Sunday, March 13, 2011

Shape Of My Heart. . .Episode 12-Come Back To Me...

Mungkin masih ada harapan.Walaupun dulu sudah kukatakan hatiku ini sudah hampir mati untuk mencintaimu kembali namun dapat kurasakan ia kembali bernafas sejak kau kata padaku untuk berubah.Kuharapkan kata2 mu itu bukan lagi sekadar kata2 kosong seperti sebelumnya kerana hatiku kembali bernafas hanya untuk dirimu wahai kekasih..come back to me,My Love. . .

Lucya kembali berhubung baik dgn Andrey.Andrey yg menumpang di rumah ibu saudaranya di Kamensk-Ural'skiy itu telah mendapat pekerjaan di sebuah superstore.Setiap kali sebelum pergi kerja,dia akan menelefon Lucya.Lucya amat senang hati begitu.Dia rasa gembira dgn sedikit perubahan Andrey itu,walaupun hatinya mmg susah utk mmpercayai Andrey 100% seperti mula2 mereka berkenalan dulu.Bohonglah jika dia tidak merindui saat2 semasa mereka berkasih dulu.Dia meluahkan kpada Andrey dan Andrey juga merindui saat2 itu.
Namun,hati Lucya amat takut sekali jika hatinya akan hancur lg.Kepedihan yg dilalui sebanyak 3 kali mnjadikan dia tidak mudah mmpercayai seperti sebelumnya.Hatinya sangat inginkan Andrey kembali,tetapi apakan dayanya hatinya menjerit meminta supaya tidak dilukai lagi.
Ia sudah lelah dgn segala keperitan yg dilalui.


Awak..saya inginkan dia kembali..-tulis Andrey.
Lucya tahu 'dia' yg Andrey maksudkan itu adalah dirinya.Tetapi dia buat2 tidak tahu dan tidak mngerti.


Kalau macam tu awak dapatkanlah dia balik..saya akan tolong..-balas Lucya.


Tapi saya takut dia tak mahukan saya lagi..dia tak akan percaya saya lagi..-luah Andrey lagi.


Belum cuba belum tahu tau..-Lucya mmberi semangat.


Awak..tak mudah utk dia lupakan apa yg saya dh buat kt dia..saya dh 3 kali menyakiti dia..-terangnya kepada Lucya.
Perasaan Lucya kebas ketika itu.


Tak apa lah..awak cuba ok..-Lucya mmberi semangat.


Nanti lah..biarlah hati dia betul2 terbuka utk terima saya kembali dalam hidupnya..-tulis Andrey.


Mesti lama kn..awak sanggup tunggu dia ke ni..-soal gadis itu.


Saya tetap akan tunggu dia..tak ada lagi wanita seperti dia..dia saja yg terbaik bg saya,dan saya mnyesal sgat tak dapat buat hidup dia bahagia..-Andrey kesal.


Lucya kembali mngenangkan betapa dia mencintai Andrey lalu mmbalas:ya ka..tak apa lah..nnti dia boleh terima awak balik pnya..bg dia masa ok..


Awak,bagilah saya peluang terakhir lagi awak..saya janji akan bahagiakan awak..sekurang2nya bg peluang dan saya akan cuba..saya akan jaga awak.biar kali ni 'dia' dapat rasa bagaimana orang lain berkasih..-Andrey berterus-terang dalam SMSnya.


Awak..saya mmg masih cintakan awak...tapi awak bg lah saya masa..saya takut awak..saya tak mahu dilukai lagi,sakit hati bila dpermainkan awak tahu tak..-Lucya mmberitahu.


Lucya,saya tetap akan tunggu awak..saya tak mahu org lain.dulu mungkin saya tak nmpak lagi tp skarang saya dh nmpak betapa awak nak sgat saya berubah dan awak betul2 sygkan saya..saya tunggu smpai awak terbuka hati utk terima saya kembali...-dari Andrey.


Lucya berbaring di atas katilnya,tangannya memegang telefon bimbit-dia merenung gambar Andrey.Hanya tinggal 1 sahaja gambar Andrey kerana yg selebihnya dia telah DELETE  semasa bertekad utk lupakan Andrey dahulu.Hatinya amat merindui Andrey.Dia menangis mendayu-dayu.Dia amat rindukan Andrey Levos
.Air matanya mengalir menuruni pipi dgn laju,selaju itu jugalah degupan jantungnya yg berdegup.Setiap degupan itu merindui Andrey tapi hatinya takut.Takut dan gusar jika dilukai lagi.Dia tidak sanggup lagi dilukai selepas ini.Hatinya meronta mahukan semula seorang putera yg selalu bertakhta di situ.Apa yg harus Lucya lakukan sekarang?Dia masih tidak berani utk terus menerima Andrey kembali macam itu sahaja.



Lebih teruk lagi mamanya secara terang-terangan menunjukkan rasa tidak sukanya pada Andrey.Mamanya mngatakan Andrey itu dan ini yg sememangnya amat melukakan hati Lucya.
Dia amat takut sekarang serta runsing.Dia mencintai Andrey dan tidak mahu mama mngatakan sebagainya tentang Andrey walaupun sebahagian besarnya benar-tentang sikap Andrey dan apa yg telah Andrey lakukan pada dirinya.Dia telah memaafkan Andrey dan tidak mnghukum Andrey tetapi tdak mungkin pula dia akan melawan ibunya sendiri utk mmpertahankan Andrey.Jadi,dia hnya diam walaupun hatinya merana dgn kata2 itu.Andrey sudah menunjukkan perubahan yg positif dan amat mnggembirakan hati Lucya.Dia amat mngambil berat tentang Lucya dan semakin pandai mnjaga perasaan.Lucya tidak mahu kehilangan Andrey walaupun Andrey telah mngatakan yg Andrey akan menunggunya.
Pada 1 malam,mereka berdua sedang online di facebook.Lucya pada ketika itu merasakan yg mereka harus segera berbaik seperti sebelumnya.Malam itu agak tenang dan sunyi.
Lucya mmberitahu Andrey di chatbox-Awak..kita couple balik ya..saya pn tak mahu kehilangan awak lagi..

Tak terlalu awal ke Lucya...?-tnya Andrey kembali.
Jawapan Andrey itu sememangnya agak mengguris hati.

Tak apalah klau awak tak mahu..saya tak paksa,kita kawan mcm biasa saja okay..-Lucya merajuk.

Awak..jgn macamni...baiklah...kita cuba lagi kali ni yee...-balas Andrey.Lucya tersenyum bahagia melihat statusnya tidak lagi 'single' malah tertulis Lucya Petrov is In A Relationship with Andrey Levos dgn tarikh ulangtahun pada 3 Oktober..iaitu tarikh yg dipilih Andrey sebagai tarikh mereka mnjadi pasangan kekasih pada mula2 dahulu.Lucya amat gembira sekarang.Andrey telah kembali mnjadi miliknya.

I love you sayang..-tulis Lucya.

I love you too baby..-balas Andrey.

Sejak itu hidup Lucya mulai berseri kembali.Andrey kembali menjadi putera di hatinya.Andrey meyakinkan Lucya yg kali ini dia akan benar2 mnjaga Lucya serta tidak akan mngulangi kesilapan yg sama lagi.Dia tidak mahu melukai hati Lucya lagi.Kata Andrey,Lucya masih mncintainya walaupun dilukai sebanyak 3 kali serta mahu Andrey berubah mnjadi org yg baik,jujur dan setia.Andrey mahu berubah.Dan kini barulah Andrey mengerti betapa dalam cinta Lucya buatnya,masih setia padanya dan benar2 mnyayangi dirinya.
Setiap hari sejak mereka kembali bersatu adalah hari2 bahagia buat Lucya.Hatinya kembali riang dan wajahnya tidak lagi muram malahan berseri2 dan selalu tersenyum.Betapa hati ini masih mencintai Andrey.

Andrey seperti biasa,seperti dirinya-kelakar,manja,pandai memujuk dan romantik.Kesemua itu memenuhi ciri2 buah hati idaman Lucya dan mmbuatkan akar cinta Lucya buatnya semakin kuat.Lebih mmbuatkan Lucya bahagia apabila sebelum panggilan ditamatkan,Andrey akan mnyebut - I love you baby..mmmuahhh!!
Bukan mudah utk melafazkan perkataan itu jika hati tidak benar2 mencintai.Hanya cinta yg mendalam  boleh mmbuatkan perkataan itu dilafazkan dgn penuh erti.

I love you too sayang..muahh!!-lafaz Lucya kembali sebelum butang END CALL ditekan.Kepala berambut hitamnya diletakkan ke atas bantal sambil jarinya menaip mesej utk dihantar kepada Andrey.Selimut ditarik dan bibirnya mngukir satu senyuman bahagia.


Andrey,sekali lagi saya serahkan hati saya pada awak Rey...awak jagalah hati saya ini baik2,hanya ini yg saya mmpu sediakan untuk awak-hati untuk diisi oleh cinta dan kasih sayang awak untuk saya.
Jangan lukakan hati ini lagi Rey...kerana hati ini hanya untuk cinta awak dan hanya milik awak sahaja. . .


bersambung di Episode 13. . .

1 comment:

  1. jagalah dengan baik rey,,,,,aku pown mengharapkannya,,,,muhahaahaha

    ReplyDelete