Sunday, February 27, 2011

Shape Of My Heart. . .Episode 8-Doubt

Seminar Fizik. . .
Hotel Park Inn Pulkovskaya,St Petersburg. . .

Lucya keluar dari perut kereta lalu berjalan ke pintu masuk hotel sambil mnggalas begnya.Dia menegur beberapa rakan sekolahnya dan rakan tusyennya sebelum berlari naik tangga menuju ke pintu masuk ke dewan seminar.Pintu masuk itu sesungguhnya dipenuhi pelajar yg berasak2.
   "Macam apa lagi diorang nih..",Lucya mnggeram.
   "Hey Lucya !!"
Beberapa org kawan sekolahnya memanggil untuk sama2 beratur di hadapan pintu masuk.
   "Apa yg kita kena buat depan nih? Pintu ni terbuka pastu kita masuk mcm pelarian nk lepas pemeriksaan askar Israel?",Lucya agak menyampah dgn kehadiran haba yg berlaga-laga dgn tubuhnya.
   "Habis tu,time ni laa nk lepas geram..tolak je org lain kuat2 hahahahaha",gurau rakannya.
   "Banyak lg idea utk lepas geram berbanding tolak org2 yg kita tak kenal..",jawab Lucya.
   "Betul ke apa yg kau beritahu aku semalam? pasal Andrey...",soal Liliya dgn dahi berkerut.
   "Aku penah tipu kau ke?",tnya Lucya agak geram.
   "Tak lah..tapi kau cerita laa bg detail sikit dekat aku..",desak Liliya.
   "Ni seminar weh..bukan sesi buka cerita.."
   "Aku tau laa kau tgah sedih kecewa..cerita laa kat aku.."

Pintu terbuka.Para pelajar dari pelbagai sekolah,lelaki dan perempuan berasak-asak masuk ke dewan melalui pintu yg hanya dibuka sebelah.Liliya memegang erat tangan Lucya yg memegang erat tangan seorang lg rakan meraka.Liliya terlepas pegangan tangan Lucya.Lucya amat geram tubuhnya ditolak oleh entah oleh siapa.Akhirnya selepas beberapa kali dihimpit,ditolak dan ditendang dia berjaya melepasi pintu tersebut.
Dia mncari tempat duduk di barisan tengah selepas mengambil set seminar yg dihulur oleh seorang pekerja pusat tusyen mereka lalu menghempaskan punggungnya tanda geram.
Persembahan multimedia sedang berlangsung ketika SMS dari Andrey masuk.Dia masih memujuk.Liliya mmbaca SMS Andrey itu secara curi2 dan mmberi komennya.

   "Terima lah dia kembali Lucya..tgok tu,dia sayangkan kau kan...",pujuk Liliya.
   "Kau cakap senang..",balas Lucya dgn jengkel.
   "Beritahu aku..kau sayang Andrey tak?",Liliya menduga dgn muka macam tok nujum.
   "Kau boleh tanya..nak aku ketuk kepala ke? mmg laa aku sayang dia..sayang sangat2..",
jawab Lucya sambil mngecilkan matanya.
   "Dah tu..nk biar je mcm ni? Nak perasaan kau jugak merana?"
Seorang lagi rakan mereka,Raisa Belyakova juga mnyokong Liliya.
   "Terimalah Andrey kembali Lucya..aku tgok sejak dia ada kau selalu saja gembira di sekolah..",katanya penuh prihatin.

Lucya hnya diam sambil mmberi perhatian ke arah skrin yg menayangkan maklumat mngenai Prinsip Pascal.

Waktu rehat. . .

Lucya dan Larisa duduk2 di hadapan pintu masuk hotel sambil menikmati sebungkus keropok.
   "Kalau kau bawak skuter kan kita boleh pergi makan di plaza tuh..",Larisa mmbebel.
   "Hari panas lah...",Lucya mmberi alasannya.
   "Kau tak apa lah,Taisa suap kau nasi ayam dia tadi..."
   "3 suap aje pn,kn kau order waffle kat Yana tadi,nnti perut kau tu diam lah..",Lucya tergelak.

Lucya mmbalas SMS Andrey.Pelbagai hal yg diutarakan.Andey dan Lucya brbincang secara baik walaupun Lucya masih merajuk dan terluka.
Setelah mereka masuk semula ke dewan seminar diteruskan.Lucya mnyalin apa yg terpampang di skrin dan dalam masa yg sama mmbalas SMS Andrey.Bateri telefon bimbitnya pula habis.Dia merenung Larisa sambil menayangkan muka kasihan.Larisa merenungnya kembali dgn kening sebelah diangkat.
   "Pinjam telefon bimbit kau yg 1 lagi tu..",pinta Lucya sambil tersengih.
   "Nah,bukak SIM kad dia..jaga elok2..",Larisa mngingatkannya.

Awak,saya beri awak peluang kedua dan terakhir...-taip Lucya.

Awak,betulkah? terima kasih! Saya janji akan jaga awak baik-baik...-balas Andrey.
Lucya tak tahu samada utk mmpercayai janji Andrey tp dia cintakan Andrey jadi dia harus positifkan fikirannya.Kan Andrey dah cakap dia dan Alyona tiada apa-apa hubungan,hanya Alyona yg mnganggap seperti itu.Huh,Andrey itu Lucya yg punya okay !!

Seminar tamat. . .
Mereka beramai-ramai keluar dari pintu besar hotel dan disambar hawa panas cuaca hari itu.
   "Adoii panasnya !!..",keluh Taisa Eghove sambil mengipas2 lehernya dengan sebuah fail.
Lucya melindungi wajahnya dgn fail seminar tadi sambil memerhatikan Larisa yg dijemput teman lelakinya.Dia agak risau kerana teman lelaki Larisa itu kelihatan agak tidak boleh dipercayai.
Mama datang agak lewat,Lucya pula tidak sabar hendak mmbalas SMS Andrey...buah hatinya.

Bermula hari itu kehidupan Lucya kembali gembira kerana Andrey kembali menyinari hidupnya.Tapi,hati Lucya semakin mmbara di saat terlihat gambar Andrey bersama Alyona di satu majlis glam.Andrey mmberitahu yg dia tiada teman malam itu.Semetinya itu satu pembohongan besar.Gambar itu buktinya.Hati Lucya semakin terluka.Dia tidak pernah berada serapat itu dengan Andrey tetapi gambar mereka berdua amat rapat,sangat menghiris-hiris perasaan Lucya.Andrey mmberi alasan yg Alyona sengaja merapatkan dirinya pada Andrey.Saat Lucya nampak gambar itu,dia menangis hingga tertidur.Hatinya terluka kembali.Lucya menjadi semakin sensitif dan banyak buat perangai.Dia banyak mmbuat Andrey marah tetapi semua itu ada sebabnya---hatinya dilukai teruk oleh Andrey. . .

Wee..Alyonaku sayang..sini laa Andrey nk suap..-perli Lucya,pedas dalam SMSnya.

Kenapa dgn awak ni hah?-tnya Andrey kecewa.

TAK ADA APA !!-balas Lucya penuh geram.
Selepas itu Andrey tidak lagi mmbalas SMSnya.Lucya mnjadi agak gabra.Andrey tentunya marah.Lucya menunggu tetapi Andrey masih tidak mmbalas SMSnya.Dia rasa dia agak melampau tetapi Andrey harus faham perasaannya apabila sudah dilukai begitu.Dia mnghantar lagi beberapa SMS utk mminta maaf.Namun Andrey masih tidak mmbalasnya.
Lucya memberitahu Nikita.

Adoii..kau ni pun satu hal.yg pergi perli dia tu kenapa?kan dia dh merajuk..-Nikita mnghantar SMS balas.

Hello..tolong faham sikit perasaan aku boleh dak?-balas Lucya agak marah.

Beberapa SMS lg dihantar tetapi Andrey masih tidak mmbalasnya.Lucya mnyembamkan mukanya ke atas bantal lalu menangis teresak-esak.
Andrey,awak tidak faham perasaan saya.Saya tidak boleh tenang selagi ada perempuan lain mnganggap awak istimewa di mata mereka.Saya tidak boleh bahagia begini Andrey.Saya sayang awak sangat hingga saya selalu runsing,awak harus faham perasaan saya kerana saya diperlakukan dgn amat kejam.Andrey...tolong lah balas SMS saya...

Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada SMS yg masuk.

Sayang..saya minta maaf terpaksa buat begini terhadap awak-dari Andrey
Tangis Lucya semakin kuat sambil dia mmbalas SMS Andrey.

Andrey! maafkan saya..jangan tinggalkn saya begini.saya amat terseksa,saya menangis Andrey..-balas Lucya.

Tidak Lucya..awak jangan menangis,saya tak akan tinggalkan awak..-SMS Andrey itu agak mnyenangkan hati Lucya.
Dan seterusnya mereka berSMS hingga tertidur.Tentulah Andrey yg tertidur dahulu,seperti biasa.

Seminar Matematik. . .
Hotel St Petersburg Marriott Clearwater. . .

Lucya berlari-lari menaiki anak tangga lalu masuk ke dewan seminar.
   "Mana Andrey ni...",bebola matanya melilau ke kiri dan kanan mencari kelibat buah hatinya yg berbadan agak berisi itu.
Dia nampak tangan seseorang melambai ke arahnya.Itu dia buah hatinya yg berisi tapi tegap sekali.Dia menuju ke arah Andrey dgn agak malu kerana tiba lewat.

   "Lewat ! kenapa lambat sangat ni hah?",soal Andrey seperti mesin penembak bola tenis.
   "Amboii..berleter mcm nenek kebayan..jalan sesak laa..",Lucya mmberi alasan.
   "Nenek kebayan lak dia kata kat kita.."
Ekaterina,Sazzy Akphatov dan Alexandra yg duduk di hadapan mereka menoleh serentak.
Lucya dgn mesra dan geram mencubit tangan Andrey.
   "Ehem..ehem...",Ekaterina berdehem mnyebabkan Alexandra dan Sazzy ketawa.
Lucya dan Andrey mnjadi malu.
Seminar berjalan seperti biasa.Segalanya mnjadi agak mnggembirakan disamping Andrey yg tidak tahu duduk diam.Ada-ada saja yg hendak dikacaunya.Pen diambil lalu dia mncucuk tangan Lucya,kertas Lucya diambilnya dgn muka dengki,dia merenung Lucya dgn senyuman nakal dan macam2 lagi.Gula-gula Mentos berperisa anggur dikunyahnya sepanjang seminar itu berlangsung.Kadang2 dia saja menghembuskan nafas berbau anggurnya ke arah Lucya dgn niat mngusik.

   "Budak ni nk je aku ambil gula-gula tu masukkan semua dalam mulut dia..",desis Lucya geram kerana bau anggur itu terlalu kuat.Andrey mmg nakal.Dia tahu Lucya agak geram dgn usikannya tetapi dia hnya menayangkan senyum lebar...yg menambahkan lagi geram Lucya.
Walaupun muka geram yg ditayangkan kepada buah hatinya itu,tetapi dalam hati dia amat gembira ketika itu.Berada dekat dgn org yg dicintai mmbuatkn dia berasa amat bahagia.Ingin sahaja wajah Andrey ditatapnya lama-lama tetapi budak lelaki itu lebih mnumpukan perhatian kepada benda yg berada di dalam mulutnya berbanding Lucya.Sesekali dia akan merenung Lucya dan kemudian mengelipkan matanya,mngusik.

Waktu rehat Andrey tidak mmbenarkan Lucya mengikutnya.Lucya amat kecewa terpaksa berjauhan sebentar dgn Andrey.Dia menumpang kereta ibu Liliya kerumahnya utk makan malam.

Awak malu ke nk mngaku saya ni girlfriend awak?-SMS Lucya.

Apa awak mngarut ni Lucya?-SMS Andrey kembali.

Saya tahu saya tak cantik..awak mungkin malu hendak berjalan dgn saya bukan?-Lucya menekan butang SEND dgn hati yg sedih.

Awak..jgn ckap mcm tu sayang..kn hujan tadi,saya tak mahu awak terkena hujan..-Andrey mmberi alasannya.

Sudahlah..hujan rintik aje pn..mcmlah saya akan jatuh sakit..-Lucya mnganggap Andrey malu kerana dia tidak cantik.
*                                                                         *                                           *
    "Terima kasih mak cik..kami makan sedap,tumpang cuci2 muka semua tadi..",ucap Lucya kepada ibu Liliya sebelum keluar dari kereta.

Kaki berkasut sport Lucya melangkah masuk ke lobi hotel.Ramai pelajar2 yg bersidai di birai tangga ke pintu masuk dewan seminar yg masih belum dibuka.Mata Lucya melilau mencari kelibat Andrey yg memakai kemeja hitam.

   "Tu dia..aku nampak dari tadi..kau ni girlfriend dia tapi tak nampak boyfriend sendiri..",perli Larisa.
Lucya mencebik sebelum berjalan ke arah Andrey.Andrey pula mmberi alasan mahu ke tandas.Tetapi dia tidak pergi pun akhirnya.Jangan2 dia nk SMS Alyona.Lucya mmbuang tanggapan negatif itu sebelum masuk ke dewan.Seminar bersambung kembali dengan
 adegan merajuk,marah,usikan lagi yg berlaku.

   "Bye sayang..",Lucya melambai Andrey yg pulang dgn mmbonceng motosikal rakannya.
Lucya amat risaukan kesihatan Andrey yg boleh terjejas dalam cuaca yg tiba-tiba hujan pula.
Andrey menghidap pnyakit lelah ataupun asthma.Cuaca hujan dan tubuh Andrey akan terdedah pada angin sejuk yg bertiup ke dadanya,silap2 boleh mngakibatkan serangan.Dia yg pulang dijemput ayah dan mamanya berdebar-debar tidak sabar utk mnghubungi Andrey sesampainya di rumah nnti.Kereta yg dipandu ayahnya melalui jalan bersebelahan stesen minyak ketika telefon bimbitnya vibrate.

"My Love CALLING"-tulisan yg terpampang beserta gambar Andrey yg sedang mnyengih di skrin telefonnya.
Dia tidak sampai hati mmbiar panggilan Andrey tidak berjawab walaupun berisiko tinggi disoal ayah dan mama.
   "Dah sampai belum tu?",tanya Andrey.
   "Belum laa..nnti saya SMS.dah nk dekat sampai ni..."
Panggilan ditamatkan.
   "Siapa yg call tadi?dgar suara macam lelaki ja..",soalan ayah mndebarkan hati Lucya.
   "Larisa..."
*                                                            *                                                      *

Cintailah org yg cintakan kita,jgn tinggalkan dia utk org yg kita sayang kerana org yg kita sayang itu akan tinggalkan kita utk org yg dia cintai-itulah SMS dari Andrey yg berjaya meyakinkan Lucya kepadanya kembali.

Saya cintakan awak sayang...

Saya pun cintakan awak Lucya...

Mereka berdua semakin rapat semula tetapi harus diakui yg tetap ada keraguan lagi di hati Lucya.Sikap Andrey masih seperti biasa-lewat mmbalas SMS.Jadi Lucya akan sering menuduh Andrey,lalu keraplah terjadi pergaduhan antara mereka.Bukannya Lucya sengaja tetapi jika kecurangan pernah terjadi,hati yg dilukai akan jadi amat sensitif.

Minggu peperiksaan besar mereka bermula.Lucya dan Andrey masing-masing sibuk dgn peperiksaan.Ada hari yg Andrey tiada kertas,ada yg Lucya tiada kertas.Subjek yg diambil Andrey tamat lebih lewat 6 hari dari Lucya walaupun dia hanya mngambil 9 subjek berbanding Lucya yg mngambil 10 subjek.Hubungan Andrey dan Lucya ketika itu berada dalam keadaan yg amat baik.Cinta Lucya buat Andrey semakin kuat.

Esok kita ke perpustakaan awam nak?-Andrey mmberi cadangan.

NAK ! Rindu kat sayang tau...-balas Lucya,manja.

Pakai baju coklat tu tau...yg blouse tu..saya suka awak pakai baju tu..baru laa nampak mcm isteri saya..-Andrey berseloroh.

Mengada-ngada tau dia ni..baiklah sayang..tak sabar nk jumpa tau esok..-balas Lucya sambil terus mmbuka almarinya.

Keesokannya . . .

Lucya menaiki tangga menuju ke tingkat 2 perpustakaan dgn hati yg berdebar2 bercampur rindu.
Andrey berada di situ memakai baju berwarna hitam berbelang putih halus iaitu baju yg Lucya paling suka Andrey memakainya.Hari itu amat indah.Menemani Andrey yg masih perlu menduduki peperiksaan bagi subjek Geografi kertas 1 dan kertas 2 sesuatu yg dia lakukan dgn ikhlas.Andrey selalu main-main dan mngusik Lucya mmbuatkn dia selalu dicubit Lucya.Geram dicubit,dia mncubit kembali.Mereka berdua bergurau senda dgn manja dan menikmati makan tengahari bersama-sama di gerai yg dahulunya dikunjungi bersama Alla dan Boris.Berehat dari mengulangkaji Lucya dan Andrey berjalan-jalan di taman rekreasi bersebelahan dgn perpustakaan awam.Andrey memang selalu berjalan mendahului meninggalkan Lucya keseoranganberjalan di belakangnya.
Walaupun Lucya mmg terluka dan terasa hati dgn cara Andrey itu,dia bertekad utk mnjadikan hari itu hari yg terindah buat mereka berdua.Hanya mereka berdua hari itu,bersama ke mana-mana mnjadikan Lucya amat bahagia.Dia tidak mahu hari itu berakhir.

Dia pulang ke rumah dgn hati yg berbunga-bunga walaupun dia sebenarnya mahu bersama Andrey dan tidak mahu hari indah itu berakhir.
Senja itu,SMS dari Andrey yg masuk betul-betul memusnahkan hari yg gembira itu.

Sayang,saya nk tanya ni..awak ada SMS Kak Alyona ke?


bersambung di Episode 9. . .

  



1 comment:

  1. damn,,,lagi2 si Alyona tu,,,,,bbbbuuuuddddddddddddduuuuuuuuu

    ReplyDelete