Saturday, June 23, 2012

Close - Part 10 ( ENDING )

sambungan dari Part 9..
klik SINI untuk Part 9 ..



Syazwan keluar dari bilik mandi dengan bertuala. Sebaik sahaja pintu bilik air dibuka, dia ternampak Aysha yang sudah terbaring tidak sedarkan diri di hujung katil.


" AYSHA !!! " , dia bergegas mendapatkan isterinya. Dia menepuk perlahan pipi isterinya tetapi Aysha tetap tidak sedarkan diri. Dia mendukung isterinya dan membaringkan Aysha di atas katil sebelum dia cepat-cepat berpakaian. Dia kemudiannya mendukung Aysha masuk ke kereta dan memandu ke hospital. Dia meletakkan kereta berdekatan dengan ruang kecemasan. Dia mendukung tubuh lemah isterinya dan berlari ke ruang kecemasan.


" NURSE !! TOLONG ISTERI SAYA !! NURSE !! ISTERI SAYA PENGSAN !! " , jerit Syazwan yang masih mengendong Aysha dalam dukungan. Beberapa orang jururawat yang berada di situ bergegas ke arah Syazwan sambil menolak stretcher. Aysha dibaringkan di atas stretcher dan bantuan penafasan segera diberikan kepadanya sambil stretcher ditolak ke bilik rawatan kecemasan.


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .




Syazwan setia menunggu isterinya sedar. Dia tidak melepaskan genggaman tangannya yang erat menggenggam tangan Aysha. Dia membelai rambut isterinya dengan penuh kasih sayang. Dia menatap wajah isterinya yang amat pucat sekali. Bibir merah jambu yang selalu mengukir senyuman itu amat pucat sekali.
Syazwan tahu, hayat isterinya tidak panjang lagi tetapi dia seboleh-bolehnya tidak mahu memikirkan tentang itu. Dia amat takut sekali kehilangan Aysha sekarang. Dia meletakkan tangan Aysha ke pipinya dan mula menangis perlahan sambil menunduk. Kelopak mata Aysha bergerak-gerak. Dia membuka matanya dengan perlahan dan ternampak suaminya sedang kesedihan.


" A..bang....kenapa..abang..menangis...." , Aysha bertanya sambil menatap mata suaminya yang berair.


Syazwan tersenyum dalam kesedihan yang amat apabila Aysha mula sedarkan diri. Dia tersenyum lebar dengan airmata apabila melihat penderitaan penyakit yang ditanggung isterinya. Aysha menyapu airmata di pipi suaminya.


" Napa abang sedih ni..Sha minta maaf abang..Sha pening sikit tadi..maaf susahkan abang...abang jangan sedih tau..kan Sha dah okay ni..", ujar Aysha dengan lembut dan dia memberi senyuman ikhlas penuh kasih sayang buat Syazwan. Syazwan tersenyum dan dia menunjukkan kotak coklat hadiah yang diberi bersama bunga ros sebelum Aysha pengsan tadinya. Dia menyuapkan coklat itu ke mulut Asyha dengan penuh kasih sayang.


*                                                                 *                                                                     *


Syazwan membaringkan Aysha di atas katil.


" Abang..Sha boleh jalan sendiri bang..abang tak payah la dukung..kesian abang..Sha tak sakit pun... " , Aysha menegur kerana Syazwan seolah tidak membenarkannya berjalan langsung.


Puan Maimon dan Amirah baru sahaja pulang selepas melawat Aysha. Adrine sedang cuba merangkak ke arah ibunya yang berbaring di atas katil sebelum diangkat oleh Syazwan. Bayi perempuan itu menderam menegur ke arah papanya seolah-olah perbuatan Syazwan mengganggu latihannya merangkak. Adrine diberi kepada ibunya dan dia segera berteriak girang sambil menggapai pipi ibunya.


" Amboii anak mama ni dah nak merangkak yee..asal muka masam ni..papa kacau Adrine nak merangkak yee ? nanti mama marah papa yee ? alolololooo anak mama tu senyum sikit..nanti  muncung dah tak comel...haaaa...."


" Perkataan pertama dia ' papa ' ...tak sangka abang..." , Syazwan mencelah.


" Laa ye ke ?! anak mama ni dah boleh sebut rupanya..pandainya dia..nanti anak mama ni mesti pandai...", puji Aysha sambil meniup perut anaknya. Adrine ketawa kegelian menampakkan gusi yang sedang ditumbuhi gigi. Aysha menggoncang botol susu yang berisi susu suam lalu disuapkannya ke mulut Adrine yang telah dibaringkan di sebelahnya. Aysha kelihatan amat letih sekali. Dia masih berbaring dan cuba menidurkan bayinya. Syazwan ke dapur dan kembali dengan dulang berisi bubur dan air teh o panas.


" Sayang..makan k.."


" Tak berapa selera lah abang.., nanti Sha makan ye.."


" Sayang..makan lah sikit..bagi tenaga..ok sayang ? "


Akhirnya Aysha makan sedikit dengan disuap Syazwan. Hanya separuh mangkuk bubur ayam itu yang berjaya dihabiskan oleh Aysha. Dia meneguk air teh o yang sudah suam sebelum Syazwan menyelimutkan badannya dan membiarkan dia berehat.




Namun, setelah 3 hari berlalu Aysha semakin lemah . Dia masih demam dan sakit kepala. Ubat penahan sakit sahaja lah yang membantu mengurangkan sakit dan sepanjang itu Syazwan menjaga Aysha dibantu oleh ibu dan adik perempuannya yang tidur di rumahnya buat sementara untuk menjaga Adrine. Syazwan menangis di hadapan ibunya kerana sedih dan kasihan melihat penderitaan Aysha. Aysha semakin lemah dan selera makannya amat berkurang. Dia juga menjadi kurang bercakap dan wajahnya berterusan pucat.


" Wan tak mahu hilang dia ma.. Wan sayang dia..ma, dia selamatkan nyawa Wan ma...adakah Wan hanya berpeluang menjaga dia selama 3 minggu lebih ma ? " , Syazwan menahan pilu yang ditanggung sambil melihat ke arah Aysha yang sedang tidur. Puan Maimon mengesat airmatanya dengan hujung lengan baju sambil meriba Adrine yang mengumam sesuatu yang tidak difahami sambil menggigit hujung bajunya.
Puan Maimon mengusap lembut rambut cucu perempuan sulungnya itu. Kasihan Adrine, tak lama lagi dia akan menjadi anak yatim. Amirah juga turut sedih. Matanya berair apabila melihat ke arah anak saudaranya yang masih bayi itu. Syazwan mengambil Adrine dari pegangan ibunya dan mencium pipi anaknya. Adrine memegang muka Syazwan dan berteriak gembira. Dia memegang pipi papanya dengan jari-jemarinya yang kecil.


Petang itu Aysha berbaring di katil sambil bermain dengan anaknya. Adrine yang berbaring sedang memegang patung beruang kecil dan mengayun-ayunkan patung beruang itu pada ibunya. Aysha tersenyum memandang bayinya dan mencium dahi anaknya. Kasihan anaknya, dia tidak tahu ibunya sedang sakit dan bakal meninggalkannya. Air mata Aysha menitis apabila Adrine mula menyebut ' ma ' . Anaknya sudah boleh memanggilnya. Aysha memegang tangan anaknya dan mencium tangan kecil itu.


*                                                                *                                                                    *


Malam itu ,
Syazwan menyelimutkan Aysha sebelum memberi ciuman selamat malam. Kira-kira pukul 4.30 pagi Aysha terjaga dan dia berasa sejuk serta sukar bernafas. Dia menggerakkan tangan untuk membangunkan Syazwan walaupun dia sebenarnya tidak mahu mengganggu suaminya. Dia memegang lengan suaminya dan terasa amat sukar untuk bernafas. Serentak dengan itu, serangan sakit kepala mula menyerang dengan amat dahsyat sekali.

" A..bang...aa..bang...bang... " , bisik Aysha tersekat-sekat. Syazwan membuka matanya dalam mengantuk dan terkejut meilihat Aysha yang semakin pucat dan sukar bernafas itu. Dia bangun dan duduk di samping isterinya.


" Sha, Sha kenapa ni sayang ?! " , dia mulai cemas.


" Sha...sejuk..Sha..se..juk..abang... " , jawab Aysha separuh berbisik dengan mata yang separuh terbuka.
Syazwan menarik selimut dan menyelimuti tubuh isterinya hingga ke leher.

" A..bang...boleh..tak..Sha..nak..be..rada..dalam..peluk..kan..abang... ? ", pertanyaan Aysha itu membuatkan Syazwan sebak sekaligus hampir mengalirkan airmata yang bertakung di kolam matanya. Syazwan menarik Aysha kedalam pelukannya dan memeluk Aysha seeratnya.


                 SILA KLIK BUTTON ' PLAY ' DI BAWAH INI SEBELUM TERUS MEMBACA.


" Sayang...abang sayangkan Sha..."


" Abang...jan..ji..de..ngan...Shaa...abang...akan..jaga..a..nak..ki...ta....a..bang...dia..lahh..bukti...cinta Sha pada ..a...bang... ", Aysha yang tersangat lemah bersuara. Syazwan dapat merasakan tubuh Aysha sejuk dan tersangat lemah seolah-olah roh sedikit lagi akan keluar dari jasad itu.


" Abang janji sayang..sayang jangan tinggalkan abang ya...abang hanya ada Sha.. "


" Abang..boleh...Sha..jadi..princess abang..."


" Sha selalu jadi princess abang...satu-satunya princess di hati abang..."


" Abang...ha..lal..kan..makan....minum Sha...am..punkan..dosa..dosa..Sha..." , pinta Aysha sambil matanya merenung berharap ke arah Syazwan. Syazwan menggenggam kuat tangan Aysha dan menggeleng-geleng keras.


" Tak..Sha tak ada salah dengan abang..abang halalkan semua sayang..Sha tak buat salah..abang yang banyak berdosa dengan Sha...." , Syazwan amat cemas melihat Aysha yang semakin sukar untuk bernafas.
Sakit kepala yang menyerangnya semakin dahsyat dan pandangannya mula kabur. Darah merah pekat mengalir keluar dari lubang hidung kanannya.Syazwan tidak dapat menerima kenyataan Aysha akan meninggalkannya.


" MA !!! MA !!! MIRA !!! MA !!! " , dia menjerit memanggil ibu dan adiknya yang tidur di bilik sebelah.


Puan Maimon dan Amirah yang terkejut mendengar jeritan Syazwan datang dan mendapati Aysha sedang tenat dalam pangkuan Syazwan yang memeluknya. Syazwan mengelap darah yang keluar dari hidung isterinya.


" Ma..Aysha ma.. " , Syazwan separuh mengadu dan merayu dalam tangis.
Puan Maimon menekup mulutnya dan duduk di birai katil.


" Sha..mama dan Mira minta maaf sekali lagi untuk salah kami selama ini pada Sha.. "


" Ma...ma tak ada salah dengan Sha..Sha tak pernah marah atau dendam ma..Sha sayang mama dan Amirah..Sha sayang keluarga Sha...", suara Aysha sekarang berbisik sepenuhnya kerana sudah tenat. Aysha tersedu perlahan apabila nafasnya tersekat lagi. Air matanya mula mengalir menuruni penjuru matanya yang separuh terbuka. Darah masih mengalir perlahan dari lubang hidungnya.


" Nurhan Aysha..mengucap nak...", bisik Puan Maimon sebelum membisikkan kalimah syahadah ke telinga Aysha. Aysha mula mengucap dua kalimah syahadah dengan lancar walaupun perlahan. Genggaman tangannya yang sejuk di tangan hangat suaminya dikuatkan. Syazwan mencium pipi Aysha sambil menahan tangis. Aysha memandang suaminya dan menatap mata Syazwan yang kembali menatap sepasang mata indah milik isterinya yang bergenang dengan air mata.


" Sha...sa..yang...aaa...a..bang... " , itulah bisikan terakhir Aysha sebelum kepalanya terlentok ke siku Syazwan yang masih memegangnya dalam dakapan.


" AYSHA !!! Aysha bangun sayang !!! jangan tinggalkan abang !! " , jerit Syazwan sambil memeluk tubuh Aysha yang sudah tidak bernyawa lagi dengan kuat. Dia menggoncang perlahan tubuh isterinya namun mata Aysha tidak lagi kembali terbuka. Adrine mula menangis kerana terjaga. Amirah bergegas mendukung dan menggosok perlahan belakang anak saudaranya itu. Puan Maimon menenangkan anak lelakinya dan menahan airmatanya sendiri yang mencurah-curah keluar. Syazwan mencium ubun-ubun Aysha dan tidak melepaskan genggaman tangannya yang kuat menggenggam tangan Aysha yang sejuk.


*                                                                       *                                                          *




Ramai penduduk taman yang hadir dan membacakan surah Yaasin di ruang hadapan rumah Syazwan. Jenazah kaku isterinya yang sudah siap dikafankan berada di tengah-tengah dan ditutup dengan kain putih. Syazwan ada di satu sudut, turut membaca surah Yaasin. Di sebelahnya, Puan Maimon yang sedang meriba Adrine bersama Amirah, juga sedang membaca surah Yaasin. Saat jenazah akan diangkat untuk dimasukkan ke dalam keranda , Adrine mula menangis dengan kuat. Dia merangkak dari ribaan neneknya dengan  perlahan ke arah tubuh kaku ibunya. Dia meletakkan kedua-dua tangan dan juga kepalanya di atas perut ibunya dan menangis kuat. Syazwan menekup muka dan menangis apabila melihat anak kecilnya yang menangis dengan kuat di atas perut ibunya yang sudah tidak bernyawa lagi. Adrine seolah-olah tahu yang ibunya tidak akan bersamanya lagi, tidak akan menemaninya tidur lagi, tidak akan berzikir dan menepuk punggungnya sehingga dia tidur lagi, tidak akan bermain, mendukung, membelai , memujuk dan menciumnya lagi. Bayi perempuan yang berusia hampir 11 bulan lebih itu seperti tahu ibunya telah pergi. Tangan kecilnya menarik-narik kain kafan yang membaluti tubuh ibunya. Dia merangkak lagi dan memeluk bahu ibunya dan berterusan menangis. Puan Maimon bangun dan mengambil Adrine untuk mendukung dan menenangkan bayi perempuan tersebut. Amirah menekup mulutnya menahan sebak. Wajah jenazah Aysha kelihatan cerah walaupun pucat. Syazwan menatap wajah jenazah isterinya buat kali terakhir sebelum jenazah dimasukkan dalam keranda dan dibawa ke tanah perkuburan. Matanya tidak henti-henti mengalirkan airmata.




Di tanah perkuburan , jenazah Nurhan Aysha binti Abdullah selamat dikebumikan. Orang ramai mula bersurai setelah memberi kata-kata semangat kepada Syazwan. Syazwan masih disitu, menggenggam tanah kubur isterinya yang masih merah. Amirah dan Puan Maimon memegang bahu Syazwan. Mata Syazwan tidak beralih dari batu nisan kubur isterinya dan air matanya juga masih tidak berhenti mengalir.


" Ma, Mira nak ambil Adrine dari rumah Makcik Anita..Kami tunggu di rumah abang ye.." , beritahu Amirah sebelum berlalu bersama Puan Maimon yang masih sebak. Syazwan hanya mengangguk perlahan.


" Aysha..maafkanlah abang..abang banyak dosa pada Sha..Aysha,abang cintakan Sha..maaf kerana abang tidak menghargai Aysha..terima kasih kerana menyelamatkan nyawa abang..terima kasih kerana berada di samping abang selama ini..terima kasih lahirkan zuriat untuk abang...terima kasih untuk cinta yang tidak pernah pudar walau sesaat...abang janji abang akan menjaga Adrine Humaira anak kita baik-baik..dan abang juga berjanji, tiada ganti bagi abang untuk diri dan cinta dari Sha...."


Dia menyiram kubur Aysha dan membaca doa buat arwah isterinya sebelum berlalu. Sesampainya di rumah, Syazwan terus mendukung dan memeluk puterinya.




" Papa janji akan jaga Adrine baik-baik walaupun mama dah tak ada..kerana Adrine lah bukti cinta mama pada papa.. "




" because I LOVE YOU  , because you always BE with me and because i know whatever happen, your love will always stay CLOSE to my heart .. "




*THE END*

Harap hampa smua suka dengan cerita yang ditulis dan 100% idea oleh atiq ini dan silakan kalau nak ulang-ulang baca pun and suggest lah kat kawan-kawan yang lain suruh baca yee ;)

xoxo, Atiq ~

2 comments:

  1. waawaaaaawaaaaaaaa.sedihlah sis..waaaaaa...sob.sob..nonstop crying..sob..sob..sis,nnt buat la cerita yg happy ending eh..sob..sob

    ReplyDelete
  2. hehe..terima masih sebab membaca :)
    akak prefer ending yang sedih sebab lebih bermakna.. hehe insyaAllah klau ada masa akak reka cerita yg ada happy ending k ? xoxo

    ReplyDelete