tingkat 3 tersebut.Dia memutuskan utk menunggu Andrey di situ supaya Andrey tidak dapat melihatnya terlebih dahulu.Betulkah Andrey semakin gemuk dan agak gelap sekarang.Dia tidak dapat mmbayangkan Andrey yg selalunya berkulit cerah gebu itu mnjadi gelap.Mesti kelakar dan janggal.Matanya melilau merata menjangkakan kehadiran Andrey.Matanya tertumpu kepada seorang remaja lelaki yg sedang berjalan di sepanjang kiosk skaf menuju ke eskelator yg bergerak naik ke tingkat 3.Baju yg dipakai oleh remaja lelaki itu serupa dgn baju Andrey yg Lucya amat suka melihat Andrey pakai.Andrey mengatakan yg susuk tubuhnya telah menjadi semakin berisi kan tetapi remaja lelaki itu kelihatan kurus sedikit dari saiz badan asal Andrey sejak kali terakhir dia melihat Andrey.Tetapi gaya rambut yg serabut dan tidak kemas sedikit itu serupa dgn gaya rambut Andrey.Cara berjalan yg laju,bersahaja dan melelong sana-sini itu serupa benar dgn gaya kekasihnya itu berjalan.

   "Alamak,itukah Andrey??",desis hatinya.

Dia amat berharap Andrey tidak nmpak dia di situ agar dia boleh mngendap dan jika benar itu Andrey,satu cubitan kuat akan singgah ke badan Andrey sebentar lagi kerana berbohong mngenai dia sudah gemuk.Nakal betul buah hatinya itu.Rancangannya rosak kerana Andrey nampaknya awal-awal lagi sudah nmpak dirinya yg menunggu di situ.Dia menuju ke arah Lucya dgn satu pandangan yg amat Lucya rindui.

   "Hai...",sapanya.
   "Oooohh,tipu yaa cakap dh gemuk! mengada!",Lucya mnggeram.
   "Hik hik hik..",Andrey ketawa mengekek sambil tersengih manja.

Lucya turut tersenyum sambil mereka berjalan untuk mmbeli popcorn serta minuman di kaunter snek.Andrey mmbayar utk popcorn saiz kecil.Nama sahaja kecil tetapi agak bnyak dan sukar juga utk dihabiskan.Kaki mereka berdua melangkah masuk ke Hall 1. . .


bersambung di Episode 14 (Episode Akhir) . . .


1 comment: