Friday, February 11, 2011

Shape Of My Heart. . .Episode 1

ini ada kisah yg berlaku. .Atiq nk tekankan yg Atiq xkan bg detail sebenar yg selanjutnya tntang kisah ini..just enjoy apa yg atiq sharekan and nilai sniri yee.. thanks!



Februari,2010
Di sebuah sekolah tinggi perempuan di bandar St.Petersburg,Russia...

     "Heh,kau lupakan lah pasal si Zukov tuh! yg kau nk ingat psal dia lg tu kenapa?",bentak seorang gadis yg lengkap memakai uniform sekolahnya.
Rakannya di sebelah hanya mndiamkn diri dgn muka yg mencuka.
   "Dia tu mcm2 lah! buat kau sedih mcm ni! nmpak sgat dia tu penipu!! dah2,jgn kau nk sedih2 mcm ni lg.."
Rakannya masih mndiamkn diri.
   "Hey Lucya! kau dengar tak nih?",Larisa mula naik geram apabila rakannya itu hanya diam.
Lucya mengangguk perlahan,masih sedih.Mmg Zukov tiada niat utk mnjadi kekasihnya,
Zukov hnya mmberi harapan palsu kepadanya.
Mereka terus berjalan menuju ke pintu pagar sekolah.




Di pusat tusyen,Jumaat. . .

    "Aku mngantuk laa...mlm td aku tgok Whoopi..",kata Lucya smbil mnguap kecil.
Larisa tersengih sebelum kembali menekan2 butang kekunci telefon bimbitnya,mmbalas mesej.
Pintu masuk kelas tusyen terbuka,masuk beberapa org pelajar lain.Lucya menoleh ke kanannya.beberapa org pelajar lelaki sedang ketawa sambil melabuhkn punggung masing2.apabila pelajar di hujung sekali duduk,Lucya nmpak seorang remaja lelaki seusia dgannya yg belum pernah dilihat dalam kelas yg sebelumnya.
   "Ada pelajar baru lah.."
2 rakannya yg lain turut mmanjangkn leher utk melihat.
   "Wah,comelnya..hihik"
Pelajar lelaki itu berwajah bulat,berambut tebal dan snyumannya amat manis.Lucya pantas tertarik kepada rambut pelajar lelaki itu.
   "Sekolah mana agaknya dia kan?"
   "Entah laa"
Guru matematik mereka masuk lalu pembelajaran terus bermula.Lucya sesekali menoleh ke kanannya.
Pelajar lelaki itu duduk smbil sebelah kaki dletakkan di atas kaki yg satu lg dan mencatat nota.
   "Waa,cm blagak jee dia tuh..."

Di sekolah,dalam kelas. . .

Lucya meletakkan kepalanya ke atas meja dgn lesu.Pen masih di tangan.
   "Aihh,akaun..malasnya aku..wekk"
Larisa mnggeleng kepala smbil mncatat apa yg ditulis guru mereka di whiteboard pada bukunya.
   "Kau pun tau kn cikgu tu keja nk kenakan aku jee"
   "Sebab dia suka kt kau nk buat jd menantu dia..",Larisa membalas smbil ketawa mngekek.
   "Diam laa kau...",Lucya menggeram.
Cikgu akaun mereka menoleh.Matanya tertumpu pada Lucya.
   "Lucya Petrov. tolong selesaikan akaun ini..."
Lucya menelan liurnya.
   "Alamak.."
Tangannya pntas menarik buku Larisa di sebelahnya.
Larisa yg tercengang2 hnya merenung belakang kepala kawannya yg sedang menuju ke depan kelas dgn geram.
Kiraan akaun itu berjaya dselesaikan.
   "Haa,pandai pun..semua salin cepat"
Lucya kembali ke tempat duduknya.Larisa mngecilkan matanya merenung Lucya.
   "Pandai dia...",dia memerli kawan baiknya.
Lucya hnya tersengih.Buku yg tertulis nama Larisa Ivanov itu dihulur kmbali kepada pemiliknya.

Selepas waktu rehat,di dalam kelas. . .

Lucya mndekati 2 rakannya yg pergi ke tusyen yg sama dgannya dan Larisa.
   "Weh,korang ingat tak budak baru tu?"
   "Haa..ingat! yg comel2 tu ke? kenapa? terpikat eh cik Lucya?",usik Alexandra Charkov smbil ketawa kecil.
Lucya hnya senyum.
   "Habislah,kawan kita dh tsangkut nih..haha",sampuk Ekaterina Morozov yg sedang menguyah snek.
   "Haish,Alex,Eka..korang jgn merapu ok?",Lucya mmbantah lalu menuju ke tempat duduknya di sebelah Larisa.
Ekaterina dan Alexandra hnya tersengih antara satu sama lain.
   "Jumaat ni aku dtg rumah kau dulu ya",beritahu Larisa.
Lucya mngangguk.


Jumaat,di pusat tusyen. . .

Sebuah skuter berwarna merah keluar dari kawasan perumahan yg luas menuju ke jalan besar dgn laju.kelihatannya si pembonceng sedang memegang erat pinggang si penunggang.skuter itu meredah kenderaan lain lalu masuk ke sebuah kawasan yg mmpunyai pelbagai premis.akhirnya skuter itu berhenti di hadapan sebuah pusat tusyen.helmet dibuka,mendedahkan identiti si penunggang dan si pembonceng-Lucya dan Larisa yg keduanya menunjukkan ekspresi wajah bimbang.
    "Wey,lain kali bawa slow sikit boleh dak? mau terpelanting juga aku nnti..",Larisa jengkel.
Lucya tiada masa nk mndengar leteran Larisa,dia hnya diam dan mngunci skuternya.
Larisa sudah berada di anak tangga menuju ke tingkat kelas tusyen mereka.
     "Cepatlah!",dia mnggesa.
     "Kau tahu sabar tak? nnti skuter aku ni hilang xberkunci,kita balik jalan kaki nak?",dia mmbidas smbil mnggetap gigi.
Skuter siap dikunci.mereka berdua berlari naik tangga smbil mnggalas beg dan membawa bersama helmet masing2.dari kaca lutsinar yg terdapat di pintu masuk kelas  jelas kelihatan guru matematik mereka sudah memulakan pembelajaran.
     "Aku malu nak masuk..",Larisa cemas.
     "Kau jgn la buat gedik,masuk je lah..",Lucya turut cemas.
     "Kau la masuk dulu..."
     "Apa pulak aku,kau laa.."
Pertengkaran mereka berakhir apabila Larisa menolak Lucya masuk dahulu.
Beberapa kepala menoleh belakang utk melihat 2 pelajar perempuan yg tiba lewat pada hari itu.
Larisa cuba buat2 tak tahu manakala Lucya cuba2 menayangkan muka tak bersalahnya dgn tersengih.
Tempat duduk nmpaknya penuh bg 2 org utk duduk bersebelahan.
Larisa memandang muka Lucya dgn wajah keliru.ada 2 tempat duduk tp berasingan barisan.
     "Haa...datang lewat...tadak tempat..haa..tudia..",kedengaran satu suara garau dari  kelompok tengah pelajar lelaki.suara tersebut cukup kuat utk mnambahkn lg bilangan kepala yg menoleh belakang memandang mereka berdua.Larisa dan Lucya tersentak,malu.
     "Tak guna pnya dinosour..menyibuk aje!!",jerit Lucya dalam hati.dia tahu suara itu milik seorang pelajar lelaki yg tinggi dan agak berjerawat.suara pelajar tersebut mmg selalu buat bising di dalam kelas tusyen mereka itu.
Larisa dan Lucya tiada pilihan.Larisa sudah duduk manakala Lucya masih berdiri mncari tempat.
     "Kat tepi dinding tu pun jadi lah..hish",dia rasa amat meluat sekali ditenung begitu.
Di saat dia berdiri itu,dia dapat rasa ada sepasang mata yg merenungnya dari arah kanan.barulah dia sedar yg dia sedang berdiri hampir dgn barisan pelajar lelaki dan dia telah berdiri di sebelah seorang pelajar lelaki yg sedang merenungnya.Lucya bertekad mmberanikan diri utk melihat wajah pelajar lelaki yg merenungnya itu.Bebola matanya beralih ke kanan dan . . .



bersambung di Episode 2. . .




5 comments: