Wednesday, February 23, 2011

Shape Of My Heart. . .Episode 6-Crushed

21 Oktober. . .

Lucya mendaftar masuk ke akaun facebook baru Andrey.

Buat facebook baru untuk kita 2 ok?add laa pics kita 2..bg smua org tahu..add jee kwan2 saya..-itulah SMS dr Andrey yg Lucya terima setelah cadangan Lucya diutarakan.
Lucya telah add 4 org pelajar senior yg selalu belajar bersama2 Andrey.
Salah seorangnya bernama Darya Artamoyva telah 'approve' lalu mnghantar chat.

Thanks add And-A-A-Andrey hehee-tulisnya.
Lucya berbelah bagi samada utk mmbalasnya atau tidak.

Sama-sama..tp ini bukan Andrey,ini Lucya-balas Lucya.

Ohh..Lucya..Andrey mana?-soal Darya.

Andrey kat skolah..dia belum pulang..selalu dia belajar dgn kak kn?-soal Lucya kembali,mesra.

Ya..kak balik awal laa Lucya.dia di sekolah dgn bf akak..-jawab Darya.

Ohh..ya ya...bf kak tu abang Artur Dubnikov kn..Lucya kenal..dia pernah dtg ke sekolah Lucya masa ada program dgn universiti..-Lucya menerangkan dgn pnjang lebar.

Ohh.dia tak pergi mngorat merata kn? haha-Darya berseloroh.

Haish,taklah..-Lucya mmbalas.

Apa motif Andrey buat facebook baru ni Lucya?-Darya bertanya.

Entah laa kak..ini facebook utk Lucya dan Andrey-taip Lucya.

Lucya ni girlfriend Andrey laa ye?-tnya Darya lagi.

Err...mcm tu laa rasanya.Andrey ada beritahu apa2 ke...-Lucya mnjawab dgn rasa malu2.

Takpun..hehe..-jwab Darya.
Darya dan Lucya terus bercerita di chatbox itu mngenai cita2 dan pelajaran.

Petang 21 Oktober. . .

Kereta yg dipandu ibu Lucya melalui kawasan perumahan menuju ke jalan besar dgn Lucya di dalamnya.Semasa melalui sebuah kawasan berekreasi di kawasan perumahannya dia ternampak Andrey yg lengkap berpakaian riadah sedang meregang-regangkan lengannya.Lucya terkejut besar.
   "Patutlah lmbat reply SMS...",bisik Lucya dalam hati.
Andrey kemudiannya mnjelaskan yg jikalau dia mmberitahu Lucya pun bukannya Lucya boleh ikut beriadah bersama.Bagus betul alasan Andrey. Huh..
Lucya tiba di pusat tusyen untuk subjek Kimia malam itu.Andrey tidak mngambil subjek tersebut.Lucya naik lalu duduk di sebelah rakan2 satu sekolahnya di hadapan sekali dalam kelas tersebut.Dia sempat lagi berSMS dgn Andrey sehingga dia mmberitahu Andrey tntang dia ada berchatting dgn Darya di facebook petang itu.


Baguslah..lebih baik delete aje facebook tu-SMS dr Andrey itu agak mngejutkan.
Lucya hairan,bunyinya Andrey agak marah.

Tak apa,nnti saya delete ok?-balas Lucya agak tersinggung.

Saya dh kata kan jgn memandai-mandai dgn urusan saya-SMS dr Andrey.
Jantung Lucya berdegup laju.Kenapa dgn Andrey ??!

Apa maksud awak?-soal Lucya berdebar-debar.
Andrey tidak mmbalasnya.

Awak!! beritahulah saya apa saya dh buat !-Lucya mnghantar lagi SMS.
Dia mulai takut.

Sebab awak,kak Alyona mnganggap yg saya dan dia tak ada apa..-SMS Andrey kepadanya.
Apa maksud Andrey??? Dia dan Alyona ada apa2 kah?
Alyona merupakan antara 4 pelajar senior yg selalu menemani Andrey belajar selepas waktu sekolah dan merupakan kawan baik Darya,yg petang td berchatting dgn Lucya.

Mmg awak dgn dia tak ada apa-apa kan?-SMS Lucya kembali.

Tapi saya sayang dia...
SMS dari Andrey itu benar2 meruntun hati Lucya.Andrey tidak sayang padanya kah?

Saya dgn dia okey je tapi sebab awak dia nk tinggalkan saya..sebab awak..-SMS dr Andrey itu bagaikan menuduh Lucya.Lucya rasa seperti ada sesuatu menikam hatinya.Andrey telah mnyalahkannya.

Awak nk tinggalkan saya kan...?-jari Lucya terasa amat lemah sekali ketika menekan butang SEND pada telefon bimbitnya.

Tidak,saya tak tinggalkan awak.tapi saya nak awak SMS Alyona dan beritahu dia yg kita berdua tak ada apa-apa..itu saja cara nk selamatkan hubungan kita..
SMS itu disusuli oleh nombor telefon Alyona.Air mata Lucya seakan mahu menitis.
Apa yg Andrey sedang lakukan pada dirinya?? Andrey mahu dia mngaku yg mereka tidak ada apa-apa hubungan ??
Lucya tidak lagi menumpukan perhatiannya pada pembelajaran subjek kelima diminatinya itu.
Sebaliknya,hatinya remuk.Dia mahu menangis tetapi dia harus kuatkan dirinya.
Tamat sahaja kelas,dia turun dgn kelam-kabut lalu terus menuju ke kereta ibunya.
Jarinya sibuk mngarang ayat utk dihantar kepada Alyona.

Tak malu ke ambil boyfriend orang?tak tahu ke Andrey tu boyfriend orang?-SMS amarah itu diterima dgn hati yg berdebar kuat.
Seluruh tubuh Lucya terasa lemah seakan-akan ada racun yg sedang menular di dalam kapilari darahnya.Tuhan Maha Besar,kuatkanlah aku !!
Sesampai saja di rumah,Lucya terus berlari naik ke biliknya tanpa mnjamah apa-apa makanan.Dia mmbersihkan muka dan mnyalin baju tidurnya dahulu sebelum mmbuka SMS dari Andrey.

Awak,mcamana? Apa kata Alyona?-SMS dr Andrey itu lebih berbisa menusuk.
Andrey nampaknya tidak mmpedulikan perasaan Lucya ketika itu.Dia cuma peduli akan Alyona.

Kak Alyona nk telefon Lucya boleh?-tanya Alyona melalui SMS.
Lucya tidak boleh menelan liurnya kerana terlalu takut.Dia mmbalas "Ya,boleh kak.."
Telefon bimbitnya berbunyi.Dia menekan butang hijau dgn rasa takut yg maha dahsyat,tapi dia tahu yg dia tidak bersalah.Dia mmg bercinta dgn Andrey.Andrey juga mngaku yg dia masih single ketika mereka mula2 kenal dahulu.Jadi Lucya mmg tidak bersalah lgsung.

   "Hello"
   "Hello kak.."
   "Ni Lucya ke?"
   "Ya kak.."
   "Kenapa ganggu Andrey? tak tahu ke Andrey tu boyfriend kak? tak rasa malu ke?"
Air mata Lucya bergenangan.Betapa pedihnya tuduhan dan cacian itu.
  
   "Saya tak ganggu dia kak..",Lucya mnjawab dgn suara serak,tidak berupaya.Tindakannya itu ibarat mncalarkan hatinya sendiri.

  "Andrey beritahu yg Lucya ni selalu ganggu2 dia..padahal kamu berdua kawan je..tak rasa macam hipokrit ke mngaku kat kwan2 Andrey yg kamu ni girlfriend dia hah?",Alyona
mnyemburkan kata-katanya.
Air mata Lucya mngalir di pipinya.Dia yg terbaring di atas katil itu mngurut2 dadanya yg kini berombak menahan pilu.

  "Saya saja2 je kak..saya dan Andrey mmg hanya berkawan..tak lebih dari itu.Saya saja je buat facebook tu sebab Andrey tak berapa mahir dlm bab-bab facebook ini.Saya hnya berniat melawak kak..tak sangka pula jadi begini..",Lucya melakukan pembohongan terbesar dalam hidupnya buat kali pertama sekaligus mnghancurkan hatinya yg ketika itu sedang berbunga mekar.

   "Lain kali beringat laa sikit klau nk melawak tu..jgn over sgat.Ingat yg Andrey tu ada girlfriend,
jgn laa terlalu melebih-lebih".
Kata-kata Alyona itu amat pedih dan menikam-nikam hati Lucya.Badan Lucya kini terketar-ketar menahan sebak.Sakit hatinya...

   "Saya minta maaf kak.Saya tak akan melawak lg dgn Andrey.Kami cuma kawan tusyen je.
Jumpa kat tusyen pun jarang,ayah dia selalu ambil awal..tak berbual2 mesra pun dgn dia kak..",Lucya terus mncalarkan hatinya.Setiap kata-katanya ibarat mncalarkan lebih dalam hatinya yg kini sudah luka.

   "Kak berbaik semula dgn dia okay? saya tak ada apa-apa dgn dia kak.."
Alyona mmpercayai kata-kata Lucya dan pnggilan ditamatkan.
Sebaik sahaja telefon bimbit diletakkan di sisinya,Lucya terus menekup mukanya dgn bantal dan meraung sekuat hati.Sampai hati Andrey mmperlakukan dia sebegini rupa.Apa dosanya pada Andrey? Andrey benar-benar mnghancurkan hatinya.Andrey menikam hatinya dgn pedang yg maha tajam.Dadanya terasa sesak malah sakit.

Awak,macamana sekarang?-SMS dari Andrey itu lebih mnyakitkan dari tusukan pisau ke perut.

Dia dah okay..awak berbaiklah dgn dia semula..jgn ganggu saya lagi..-balas Lucya.

Awak...-ayat dalam SMS itu seakan memujuk.
Tetapi Lucya tidak dapat menahan sebak di hatinya.Dia menangis semahu-mahunya.
Dia menjerit meluahkan kesakitan hati yg ditanggungnya pada bantal yg ditekup rapat ke muka.

Awak dh dapat apa yg awak nak..tolonglah jgn ganggu saya..pergilah awak,awak jaga dia baik2..awak sayang dia kn..tinggalkan saya.saya tak ada kena mngena dgn awak...-balas Lucya.Itulah ayat yg dia tidak pernah terfikir akan dihantar kepada Andrey yg dicintainya sepenuh hati.

Kalau saya dapat dia tetapi tak dapat awak balik tiada gunanya juga awak..-rayu Andrey.

Saya tiada makna bagi awak..percayalah.saya bukan yg baik utk awak..saya ni tak malu..-Lucya mmbalas.Tetapi jauh di sudut hatinya,dia msih mncintai Andrey.
Untuk meluahkan apa yg telah berlaku dia menelefon Larisa.Reaksi Larisa sama seperti apa yg Lucya teka,berang.

   "Bagi aku nombor Andrey! Sini aku nk cakap bg dia faham..!!",Larisa mnjerit marah di talian.
   "Tak payah Larisa..ini mmg salah aku..aku tak layak bercinta dgn siapa2 pn..aku akan cuba lupakan Andrey...",balas Lucya smbil teresak. 
Kata-kata Lucya lebih menambah berang Larisa.
  
"LUCYA!! KAU JANGAN JADI BODOH BOLEH TAK? KAU TAK SALAH! ANDREY YG BUAT HAL TAPI KENAPA KAU NK KENA PERBODOHKAN DIRI PERGI MINTA MAAF?
KAU CUMA SETIA TUNGGU DIA BALIK DARI SEKOLAH HARI-HARI KAN?!",jerkah Larisa dgn garang bercampur tidak puas hati.Kenapa Lucya mmbiarkan dirinya diperguna sehingga begitu sekali ?!!
Lucya tidak mahu bertengkar dgn Larisa.Dia cuba bercakap perlahan-perlahan yg dia akan selesaikan perkara ini dgn baik.Larisa mncadangkn agar Lucya tidak lagi mmpedulikan Andrey kerana apa yg dibuat Andrey seolah-olah tidak mnghargai cinta Lucya yg mndalam buatnya.Larisa amat mngenali Lucya yg setia pada Andrey,kerana itulah dia amat marah pada Andrey kerana mmperlakukan Lucya begitu.
Lucya tidak mmpu menahan rasa kecewa.Tidak sangka Andrey akn mmperlakukan dia seperti itu.Kenapa Andrey ? Kenapa ?!!

Awak..tolonglah...jgn pergi..-rayu Andrey.
Lucya mmg tidak mmpu melepaskan Andrey tetapi dia rasa dia tidak penting bg Andrey.
Mmg dia sgat mncintai Andrey,Andrey mmberi dia semangat utk terus mnghadapi hari2 tetapi kini Andrey mnghancurkn segalanya.Lucya menangis mngenangkan keindahan hari2 lepas bersama Andrey.Kenapa Andrey mmpermainkan dia. . .padahal cintanya pada Andrey tidak berbelah bagi.Lucya berbaring smbil memeluk bantal.Dia mnjadi agak separuh sedar,dia tidak lagi mnangis tetapi matanya yg berair merenung ke atas,melihat siling kapur paris biliknya.
Tak semena-mena mulutnya menyebut. . .
   "Sampai hati awak...sampai hati awak..sampai hati awak..sampai hati awak....."
Akhirnya dia tertidur dalam airmata yg masih bertakung di kelopak matanya.

Dia terjaga pada pukul 2 pagi.Buka sahaja mata,fikirannya kembali melayang kepada Andrey.
Tangisnya bersambung hingga matanya terasa berat.Dia mnghantar SMS kepada Andrey hingga budak lelaki itu terjaga.

 Andrey,kenapa awak sanggup buat begini pada saya? saya cintakan awak Andrey..
tapi kenapa awak tipu saya? kenapa awak lukakan hati saya? kenapa
awak mmpermainkan saya? kalau awak tak cintakan saya,terus teranglah,jgn lukakan hati saya mcm ni...saya setia pada awak Andrey.saya nk awak tahu saya tak pernah curang sepanjang hubungan kita,sebab niat saya hnya untuk mncintai awak sedalam-dalamnya.tp awak snggup memaksa saya minta maaf kerana mncintai awak...kenapa? awak ada dendamkah pada saya?Awak bunuh cinta saya setelah saya sgat2 mncintai awak..sampainya hati awak..Jika ada salah saya,ampunkn lah..Saya hnya ingin mncurahkan smua rasa sayang dan cinta saya kat awak..saya juga hnya ingin merasa bagaimana bercinta dan dimiliki oleh seseorang yg bergelar kekasih.saya hnya ingin rasa disayangi awak...awak adalah separuh dr nyawa saya..saya perlukan awak..tp setelah awak buat saya begini,tiada gunanya lagi saya mmpertahankn rasa cinta ini buat awak.saya tidak pnting lg bagi awak,atau tidak pernah mnjadi yg pnting bagi awak..Andrey,Tuhan saja yg tahu betapa hati ini mncintai awak..maafkan saya Andrey.tinggalkanlah saya..biarlah saya meneruskan hidup saya..smoga awak bahagia dgn Alyona..cintailah dia,jgn lukakan hatinya seperti mana yg awak buat pada saya..saya tahu saya xlayak dgn awak..terima kasih kerana sempat mmberi saya peluang merasa bagaimana dilamun cinta dan mmpunyai kekasih hati..walaupun hnya sekejap dan berakhir dgn kehancuran hati saya,saya tetap brsyukur dapat kenal awak..saya akan tetap mncintai awak dan ingat awak,tapi awak lupakanlah saya..saya kan tidak bermakna apa-apa bagi awak..selamat tinggal Andrey Levos...

Andrey mmbalas SMS Lucya yg pnjang itu dgn kata2 memujuk dan merayu.Dia mmberitahu yg dia mmg sayang akan Lucya.Tetapi bukankah jika dia mnyayangi Lucya dia tidak akan berbuat begitu? Lucya tahu tidak akan mudah baginya untuk mninggalkan Andrey.Hatinya benar2 pada Andrey.Dia sangat2 mncintai Andrey.Hatinya terasa begitu terseksa.Dia tidak mahu perpisahan.Dia tidak sesekali mahukan perpisahan.

Awak..tolonglah jgn tinggalkan saya.Saya merayu awak..kembali lah pada saya semula..

Namun SMS Andrey itu tidak dibalasnya.Dia memeluk bantal dgn erat.Hatinya luka teruk,
Andrey mmbuka kembali luka lama akibat dipermain Zukov serta mmbuat beberapa torehan dalam pada hatinya.Dia menangis hingga tertidur lagi.Esok merupakan hari Jumaat.
Andrey dan Lucya akan berjumpa kerana ada kelas tusyen matematik seperti biasa mereka.

Sudah pagi,Lucya mmbuka mata.SMS baru dari Andrey ada,merayu2.Mata yg bengkak teruk digosok,sangat pedih.Dia berdiri di hadapan cermin memerhati mukanya yg pucat serta matanya yg merah mmbengkak.Bagaimana mahu mnghadapi Andrey dalam masa 1 jam lagi dia tidak tahu. . .


bersambung di episode 7. . .

3 comments:

  1. can i go nuts...part ni terrible 4 wat andrey DID,huh

    ReplyDelete
  2. yeah...tp old stories kn..jadikan iktibar hehe

    ReplyDelete
  3. sini aku nak lesing si andrey tuh,,,skit btoi hati nie,,,,,hurrmmmmm

    ReplyDelete