Friday, February 25, 2011

Shape Of My Heart. . .Episode 7-My Heart Will Go On...

. . .Lucya duduk kembali di atas katil.Dia menekup mukanya dan mnangis lagi.Apa yg terjadi diadukan kepada rakan baik lelakinya,Nikita Harkov.Nikita amat terkejut kerana dia tidak sama sekali menyangka yg Andrey akan mnyakiti Lucya hingga begitu sekali.Lucya sebak.Adakah dia telah kehilangan Andrey buat selamanya? Adakah ini bermakna cintanya yg sedang dibina bersama Andrey telah musnah sama skali? .Lucya masuk ke bilik air lalu mmbersihkan diri serta bersiap untuk pergi ke kelas tusyen.T-shirt hijau dipadankan dgn cardigan hitam serta jeans hariannya.Dia cuba mnyapu bedak ke bawah dan kelopak matanya untuk menutupi kesan bengkak akibat menangis semalaman.Tetapi dia gagal,dia tahu bengkak matanya tak dpat disorokkan.Dia mnghantar SMS kepada Andrey mmberitahu betapa dia kecewa akan sikap Andrey terhadapnya malam tadi.Andrey mmbalasnya.

Awak..tolonglah.jgn pergi..jgn tinggalkn saya..saya merayu.awak tetap bersama saya kan...


Lucya tidak mmbalasnya.Enjin skuter dihidupkan lalu dia memecut pergi.Dalam perjalanan menuju ke pusat tusyennya,fikiran dia mulai melayang yg hari ini dia pergi ke tusyen dgn hati yg sedih,hancur,remuk.Tidak seperti sebelumnya dimana dia sgat gembira dgn hati berbunga2 kerana akan berjumpa buah hatinya.


Sesampainya sahaja di pusat tusyen dia dgn lemahnya menaiki tangga.Dia langsung tiada semangat hari itu.Semangatnya patah.Dia terasa tidak bertenaga,lemah,lembik dan tidak boleh fokus.Semua itu seperti hilang,sama seperti hilangnya kepercayaannya terhadap Andrey.Dia menuju ke tempat duduknya yg pada hari itu di sebelah Alexandra.Semasa dia berjalan dgn penuh longlai ke arah kerusinya Larisa,Ekaterina,Alexandra dan seorang lagi rakan sekolahnya,Nelly Ovinko menoleh merenungnya.Sudah pasti Larisa sudah mnceritakan apa yg berlaku malam tadi kepada mereka.Larisa merenung Lucya yg berjalan menunduk sambil mnggalas beg itu dgn wajah simpati bercampur risau.Lucya duduk di sebelah Alexandra.


   "Lucya...kau ok ke..?",tnya Larisa.
Lucya mngangguk lemah.Alexandra memegang tangan Lucya untuk memujuk.
   "Sabar ya Lucya...",Alexandra merenung Lucya yg masih tunduk itu.
Lucya mndongak menatap wajah Alexandra...dgn mata yg penuh berisi air mata pilu.
  
   "Aku sayang dia Alex..aku cintakan dia..aku tak pernah cintakan sesiapa mcm aku cintakan dia..aku tak sanggup hilang dia Alex...aku sgat sayangkan dia..tapi kenapa dia sanggup buat aku begini...",luah Lucya.Serentak dgn itu kolam air matanya pecah lalu mngalirkan air mata yg menuruni pipi hingga ke dagu.Air mata itu tidak kering sebaliknya berterusan menuruni pipinya menjelaskan keadaan hatinya yg teramat pedih dan pilu ketika itu.Alexandra agak gugup melihat Lucya yg teresak.
  
 "Lucya,Lucya..dah dah jgn nangis weh..sabar ya..jgn macam ni....",pujuknya.
Lucya menekup mulutnya menahan esak.Dadanya terasa sebak sekali.Dia tidak mmpu gmbira mcm selalu tanpa Andrey.Adakah dia tetap perlu terima hakikat yg mnyakitkan ini?
Guru tusyen mereka masuk sambil mnjinjit beg kulitnya.Lucya menoleh belakang dan ternampak Andrey yg berT-shirt hitam sedang duduk di barisan agak belakang.
Namun tidak disangka-sangka Andrey bngun,mncapai begnya lalu duduk di barisan belakang Lucya tetapi di kelompok pelajar lelaki.Lucya agak terkejut.Dia perasan mata Andrey ada melihatnya tetapi dia tidak mampu memandang wajah Andrey.Wajah yg dia selalu anggap akan membuatnya gembira itu tidak disangka akan mnghancurkan semua harapannya.
Andrey memakai bracelet pemberiannya.Itu hnya mnambahkan duka di hati Lucya kerana hadiah itu dibeli supaya Andrey akan selalu teringat dan mnyayanginya.Sepanjang perjalanan kelas matematik mereka pagi itu,Lucya tidak boleh fokus.Andrey tidak mnghantar SMS ketika pembelajaran pada hari itu,tidak seperti sebelumnya dimana dia akan mnghantar SMS mmberitahu yg dia sukakan baju yg dipakai Lucya dan mcm2 lagi.Lucya menoleh ke kanan sedikit dan terpandang Andrey yg dlm masa yg sama sedang melihatnya.Lucya melontarkan pandangan penuh kecewa ke arah budak lelaki itu sebelum kembali menghabiskan latihannya.Telefon bimbitnya vibrate menandakan ada SMS yg masuk.


Awak. . .-dari Andrey.


Saya kecewa dgn awak sangat. . .-balas Lucya.


Awak..jgn tinggalkan saya tolonglah..-rayu Andrey.


Apa lagi awak nak buat pada saya? cukuplah awak hncurkan hati saya semalam-taip Lucya seraya menekan butang SEND.
Andrey tidak mmbalasnya.Tamat sahaja kelas Lucya tidak terus bangun untuk menemui Andrey di belakang kelas sperti biasa sebaliknya dia masih duduk.Andrey menunggu Lucya sebentar lalu dia pun turun,marah agaknya.Namun,dia tiada hak untuk berasa marah kerana ini semua terjadi akibat dari perbuatannya sendiri.Lucya berlari menuruni tangga.Sesampainya di bawah dia benar2 berharap yg Andrey menunggunya di tepi tiang seperti biasa tetapi Andrey tiada di situ.Andrey sedang duduk di hadapan tempat rakan2nya meletak motosikal,termenung.Lucya tidak akan pergi kepada Andrey walaupun dia ingin sekali berbual mesra macam yg sebelum ini,walau dia ingin sekali menatap wajah buah hati yg amat disayanginya itu.Lucya menuju ke arah skuternya,memakai helmet dan merenung Andrey.
Andrey perasan yg Lucya sedang merenungnya.Dia mmbalas renungan Lucya dgn muka seperti bertanyakan "APA?".Lucya agak berang dgn ekspresi wajah Andrey lalu dia memecut sekuat hati ke arah jalan keluar pusat tusyen.Tetapi kerana rasa cinta yg masih ada buat Andrey dia berhenti di sebelah kedai kek bersebelah pusat tusyen mereka.Dia mnghantar SMS mnyuruh Andrey menemuinya di situ.Andrey tidak muncul mahupun mmbalas SMSnya.
Dia tetap menunggu dalam cuaca yg semakin panas itu.Dengan tidak disangka-sangka Andrey yg membonceng motosikal kawannya muncul.Dia terpandang Lucya yg merenungnya lalu pantas dia menampar bahu kawannya yg mnunggang supaya berhenti.Tapi entahlah,mungkin rakannya itu tidak sempat berhenti.Lucya yg penuh rasa kecewa memakai kembali helmetnya lalu menunggang  pulang dgn hati yg semakin sedih.


Saling berbalas SMS,Andrey dan Lucya berjanji untuk berjumpa di taman rekreasi kawasan perumahan Lucya.Lucya masih dingin dgn Andrey.


Lucya..-SMS Andrey.


Apa?-balas Lucya agak kasar.


Saya cintakan awak...-luah Andrey.
Tubuh Lucya  terbaring ke atas karpet setelah mmbaca SMS itu dgan hamburan air mata.


   "Saya juga cintakan awak Andrey,jujur dari hati saya..jgn pergi dari saya Andrey...",desis hati kecilnya.
Lucya tertidur sebentar di ruang tamu tingkat 2 rumahnya.Kipas yg berpusing mnghasilkan angin yg membelai perlahan rambut lembutnya serta mngeringkan air matanya yg masih mmbasahi pipi.Setelah terjaga dia terus bersiap utk menemui Andrey.Elok juga mama tiada di rumah pada waktu itu.Sebaik sahaja dia turun ke tingkat bawah mama baru pulang.
   "Alamak,nk cari alasan apa nk keluar nih..",otaknya ligat berfikir mncari alasan.


   "Tu nk pergi mana mana?",soal mama.
   "Err nk keluar jap..",Lucya gugup.
   "Kalau nk jumpa budak lelaki baik tak payah.ingat mama tak tahu Lucya ada seseorang sekarang kan?jangan nk tipu..",kata-kata mama mnyebabkan Lucya tersentak.
   "Mana mama tahu nih..hish..",desis hati kecilnya.
   "Tak lah..nk jumpa kawan jap..ada urusan..",Lucya mnjawab sambil menayangkan muka tidak bersalah.
   "Sumpah bukan budak lelaki..."
Lucya menelan liurnya.Andrey tu kan lelaki,tak boleh sumpah nnti kena laknat.
   "Sumpah....",lafaz Lucya penuh kecewa.
   "Ha,pergi..balik cepat...",kata mama.


Lucya mnghidupkan enjin skuternya lalu menuju ke taman.Hatinya kecewa kerana dipaksa bersumpah.Dia masuk ke kawasan taman lalu keluar semula.Dia telah mmbeli 2 kotak air susu perisa kopi iaitu kesukaan Andrey.Sekurang-kurangnya jika mereka berdua tidak dapat bersama kembali pun,biarlah Lucya menikmati susu berperisa kopi itu bersama Andrey buat kali terakhir.Dia tidak pernah mncuba susu berperisa kopi kerana dia sukakan yg berperisa coklat.Tetapi,apa yg mnjadi kegemaran Andrey dia mahu mncuba,kerana tak kenal maka tak cinta.


Kenapa singgah sekejap je..mari laa sini..-SMS Andrey.


Mama paksa saya sumpah tak jumpa budak lelaki,jadi saya tak boleh jumpa awak...-balas Lucya.
Lucya terus memecut skuternya ke taman yg 1 lagi lalu berhenti dan mematikan enjin.Helmet dibuka lalu tngan diselukkan ke poket jeans utk mngambil telefon bimbit Nokianya.


Awak saja kan tak nak sambung hubungan kita balik..saya tunggu awak ni Lucya..-SMS Andrey.
Lucya bukan sengaja,dia mmg nak jumpa Andrey.Dia sayang Andrey sgat tetapi bila mngenangkan tindakan Andrey ke atas dirinya,dia mnjadi amat sedih.
Andrey mmberitahu yg dia dan Alyona tiada apa-apa hubungan lalu mnceritakan yg dia hnya bersimpati terhadap Alyona yg mmpunyai pelbagai kesedihan dlm hidup.Lucya tidak tahu samada utk mmpercayainya atau tidak.Andrey mnjelaskan yg dia hnya mncintai Lucya seorang.Tetapi kenapa Andrey mmbiarkan dia dimarahi dan dituduh tanpa cuba mmbela Lucya.Lucya ini siapa baginya?
Adakah cuma seseorang yg dia perlukan bila sunyi? Andrey..mungkin hnya saya sayangkan awk selama ini tp bg awak saya mungkin tidak ada makna apa2.Saya pasti kalau saya mati di saat ini pun awak xakan bersedih malah awak akan buat tak tahu aje.Saya berharap saya mati sekarang kerana biarlah mncintai awak perkara terindah terakhir saya pernah buat sebelum saya mati.


Beberapa SMS lagi dibalas sebelum Lucya memecut skuternya utk pulang.Air susu kotak berperisa kopi itu diminumnya sekotak,1 lagi disimpan kedalam peti ais.


Awak..tolong ya,jgn lah tinggalkan saya..saya xmmpu lepaskan awak pergi..


Awak mmg pandai lah,susu perisa kopi ni sedap tp manis sangat laa...-Lucya menaip jawapan untuk SMS Andrey itu dgn sarkastik,tujuannya untuk tidak terlalu melayan perasaan sedihnya.
Seterusnya Lucya bersiap untuk ke tusyen subjek matematik tambahan pada malam itu.
Dek perasaan sedih yg melampau,Lucya tidak dapat fokus utk menunggang skuternya pada malam itu.Mama yg memandu utk mnghantarnya ke kelas malam itu.Lebih menambah dukanya apabila radio memutarkan lagu yg sedih dan mmg sepadan dgn situasi yg dia sedang hadapi itu.Air matanya mngalir menuruni pipinya tp cepat2 disekanya sebelum mama nampak.
Sesampainya di pusat tusyen dia merenung tiang yg selalu mnjadi tempat dia dan Andrey berjumpa.Dia terus berlari naik ke kelasnya di tingkat 2.Ekaterina,Larisa dan Alexandra belum tiba lagi.Hanya Nelly yg sudah sampai.
   "Hey Lucya,jom teman aku pergi ke kedai di belakang tu..aku nk beli skaf baru laa..",ajak Nelly.
Lucya yg masih sedih itu hnya mngikut sahaja.Mereka berdua menuruni tangga dan menuju ke kedai yg terletak di belakang bangunan pusat tusyen mereka sambil berbual.Nelly meletakkan tangannya di atas bahu Lucya bertujuan menghilangkn rasa duka yg ditanggung rakan 1 sekolah dgnnya itu.
   "Kau sabar ya Lucya..aku pun tak sangka Andrey akan buat kau begini..sampai hati dia kan..",pujuk Nelly.
   "Apa boleh buat Nelly..dah nasib aku..",luah Lucya sambil mmbantu memilih skaf utk Nelly.
Mereka berdua kemudiannya segera kembali ke kelas selepas singgah pula di kedai buku yg terletak di bwah pusat tusyen mereka untuk mmbeli roti kacang dan air kotak sebagai alas perut kerana Lucya hilang selera untuk mnjamah makan malamnya.
Sepanjang kelas malam itu,Larisa sesekali memerhatikan Lucya yg kelihatannya senyum melebar.
   "Maaf kalau muka berpura-pura happy aku keterlaluan..",kata Lucya.
   "Tak apa..aku ni kasihan melihat muka berpura-pura happy kau tuh..kau jgn seksa diri sendiri, Lucya..",Larisa memberitahu.


Awak..saya rindu awak sangat Lucya..-masuk SMS dari Andrey.


Alexandra yg duduk di sebelah Lucya berbisik, "Terimalah balik dia Lucya,kan dia dh beritahu dia dan kak Alyona tu tak ada apa-apa..kasihan dia Lucya,dia rindukan kau tu.."
Senangnya Alex cakap.Lucya yg menanggung kesakitan hati itu agak berbelah bagi.Andrey sekeras-kerasnya menidakkan yg dia ada hubungan dgn Alyona.Tetapi Lucya tidak senang hati jika ada perempuan lain yg menaruh hati terhadap Andrey.Tidak mnjelaskan yang sebenar kepada Alyona ibarat mmbiarkan hati Lucya disakiti.


Nnti saya akan jelaskan kepada Alyona bila masanya dh sampai..awak kembalilah pada saya semula ya,Lucya...-Andrey meyakinkan Lucya.
Lucya amat rindukan Andrey.Dia mahu menerima Andrey kembali tetapi bukan malam itu.
Hatinya amat terseksa mmbiarkan cinta yg mendalam buat Andrey itu tergantung.


Andrey,saya mahukan awak kembali..saya tidak berupaya Andrey,tidak berupaya tanpa awak utk mmberi semangat utk saya.Niat saya hnyalah utk mncintai awak,bukan utk mnghadapi cacian atau disakiti hingga begini.Sesungguhnya hati saya pedih Andrey kerana awak sikitpun tidak peduli akan perasaan saya ketika memaksa saya meminta maaf atas sesuatu yg puncanya bukan dari saya.Saya dipaksa meminta maaf kerana mencintai awak..kerana mencintai awak Andrey..mncintai awak adalah satu kesalahankah? dan sekarang saya dihukum seberat-beratnya..adakah awak tahu betapa beratnya hukuman ini ke atas saya? Bolehkah awak bayangkan berada di tempat saya? Adakah awak tahu bagaimana rasanya bila kita amat mncintai seseorang dan kemudiannya orang itu menikam kita di saat kita mmpercayainya tanpa ragu? Awak ingat saya tidak rindukan saat2 manis kita? Awak ingat saya suka biarkn awak merayu-rayu begini? Saya juga ada harga diri dan saya tidak mahu org sesuka hati mmperlakukan saya sebagainya..kali ini amat mmbunuh perasaan saya kerana org yg berbuat demikian adalah awak..awak yg saya cintai dgn hati ini. . .


   "Seminar Fizik akan diadakan esok ya..pelajar yg mngambil subjek Fizik sila beri perhatian...,"guru tusyen mereka mengumumkan.


Gambar Andrey ditatapnya dgn rasa pilu.Apa yg harus Lucya lakukan kerana hatinya lemah tanpa Andrey...
           "Berilah kekuatanku kembali...",hati Lucya meminta.


bersambung di Episode 8. . .



1 comment:

  1. gila sedih,,,syes aku ckp,,,,skit btol aty aku nie, ,,,,

    ReplyDelete