Sunday, April 22, 2012

The One That Got Away ...







Nina terasa rindu yg amat pada Ferran , teman lelakinya. Walaupun 1 universiti , kesibukan dek assignment yg melanda agak menjarakkan hubungan mereka. Mungkin Ferran tidak rasa apa yg Nina rasa, namun hati seorang perempuan itu amatlah lain berbanding lelaki yg tinggi egonya serta kurang sensitif.


Tidak puas rasanya menatap wajah Ferran sewaktu makan tengahari tadi, Nina memutuskan utk menelefon Ferran malam itu. Dia tidak tahu mengapa tetapi dia amat rindukan buah hatinya. Dia rindukan suara Ferran dan gelak tawa remaja lelaki tersebut. Panggilan pertamanya tidak berjawab. Dia mencuba kali kedua dan ketiga. Kali keempat di reject oleh Ferran. Sedih dan lukanya hati Nina ketika itu. Dia masih rasa sakit panggilan di reject oleh kekasih lamanya. Namun sedih itu ditahan sahaja di dalam hati demi menjaga hubungannya dengan Ferran. Ferran sedang badmood. Nina cuba menenangkan Ferran dan menghantar SMS. Dulu Ferran pernah memberitahu andai Nina sedang marah , cubalah dengar lagu supaya mood boleh kembali baik jadi Nina mencadangkan Ferran untuk mendengar lagu dan rehat. 




Awak pun satu, kalau dah call sekali tu tak dapat tak payahlah nak call sampai nak bagi phone orang ni pecah..menyampah ah .


Ayat SMS dr Ferran itu benar-benar mengguris hati Nina. 
" Ferran , Nina cuma rindukan Ferran..." , desis hati kecil Nina.


Ferran , maafkan Nina..Nina takkan call Ferran lagi - balas Nina.
Sedih benar hatinya ketika itu. Dia cuma nak Ferran tahu yang dia akan sentiasa ada untuk Ferran jika diperlukan. Hati Nina cuma ingin rasa diperlukan oleh orang yang dicintai.




.....................


mengapa Ferran ? maafkan Nina kalau Nina banyak buat salah pada Ferran. Nina rasa Ferran dah lain dengan Nina...macam Ferran dah tak sayangkan Nina macam mula-mula kita jadi pasangan kekasih dulu.... adakah Ferran akan beralih arah dari Nina ? Ferran , jangan kasar begini dengan Nina ... Nina sayang dan cintakan Ferran sepenuh hati Nina...kalau boleh , Nina nak undurkan masa untuk ulang saat kita mula-mula jadi pasangan kekasih..Ferran lain ketika itu..Ferran sayang Nina..Ferran selalu manja dengan Nina...Ferran berlembut dengan Nina .. Ferran , Nina nak jadi macam dulu balik....kadang perasaan ini cuba Nina elakkan tetapi cara Ferran pandang Nina dah tak seperti dulu, tak seperti cara Ferran pandang Nina sewaktu pertama kali keluar bersama....




Ferran , Nina faham Ferran tertekan dengan pelajaran kadang-kadang.. satu saja Nina pinta, jangan berkasar dengan Nina ...Nina adalah seorang manusia yang sayangkan Ferran dan Nina ikhlas... Ferran sekarang dah jd garang , tidak lagi romantik dan manja seperti Ferran yang dahulu ...


*                                                                           *                                                                                 *




Telefon bimbit Ferran bergetar.


"Ferran !! datang hospital cepat !! Nina ! Nina perlukan kau ! " , suara cemas Fariz dalam telefon benar-benar mengejutkan Ferran.


Lantas dengan kelam-kabutnya Ferran menahan teksi yg lalu di kawasan itu. Cemasnya hati Ferran ketika itu tidak dapat dibayangkan. Nina tidak membalas SMSnya sejak semalam. Tetapi dia tidak pun sempat menelefon Nina kerana masih badmood semalam.


Pintu laluan ke tingkat 3 terbuka disusuli bunyi tapak kaki Ferran yang berlari ke bilik kecemasan. Fariz sedang berdiri dengan Safira dan Lisha yang menahan sebak.


" Apa yang berlaku ni Fariz ? mana Nina ?! "


" Nina dilanggar kereta semasa dalam perjalanan balik dari shopping complex..", terang Safira sambil menahan sebak.


Kering darah Ferran ketika itu. Nina....Nina....tidak...dia mahu berjumpa Nina sekarang juga..


" Dia pergi beli hadiah untuk kau Ferran ...aku jumpa ini..", beritahu Lisha sambil menghulurkan sebuah kotak berbalut kemas yang terdapat kad kecil terselit..
Kad itu tertulis - untuk cinta hatiku, Ferran Zainal.. 143 sayang .. dari Nina Hanisha.


" Ini beg dia Ferran ..", Safira menghulurkan sebuah beg berwarna coklat-hitam kepada Ferran.


Ferran membuka beg Nina dan ternampak diari Nina. Dia membuka diari itu dan membaca entri diari itu satu persatu bermula hari pertama mereka menjadi kekasih. Air mata lelakinya menitis saat membaca luahan hati Nina yang sedih akan sikapnya yang berubah tanpa disedari. Rupanya hari itu, Nina keluar membeli hadiah dan merancang untuk menyediakan kek kegemaran Ferran dengan harapan Ferran akan kembali menjadi Ferran yg dulu kerana hari itu Nina ingin meluangkan masa untuk bersamanya. 


Tup...


Airmata lelakinya menitis ke atas muka surat diari yang bertarikh 21 Februari 2012 itu.
Apa yang telah dia lakukan kepada Nina ? kenapa dia melayan Nina seperti itu ? 
Tangannya pantas mengoyak pembalut hadiah dari Nina. Hadiah dari Nina itu merupakan sebuah jam tangan istimewa yang akan memberitahu pesanan setiap kali jarum jam panjang berada di nombor 12.


" Pukul 5 petang > I Love You 500 times today ! "


Runtun hati Ferran membaca perkataan yang terdapat di tepi muka jam itu.
Pintu bilik kecemasan terbuka. Ferran pantas bangun.


" Doktor ! bagaimana dengan Nina ?! "
" Bertenang encik .. kami harap encik dapat bertenang..kami dah cuba sedaya upaya menyelamatkan Cik Harnina .. tetapi pendarahan dalam kepalanya tersangat teruk..kami tak dapat berbuat apa-apa...dia telah pergi..bersabarlah encik.." , doktor tersebut menerangkan dengan suara rendah sebelum berlalu.


Kotak hadiah pemberian Nina jatuh ke lantai bersama Ferran yang lemah longlai. Fariz pantas menyambut tubuh lemah Ferran sementara Safira dan Lisha menahan raungan sambil berpelukan.




.......................................................


Ferran menabur bunga di atas pusara Nina dengan rasa sedih yg menebal. Betapa dia kesal memperlakukan Nina seperti itu pada malam tersebut. Dia berharap Nina ada di situ dan masih hidup supaya dia boleh menggenggam tangan teman wanitanya itu dan menyatakan betapa dia menyayangi Nina serta meminta maaf. Tapi semuanya sudah terlambat, Nina telah pergi buat selama-lamanya. Tanah kubur Nina yang merah digenggamnya seraya air matanya mengalir di pipi.


" Saya cintakan awak Nina, saya janji awak selamanya di hati saya " , tegas Ferran sambil menahan airmatanya dari mengalir lagi.
Fariz menepuk-nepuk bahu Ferran lalu mereka berdua bersama Lisha dan Safira berlalu dari tanah perkuburan. Dia meneliti jam tangan pemberian Nina itu..


" Pukul 10 pagi > 10 flying kiss for you ! "


                                          


                                                                 * TAMAT *


cerita ini rekaan semata-mata dan 100% idea original Nurul Atiqh..sekian .



No comments:

Post a Comment